Selasa, 18 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kawasan pencarian seluas 2.24 juta persegi

Posted: 18 Mar 2014 03:08 AM PDT

SEPANG 18 Mac - Operasi mencari pesawat MH370 di koridor Utara dan Selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta persegi batu nautika.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi mencari kini tumpu pada empat perkara iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit, analisis data radar, penambahan aset udara dan darat serta penambahan pakar teknikal.

Katanya, dua buah lagi kapal laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihantar untuk operasi mencari MH370 di koridor Selatan.

Dalam pada itu beliau berharap semua pihak tidak mempolitikkan kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing.

``Sebaliknya ketepikan perbezaan pendapat dan bersatu dalam pencarian pesawat itu,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Penjualan barang basah di KR1M akan diperluaskan

Posted: 18 Mar 2014 01:57 AM PDT

Oleh FITRI AFFENDI MUSTAFA

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meluaskan penjualan barang basah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sebanyak 10 buah cawangan KR1M di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah dipilih sebagai projek perintis penjualan barangan basah tersebut.

"Harga barang basah yang mula dijual di 10 cawangan KR1M itu 10 hingga 46 peratus lebih murah daripada harga pasaran," katanya. - UTUSAN ONLINE

18 insiden pergaduhan penyokong bola sepak sejak 2012

Posted: 18 Mar 2014 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mac - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merekodkan sebanyak 18 insiden pergaduhan melibatkan penyokong bola sepak sejak tahun 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kesemua kes berkenaan telah pun diambil tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Beliau berkata, kementerian memandang serius insiden seumpama itu kerana sukan bola sepak seharusnya menjadi medium perpaduan dalam kalangan rakyat dan bukannya medan persaingan antara samseng bola sepak seperti yang berlaku di Eropah.

"Justeru kempen antikeganasan iaitu Love Footbal, Stop Hooliganism telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden FAM pada 22 Februari lalu yang merupakan kempen berterusan dalam menyedarkan peminat bola sepak agar lebih berhemat dalam memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

"Selain itu jawatankuasa keselamatan yang ditubuhkan FAM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kawalan keselamatan sebelum dan selepas perlawanan," katanya menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy berkata, kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium turut diperketat dengan menyenaraikan barang larangan, seperti suar dan batang bendera, yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved