Selasa, 18 Mac 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Matterazi bimbing Tok Gajah?

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Oleh M.RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

Pertemuan Marco Materazzi (empat, kiri) dengan Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah baru-baru ini mencetuskan tanda tanya apakah bekas pemain Itali itu akan melatih Pahang.

KUANTAN - Siapa yang tidak kenal dengan bekas tonggak pertahanan Itali, Marco Materazzi yang bukan saja kental menjaga benteng Azzurri, malah akan dikenang oleh peminat bola sepak gara-gara insiden kontroversi ditanduk oleh legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane pada final Piala Dunia 2006 di Jerman.

Materazzi, 40, yang bersara daripada bola sepak pada 2011 selepas 11 tahun menyarung jersi gergasi Serie A, Inter Milan kini dikaitkan dengan juara Piala Malaysia, Pahang.

Pertemuan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama bekas pertahanan tengah itu Itali itu di satu lokasi tidak diketahui mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak negara ini, terutama penyokong setia Tok Gajah.

Khabar angin kini bertiup kencang menyatakan Materazzi dijangka mengisi kekosongan jawatan Ketua Jurulatih Pahang yang kosong selepas Ronald Smith ditamatkan kontraknya oleh PBNP awal bulan ini.

Menurut sumber, Materazzi dikatakan akan bergandingan dengan Penolong Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan untuk membentuk sebuah pasukan mantap bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.Corak permainan yang belum stabil bagi skuad Tok Gajah menyebabkan PBNP terpaksa mencari jurulatih yang benar-benar berkelayakan supaya juara Piala Malaysia musim lalu itu dapat menamatkan saingan kali ini pada kedudukan terbaik.

Dalam pada itu, di laman sosial terutama Facebook gambar pertemuan antara pihak PBNP dan Materazzi kini mula tersebar.

Malah pelbagai andaian dibuat termasuk pertemuan itu bertujuan membincangkan penubuhan akademi bola sepak di negeri ini untuk mengasah bakat baharu di kalangan pemain muda.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzaimie Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan Presiden PBNP dengan bekas pemain bola sepak Itali itu.

Katanya, Tengku Muda mempunyai ramai kenalan dan tidak mengetahui pertemuan itu.

Bagi Zainal pula, beliau tidak tahu tentang pertemuan itu tetapi mengetahui pertemuan Presiden PBNP dengan bekas pemain Itali itu di laman sosial semalam.

Nicol mula langkah kanan

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

NICOL DAVID

PULAU PINANG - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memulakan kempen memburu kejuaraan dunia kali kelapan dengan mudah mengetepikan pencabar dari England, Emma Beddoes dalam aksi pembukaan Kejohanan Wanita Dunia CIMB ke-29, semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (SPICE), pemain No. 1 dunia itu hanya memerlukan 35 minit untuk membenam cabaran Beddoes 11-9, 11-5, 11-8.

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, Nicol bagaimanapun dipaksa bekerja keras pada set pertama selepas ketinggalan 0-5 sebelum bangkit menyamakan kedudukan dan akhirnya menang tipis 11-9.

Namun, dalam perlawanan set berikutnya, Nicol memenuhi reputasinya sebagai juara 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2006 dan 2005 apabila tidak mampu ditandingi Beddose yang tewas mudah 5-11, 8-11.

Kemenangan itu membolehkan Nicol selangkah lagi untuk mempertahan kejuaraan dunia buat kali keenam berturut-turut dan yang kelapan keseluruhan.

Dalam pada itu, Nicol berkata, dia turun dengan berhati-hati semalam memandangkan tidak pernah menentang Beddoes sebelum ini.

Dia mengakui, berdepan kesukaran mengikuti rentak perlawanan pantas Beddose pada set pertama sehingga menyebabkan lawannya itu mendahului dengan jurang mata agak besar.

"Bagaimanapun, saya mula mendapat rentak pada dua set seterusnya namun ini bukanlah perlawanan yang mudah bagi saya meskipun menang straight set.

"Saya kini akan menumpukan kepada perlawanan pusingan kedua nanti dan berharap mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Menantinya pada pusingan kedua esok adalah pemain utama Hong Kong yang juga pilihan ke-11, Annie Au. Annie mara selepas dipaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan Mesir yang beraksi dari pusingan kelayakan, Heba El Torky 13-11, 4-11, 11-7, 11-8.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara yang juga pemain No. 6 dunia, Low Wee Wern akan memulakan saingan hari ini menentang Donna Urquhart dari Australia.

Turut memulakan cabaran hari ini ialah pemenang dua emas pada temasya Sukan Remaja Asia, Vanessa Raj, yang menyertai kejohanan ini atas tiket wildcard.

Bagaimanapun, Vanessa berdepan laluan sukar setelah diundi menentang Laura Massaro dari England yang juga merupakan pemain No. 2 dunia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved