Jumaat, 24 Januari 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Israel tembak orang awam, seorang terbunuh

Posted: 24 Jan 2014 09:52 AM PST

GAZA 25 Jan. - Tentera Israel menembak mati seorang lelaki dan mencederakan seorang lagi di Genting Gaza berdekatan sempadan Israel semalam.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Qudra, mangsa, Bilal Samir Oweida, 20, merupakan orang awam dan ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel di timur Jabaliya, utara Gaza.

Walau bagaimanapun, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - AFP

PBB arah Myanmar jalan siasatan

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

NAVI PILLAY

GENEVA 24 Jan. - Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay menggesa Myanmar menjalankan siasatan berhubung insiden terbaru kematian lebih 40 orang penduduk Islam Rohingya di negeri Rakhine, baru-baru ini.

Pillay dalam satu kenyataan, hari ini berkata, PBB turut menerima 'laporan luar biasa' lapan orang lelaki etnik Rohingya diserang dan dibunuh di sebuah perkampungan berhampiran sempadan Bangladesh, oleh penduduk tempatan yang beragama Buddha pada 9 Januari lalu.

''Saya kesal atas kejadian yang berlaku di perkampungan Du Chee Yar Ta, dan saya sudah menghubungi pihak berkuasa (Myanmar) supaya menjalankan satu siasatan terperinci, cepat dan tidak berat sebelah, bagi memastikan keluarga mangsa mendapat keadilan,'' katanya.

Empat hari selepas insiden itu, seorang anggota polis berpangkat sarjan ditangkap dan dibunuh oleh penduduk Islam Rohingya di sana, tambahnya.

Menurutnya, kejadian tersebut mendorong polis dan penduduk tempatan di Rakhine bertindak membunuh sekurang-kurangnya 40 etnik Islam Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak.

PBB kemudiannya menyerahkan maklumat tersebut kepada kerajaan Myanmar.

''Kerajaan perlu memberi tindak balas yang cepat dan tegas. Kes ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk menunjukkan ketelusan dan tanggungjawab mereka, selain dapat mengukuhkan demokrasi dan undang-undang di Myanmar,'' jelas Pillay.

Negeri Rakhine di barat Myanmar, sering menjadi kawasan pertumpahan darah antara komuniti Buddha dan Islam sejak 2012, sehingga menyebabkan beratus-ratus orang terkorban dan lebih 140,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dengan kebanyakkan daripada mereka merupakan penduduk Islam Rohingya.

Sehingga kini, maklumat berkenaan pergolakan di rantau tersebut masih tidak diketahui, namun aktivis berkata, selepas berlakunya serangan pada 13 Januari lalu, sekurang-kurangnya dua orang wanita dan seorang kanak-kanak mati akibat ditikam, manakala berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa Myanmar, bagaimnapun menafikan berlaku kematian melibatkan orang awam, tetapi mengesahkan berlakunya pertempuran. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved