Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tidak wajar jual netbook 1Malaysia

Posted:

Tidak wajar jual netbook 1Malaysia

Tidak wajar jual netbook 1Malaysia

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my


Abdul Manan Ismail (empat kanan) dan Md. Sohaimi Mohamed Shah (lima kanan) bersama sebahagian pelajar yang menerima netbook 1Malaysia di Dewan SJKC Lembing, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, kelmarin.Abdul Manan Ismail (empat kanan) dan Md. Sohaimi Mohamed Shah (lima kanan) bersama sebahagian pelajar yang menerima netbook 1Malaysia di Dewan SJKC Lembing, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, kelmarin.


KUANTAN 9 Julai – Kerajaan Pahang kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang menjual komputer riba netbook 1Malaysia semata-mata mahu mendapatkan keuntungan jangka pendek.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, sikap sedemikian menggambarkan ketidakprihatinan ibu bapa terbabit terhadap bantuan kerajaan.

''Kita menerima laporan ada ibu bapa yang mendapat netbook 1Malaysia pada sebelah pagi tetapi menjualnya pada sebelah petang.

''Walaupun bilangan yang berbuat demikian adalah kecil tetapi ia dianggap tidak wajar dalam usaha kerajaan membantu golongan tidak berkemampuan dalam pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan netbook 1Malaysia kepada 350 pelajar tidak berkemampuan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembing di Sungai Lembing dekat sini semalam.

Tegas Abdul Manan, jika amalan menjual komputer riba netbook 1Malaysia berterusan, matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan terutama di luar bandar akan terbantut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga kini, kira-kira 2,000 netbook 1Malaysia bernilai RM2 juta telah diagihkan kepada pelajar tidak berkemampuan di Parlimen Paya Besar.

''Agihan terakhir akan dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar tidak lama lagi," katanya.

Beliau menetapkan sasaran sebanyak 70 peratus rumah di Parlimen Paya Besar mempunyai sekurang-kurangnya seunit komputer menjelang akhir tahun depan.

''Ketika ini, kira-kira 50 peratus rumah di kawasan Parlimen ini memiliki sekurang-kurangnya seunit komputer riba," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar janji manfaatkan komputer riba bantuan

Posted:

Pelajar janji manfaatkan komputer riba bantuan

Pelajar janji manfaatkan komputer riba bantuan

KUANTAN 9 Julai - Seramai 350 pelajar di kawasan Parlimen Paya Besar dekat sini yang menerima komputer riba netbook 1Malaysia percuma hari ini berjanji akan memanfaatkan bantuan itu bagi tujuan pembelajaran.

Menurut mereka, bantuan itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan pelajar luar bandar dan pedalaman dalam mengejar kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Maarif Bukit Goh, Nor Aqmal Hakim Mohd. Nor, 17, berkata, dia akan memanfaatkan pemberian kerajaan itu untuk mengakses maklumat bagi tujuan pembelajarannya.

"Saya sangat bersyukur kerana selama ini saya hanya mengimpikan sebuah netbook dan akan membelinya selepas bekerja namun, kini menjadi kenyataan pemberian netbook itu.

"Bukan senang untuk memilikinya kerana harga netbook paling murah kira-kira RM1,000, jadi saya akan memanfaatkan netbook ini sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahaan Netbook 1Malaysia peringkat Parlimen Paya Besar di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembing di Sungai Lembing dekat sini semalam.

Seramai 350 pelajar tidak berkemampuan menerima netbook 1Malaysia yang disampaikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing, Chan Lee Seong, 17, penerimaan netbook 1Malaysia itu dianggap amat bermakna untuk dirinya.

"Ini kali pertama dalam hidup saya menerima pemberian yang sangat mahal serta banyak kemudahan untuk pembelajaran dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi," katanya.

Rakannya, seorang pelajar Orang Asli, Arma Beting, 18, dari sekolah sama tidak menyangka akan memiliki netbook secara percuma.

"Selama ini saya hanya melihat rakan-rakan melayari Internet untuk pelajaran dengan netbook masing-masing tetapi selepas ini saya akan bersama-sama mereka mengulangkaji pelajaran menerusi Internet," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuala Lipis bakal miliki kompleks sukan baharu

Posted:

Kuala Lipis bakal miliki kompleks sukan baharu

Kuala Lipis bakal miliki kompleks sukan baharu

KUALA LIPIS 9 Julai - Sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta sedang dirancang pembinaannya di bandar ini dalam usaha kerajaan negeri menggalakkan pembabitan belia menyertai pelbagai jenis sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya telah mengenal pasti tapak kompleks itu seluas lapan hektar di Bandar Baru Lipis.

''Kemudahan sukan yang baharu ini bakal menggantikan pusat sukan sedia ada di Dataran Lipis yang tidak dapat menampung kemudahan latihan dan pertandingan yang lebih besar.

''Kemudahan ini sangat diperlukan sejajar dengan hasrat merancakkan kegiatan sukan selain bakal menjadi venue bagi acara sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, usaha pembinaan kompleks berkenaan merupakan usul yang dibawa UMNO di sini untuk mewujudkan sebuah prasarana bagi mengisi masa lapang golongan belia selain meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan tertentu.

''Sudah sampai masanya sebuah kompleks dibina sebagai mercu tanda Bandar Baru Lipis sekali gus memperkasakan bidang sukan di kalangan penduduk daerah ini," ujarnya.

Katanya, antara kemudahan yang bakal direalisasikan menerusi projek berkenaan ialah trek olahraga, gelanggang sepak takraw, badminton, bola jaring, bola tampar, bola keranjang dan padang bola sepak.

Kompleks sukan itu juga jelasnya, bakal dilengkapi bilik pentadbiran, bilik persalinan, tandas, astaka, tempat duduk penonton, ruang tempat letak kereta dan papan mata.

''Bagaimanapun, Dataran Lipis masih boleh digunakan untuk kejohanan sukan di peringkat mukim dan daerah selain menjadi tempat acara persembahan hiburan, kebudayaan, kesenian dan majlis keramaian," ujarnya.

Beliau menambah, kompleks sukan berkenaan juga bakal menarik ramai pelawat domestik ke bandar bersejarah Kuala Lipis ketika daerah ini menjadi tuan rumah sukan peringkat negeri dan kebangsaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved