Rabu, 1 Januari 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


UMNO Pulau Pinang setuju pengurangan perbelanjaan

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Oleh OTHMAN YAHAYA
utusanpenang@utusan.com.my

SHABUDIN Yahaya (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada pelatih yang menyertai Kelab Teknologi Bumiputera anjuran GiatMara Prima Tasek Gelugor sempena Majlis Graduasi 2013 di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 31 Dis. - UMNO Pulau Pinang menyambut baik pengumuman kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam dengan melaksanakan 11 langkah penjimatan bermula 1 Januari 2014.

Ketua Penerangannya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, pengurangan itu tidak seharusnya dikhususkan kepada sektor awam sebaliknya dijadikan panduan untuk pelbagai pihak menjadualkan semula perbelanjaan mereka.

"Penjadualan semula perbelanjaan oleh semua pihak terbabit jika selari dengan pengurangan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam akan membawa kesan besar dalam kedudukan ekonomi masing-masing.

"Ia secara tidak langsung akan membantu mengeluarkan kita dari kemelut ekonomi kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah," katanya di sini hari ini.

Shabudin berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri untuk mengurangkan perbelanjaan melalui 11 langkah drastik yang akan dilaksanakan oleh sektor awam berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Terdahulu, Shabudin hadir menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelatih GiatMara Prima Tasek Gelugor sempena Majlis Graduasi 2013.

Pada majlis itu seramai 209 pelatih menerima sijil masing-masing dalam pelbagai bidang pengajian.

Yang turut hadir, Pengarah GiatMara Pulau Pinang, Rusli Abdullah dan Pengurus Kanan GiatMara Prima, Abdul Manan Ibrahim.

Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, langkah berkenaan bukan satu pendekatan baharu tetapi pernah dilaksanakan kerajaan sekitar tahun 1990-an.

"Semua pihak tidak perlu terkejut seolah-olah kerajaan melaksanakan dasar baharu sebaliknya harus menerima perkara ini sebagai pengurusan berkala yang perlu dilakukan kerajaan.

"Kedudukan kewangan kerajaan tidak tenat hingga memaksa pengurangan perbelanjaan tetapi membuktikan kerajaan peka dan mengamalkan pengurusan mengikut situasi semasa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved