Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga kecam perhimpunan haram

Posted:

Peniaga kecam perhimpunan haram

Peniaga kecam perhimpunan haram

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Julai – Rata-rata warga kota yang ditemui selepas perhimpunan haram Bersih hari ini meluahkan rasa marah kerana keamanan yang dinikmati selama ini telah diganggu gugat.

Tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi mendapati, orang ramai sependapat bahawa perhimpunan tersebut tidak sepatutnya berulang kerana ia hanya menyusahkan rakyat dan negara.

Seorang pekerja pasar raya, Shamsul Hairi Majid, 25, tidak bersetuju dengan perhimpunan yang diadakan pada hari ini kerana hanya membawa kesusahan kepada orang ramai.

"Saya tidak setuju dengan perhimpunan ini kerana ia lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan kepada rakyat. Seperti yang berlaku hari ini, perniagaan terjejas dan orang ramai berasa tidak selamat berada di luar," ujarnya.

Sementara itu, seorang perunding, Farid Amirul, 32, berkata, pihak yang ingin meluahkan rasa tidak puas hati sepatutnya menggunakan saluran yang betul.

"Malaysia merupakan negara demokrasi. Ada saluran yang betul untuk kita meluahkan rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara, kita patut menggunakan saluran tersebut dan bukannya menerusi perhimpunan haram yang menyusahkan orang ramai," jelasnya.

Pengurus sebuah syarikat swasta, Saiful Nizam Zulkifli pula berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur dan pengikut perhimpunan tersebut supaya menjadi pengajaran pada masa hadapan.

"Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan ini agar menjadi peringatan kepada orang ramai atau mana-mana individu supaya tidak mengulangi perkara ini.

"Selain itu, perhimpunan tersebut bukan sahaja menyusahkan orang ramai, malah turut menjejaskan pendapatan peniaga. Pada kebiasaannya, lebih 200 pengunjung akan datang ke kedai kami, tapi tak sampai 20 pengunjung yang datang hari ini," katanya.

Bagi seorang peniaga dari Terengganu, Elly Suriani Muhamad, 26, dia kecewa dengan perhimpunan itu kerana percutian bulan madu bersama suaminya di sini bertukar menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

"Semua perancangan kami hari ini tergendala. Banyak kedai dan pasar raya di sekitar ibu negara yang ingin kami lawati ditutup.

"Bukan itu sahaja, pengangkutan awam seperti teksi, bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga tidak beroperasi menjadikan kami sukar untuk bergerak," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelancong asing trauma gara-gara perhimpunan Bersih

Posted:

Pelancong asing trauma gara-gara perhimpunan Bersih

Pelancong asing trauma gara-gara perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kekecohan yang berlaku akibat perhimpunan haram Bersih di sekitar ibu kota hari ini meninggalkan trauma yang mendalam terhadap pelancong asing yang mengunjungi negara ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, rata-rata pelancong asing yang ditemui menyatakan kekecewaan terhadap tindakan penganjur perhimpunan itu yang mengancam keselamatan mereka dan menimbulkan keresahan di kalangan anggota keluarga di negara asal.

Pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Max Heinritz, 22, berkata, dia kesal dengan penganjuran perhimpunan itu kerana ia telah menyebabkan keadaan anarki (porak peranda) berlaku di negara yang seindah Malaysia.

"Malaysia selalunya dibayangkan sebagai negara yang stabil dan aman.., namun perhimpunan haram ini telah mengubah persepsi itu," katanya.

Rakannya, Raja Kancharla, 22, pula berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengawal keadaan huru-hara daripada bertukar lebih buruk.

"Saya berasa selamat dengan kehadiran polis. Ketangkasan mereka dalam mengawal keadaan melegakan kami berdua.

"Perhimpunan ini tidak seharusnya berlaku di negara seaman Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelancong dari AS, Justin Slappy, 24, beranggapan, pihak yang menganjur perhimpunan haram tersebut hanya mahu menggambarkan negara ini kucar-kacir untuk kepentingan mereka.

"Saya yakin jika pihak ini terus diberi muka, maka rosaklah kestabilan di negara ini kerana agenda mereka hanya mahu menggulingkan kerajaan," tambahnya.

Pelancong dari New Zealand yang hanya mahu dikenali sebagai David, 48, bersyukur kerana perhimpunan itu tidak merebak seperti di Mesir dan Libya.

"Saya ingatkan ia akan bertukar ganas seperti di negara Asia Barat, namun kerajaan di negara ini jauh lebih bersedia untuk mengelakkan kemungkinan itu," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan kukuh jamin keselamatan harta

Posted:

Kerajaan kukuh jamin keselamatan harta

Kerajaan kukuh jamin keselamatan harta

KUALA LUMPUR, 9 Julai - Hanya kerajaan yang kukuh, disertai badan kehakiman yang bebas, warga perundangan yang cekap serta pusat timbangtara serantau yang proaktif, mampu memberi jaminan perlindungan terhadap harta pemegang kepentingan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Beliau berkata selalunya, apabila timbul sesuatu pertikaian, para pemegang kepentingan akan mencari jaminan penyelesaian melalui kaedah yang mampan dan boleh diharapkan untuk melindungi harta, kepentingan komersial dan pelaburan mereka.

Katanya, pusat timbangtara serantau, yang amat responsif terhadap keperluan perlindungan komersial para pemegang kepentingan, merupakan alternatif utama yang menjadi pilihan utama mereka untuk mencari penyelesaian terhadap pertikaian yang timbul.

"Ekonomi, perniagaan dan perdagangan yang bertenaga serta progresif tidak akan lahir tanpa kewujudan sistem undang-undang yang kukuh, yang menjamin hak dan pemilikan komersial para pemegang kepentingan sentiasa dilindungi," katanya dalam ucaptama ketika merasmikan Persidangan Kumpulan Timbangtara Rantau Asia Pasifik (APRAG) selama dua hari yang bermula di sini hari ini.

Zaki berkata tidak lama dahulu, timbangtara atau cara penyelesaian pertikaian alternatif lain dilihat sebagai kaedah yang dapat mengelak daripada keperluan melalui perbicaraan mahkamah yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan.

"Keperluan mencari jalan alternatif untuk mendapatkan keadilan tidak dapat dielakkan dan inilah sebabnya kita melihat semakin banyak kes dirujuk kepada penimbangtara. Pada waktu yang sama, sistem mahkamah dan timbangtara telah mengalami evolusi yang pesat," katanya.

Beliau berkata kaedah penyelesaian pertikaian di negara ini seperti pengantaraan, timbangtara, badan kehakiman atau mahkamah, mempunyai objektif masing-masing, bergantung pada keperluan pihak yang terbabit dan keadaan.

Bagaimanapun, matlamat akhirnya tetap sama iaitu untuk mencari keadilan secara cekap, cepat, kos berkesan dan mampu dilaksanakan.

Zaki berkata Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA), yang mempunyai hubungan rapat dengan badan kehakiman, kerajaan, perdana menteri, Pejabat Peguam Negara serta Majlis Peguam, komited sepenuhnya untuk menjadikan Malaysia sebuah pusat timbangtara yang berwibawa dan menjadi pilihan utama di rantau ini.

Dalam ucapannya, pengarah KLRCA Sundra Rajoo melahirkan harapan agar anggota perwakilan memanfaatkan persidangan itu dengan berkongsi pengalaman antara satu sama lain.

Beliau berkata persidangan itu, yang julung kali diadakan di negara Asia Tenggara, bertujuan memupuk suasana selesa untuk mengadakan dialog serta perkongsian pengetahuan bagi meningkatkan standard amalan timbangtara di peringkat transnasional dan serantau. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved