Jumaat, 24 Januari 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Juan Mata milik Manchester United

Posted: 24 Jan 2014 02:33 PM PST

LONDON 25 Jan. - Manchester United hari ini mengesahkan, mereka telah mencapai perjanjian dengan bintang tengah Sepanyol, Juan Mata menerusi rekod perpindahan kelab.

United dilaporkan membayar 37 juta pound (RM203.61 juta) kepada Chelsea untuk melengkapkan perpindahan pemain berusia 25 tahun itu.

Ini adalah pembelian paling mahal pernah dilakukan United sejak mendapatkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov dari Tottenham menerusi bayaran 30.7 juta pound (RM169.22 juta) pada 2008.

"Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan telah mencapai perjanjian dengan Juan Mata menerusi perpindahan rekod kelab.

"Kontrak akan ditandatangani selepas pemain tersebut selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan bersetuju dengan beberapa terma peribadi.

"Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat," menurut United dalam satu kenyataan, hari ini. - AFP

Piala FA: Dua gol Podolski bawa Arsenal ke pusingan kelima

Posted: 24 Jan 2014 02:19 PM PST

LONDON 25 Jan. - Lukas Podolski menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal melangkah ke pusingan kelima Piala FA selepas membelasah kelab divisyen tiga, Coventry 4-0 di Emirates, sebentar tadi.

Podolski membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-15, sebelum menambah gol kedua, 12 minit kemudian.

Dua lagi gol Arsenal disempurnakan oleh penyerang Perancis, Olivier Giroud pada minit ke-84, diikuti jaringan Santi Cazorla, seminit sebelum tamat perlawanan. - AFP

Keputusan Piala FA (pusingan keempat)

Nottingham Forest 0 Preston North End 0

Arsenal 4 Coventry City 0

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved