Selasa, 18 Mac 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penumpang rakam imej panel sayap pesawat tertanggal

Posted: 18 Mar 2014 12:39 PM PDT

ORLANDO 19 Mac. - Seorang penumpang pesawat Boeing 757 yang dioperasikan oleh Delta Airlines, telah merakamkan gambar pesawat yang dinaikinya mengalami kerosakan sayap apabila salah satu kompenan pada sayap pesawat itu tertanggal, namun katanya pesawat itu masih mampu terbang dan mendarat dengan selamat.

Menurut laporan laman portal berita Metro.co.uk, penumpang itu berkata, kejadian tersebut merupakan perkara terakhir yang akan dilihat di luar tingkap pesawat ketika dalam penerbangan.

Penumpang itu, Trevoor Sinclair melakukan rakaman imej itu selepas menyedari satu panel sayap pesawat tersebut tertanggal ketika sedang dalam perjalanan dari Orlando ke Atlanta pada hari Ahad lalu. - AGENSI

Putin tidak peduli bantahan

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Vladimir Putin (dua dari kanan), Sergei Aksyonov (depan kiri), Vladimir Konstantinov (belakang kiri) dan, Alexei Chaliy bersalaman selepas majlis menandatangani penyertaan Crimea ke dalam Rusia di Kremlin, Moscow, semalam. - REUTERS

MOSCOW 18 Mac - Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengenepikan bantahan Ukraine dan sekatan dari negara-negara Barat dengan meneruskan prosedur untuk menjadikan wilayah autonomi Crimea sebagai sebahagian daripada negaranya.

Putin menandatangani perintah 'untuk meluluskan draf perjanjian antara Persekutuan Rusia dan Republik Crimea dengan memasukkan Crimea dalam Rusia', satu langkah yang bakal membangkitkan krisis serius antara Timur-Barat sejak berakhirnya Perang Dingin.

Perjanjian tersebut ditandatangi Putin bersama Perdana Menteri Crimea, Sergei Aksyonov; Speaker Parlimen Crimea, Vladimir Konstantinov; dan Datuk Bandar Sevastopol, Alexei Chaliy di Kremlin sambil disaksikan Ahli-Ahli Parlimen negara ini.

Tindakan itu dilakukan susulan pungutan suara di Crimea, kelmarin yang menyaksikan hampir 97 peratus pengundi wilayah tersebut memilih untuk menyertai pentadbiran Rusia, selepas 60 tahun berada di bawah pentadbiran Ukraine.

Semalam, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan peribadi ke atas sekumpulan kecil pegawai dari Rusia dan Ukraine yang didakwa terbabit dalam pencerobohan tentera Rusia di Semenanjung Laut Hitam yang dihuni dua juta penduduk etnik Rusia.

Seorang daripada ahli politik Rusia yang terkesan dengan pengharaman visa oleh AS dan EU dan pembekuan aset, Leonid Slutsky berkata di Dewan Rendah Parlimen Rusia atau State Duma, keputusan Crimea amat bersejarah.

"Hari ini kami melihat keadilan dan kebenaran dilahirkan semula," katanya.

Sementara itu, Jepun turut mengambil langkah sama hari ini dengan mengenakan penangguhan perbincangan tentang promosi pelaburan dan pelonggaran visa dengan Rusia.

"Pengiktirafan kemerdekaan Crimea oleh Rusia melanggar kedaulatan Ukraine dan amat dikesali," kata Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam sidang media di Jepun.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved