Utusan Online - Jenayah |
Kebakaran kecil di HKL akibat litar pintas Posted: 05 Feb 2014 10:28 PM PST KUALA LUMPUR 6 Feb. - Kebakaran kecil, dipercayai akibat litar pintas berlaku di bilik pengurusan sistem penghawa dingin sepusat (AHU) di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini. Pengarah Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu kebakaran berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api. "Pihak kami menerima panggilan pada 12.43 tengah hari dan enam jentera bersama 36 anggota tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran akan disiasat, katanya. - BERNAMA |
Penjenayah gagal larikan mesin ATM Posted: 05 Feb 2014 10:15 PM PST Oleh MASZUREEN HADZMAN KAJANG 6 Feb. - Sekumpulan penjenayah terpaksa berputih mata selepas gagal dalam cubaan melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Bandar Baru Sungai Long di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, penjenayah terbabit memasang kabel besi pada salah satu mesin ATM di situ dan cuba menariknya menggunakan lori namun gagal. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan