Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Polis sedia lulus permit

Posted:

Polis sedia lulus permit

Polis sedia lulus permit

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Julai – Polis sedia meluluskan permit dalam tempoh segera kepada pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah membenarkan tiga penganjur sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) atau Pemuda UMNO untuk berhimpun, asalkan ia bukan di ibu kota.

"Saya tidak tahu apa sebabnya nak bermati-matian berhimpun di Stadium Merdeka, walhal kalau hari ini dia mohon nak ke Stadium Melawati di Shah Alam seperti yang dicadangkan Menteri Besar Selangor sendiri, kita boleh lulus juga.

"Sebab itu saya sekali lagi tawarkan kepada mereka kalau sanggup adakan perhimpunan di luar Kuala Lumpur dan boleh terima tawaran MB Selangor, tidak menjadi masalah untuk kita susah payah bimbangkan kemungkinan yang berlaku esok," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Hishammuddin turut memaklumkan, polis menolak permohonan tiga penganjur itu untuk mendapatkan permit mengadakan perhimpunan di ibu negara esok kerana mengutamakan keselamatan orang awam.

Menurutnya, setelah membuat pertimbangan dengan mengambil kira keselamatan di ibu negara, pihaknya memutuskan menolak permohonan Bersih dan Pemuda UMNO untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selain permintaan Perkasa untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa.

"PDRM adil dalam membuat keputusan kerana bukan sahaja Bersih tidak dibenarkan berhimpun di Stadium Merdeka, tetapi Stadium Titiwangsa yang dipohon oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang terlebih dahulu memohon berhimpun di Stadium Merdeka juga ditolak," katanya.

Beliau berkata, PDRM juga sudah membuat persediaan rapi sejak 3 Julai lalu untuk menghadapi sebarang kemungkinan esok dan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa sahaja kuasa yang ada terhadap pihak terlibat dalam perhimpunan haram itu.

Tegasnya, polis mempunyai cukup anggota untuk mengawal keadaan di ibu negara kerana turut mendapat bantuan dari negeri-negeri lain.

Katanya, sebarang tindakan akan diambil oleh polis bergantung kepada perkembangan yang berlaku esok.

"Kita nak lihat apa situasi sebenar bakal berlaku esok sebab tiada sesiapapun boleh mengatasi undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mendengar khabar angin dan percaya terhadap maklumat tidak tepat mengenai perhimpunan haram yang disebarkan melalui Internet dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, jika tidak pasti dengan maklumat diterima, orang ramai boleh mendapat kesahihannya dengan menghubungi talian hotline PDRM iaitu 03-21460524 dan 03-21460525.

Tambahnya, orang ramai juga boleh mendapatkan perkembangan terkini melalui laman sosial Facebook PDRM.

Mengenai keputusan Pemuda UMNO mahu mengadakan perarakan bermula dari Bukit Bintang hingga Stadium Merdeka esok, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa tetap dengan pendirian bahawa siapa sahaja terlibat dalam perhimpunan haram tidak kira Pemuda UMNO, Bersih atau Perkasa, mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan.

"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini.

Beliau berkata, permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor.

Mohamad Zulkarnain berkata, dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu.

Justeru, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

"Bagaimanapun, pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan polis dapatkan perintah larangan wajar

Posted:

Tindakan polis dapatkan perintah larangan wajar

Tindakan polis dapatkan perintah larangan wajar

KUALA LUMPUR 8 Julai - Tindakan polis mendapatkan perintah larangan mahkamah kepada 91 individu termasuk Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin daripada berada di beberapa lokasi di ibu negara esok adalah tindakan yang wajar dan tepat pada masanya.

Pendapat tersebut dikongsi oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut menggesa kesemua 91 individu yang disenaraikan itu mematuhi perintah larangan tersebut.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, perintah larangan oleh mahkamah itu adalah tindakan wajar untuk menjamin ketenteraman awam.

"Melalui perintah larangan itu, pihak polis boleh bertindak sewajarnya dalam memastikan tiada kejadian buruk berlaku. Mereka tidak mempunyai niat lain selain daripada memastikan keselamatan orang awam terjamin.

"Ini dibuktikan apabila larangan yang dikeluarkan oleh mahkamah semalam diberikan kepada pemimpin kesemua tiga kumpulan yang berhasrat mengadakan perhimpunan haram esok iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Perkasa dan Patriot," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri berkata, 91 individu yang disenaraikan itu hendaklah mematuhi perintah larangan yang dikeluarkan tersebut.

"Ini adalah tindakan bijaksana daripada pihak polis dalam mencegah sebarang kemungkinan.

"Oleh itu, sebagai pemimpin, mereka hendaklah menghormati dan mematuhi perintah larangan yang dikeluarkan oleh mahkamah itu," katanya

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Ghani ketika dihubungi menyifatkan perintah larangan itu tepat pada masanya.

Kata beliau, pihak polis terpaksa mengambil langkah itu kerana terdapat tiga puak yang bercadang untuk berhimpun secara haram esok.

"Jika perhimpunan esok hanya melibatkan satu puak sahaja, saya tidak fikir ia perlu. Tetapi, apabila tiga puak bercadang untuk berhimpun saya fikir ia satu keperluan dalam mencegah sebarang kemungkinan.

"Polis tidak boleh pilih bulu dalam hal ini. Ini adalah soal keselamatan orang ramai.

"Justeru, tidak kira sama ada penganjur perhimpunan haram itu dari pihak propembangkang mahu pun prokerajaan, pihak polis perlu mengambil tindakan tegas," ujarnya.

Semalam, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang 91 individu berada di beberapa lokasi di ibu negara termasuk Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Masjid Negara, Dataran DBKL, pekarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Kampung Baru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis ketatkan kawalan di KL – KPN

Posted:

Polis ketatkan kawalan di KL – KPN

Polis ketatkan kawalan di KL – KPN

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 8 Julai – Polis terpaksa mengetatkan kawalan dan mengambil langkah berjaga-jaga di ibu negara, setelah mendapat maklumat ada beberapa pihak mahu meneruskan perhimpunan haram esok tanpa menghiraukan perintah mahkamah dan amaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, risikan keselamatan mendapati, ada pihak tertentu masih bertekad mengadakan perhimpunan haram di ibu negara dan dijangka menggunakan apa sahaja helah seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, polis terpaksa mendapatkan perintah larangan mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mencegah perhimpunan haram itu dengan melarang 91 individu dan semua penyokong mereka memasuki ibu negara.

Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit tidak menghiraukan perintah tersebut, malah dikesan mula bergerak masuk ke ibu negara secara persendirian dan kumpulan kecil untuk mengelak dikesan dan ditahan polis.

"Maklumat menunjukkan mereka merancang untuk berdemonstrasi dan berarak di beberapa lokasi dalam Kuala Lumpur.

"Kumpulan-kumpulan ini juga merancang akan menggunakan masjid-masjid tertentu di sekitar Kuala Lumpur sebagai strategi mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Ismail berkata, berdasarkan maklumat-maklumat ini, pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam dapat dikekalkan.

Beliau berkata, antara langkah keselamatan diambil ialah mengadakan sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu bagi mengelak kumpulan pengacau terbabit memasuki ibu negara.

Selain itu, katanya, polis juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebagai menjamin keselamatan dan ketenteraman orang ramai.

Sehubungan itu, ujarnya, orang ramai perlu memahami keadaan ini dengan mematuhi segala nasihat polis demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

"Polis akan melaksanakan apa jua yang perlu dalam bidang kuasa untuk menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dalam negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved