Selasa, 21 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelekat kereta seragam untuk OKU

Posted: 21 Jan 2014 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat (KPWKM) akan memperkenal pelekat kereta seragam untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), khususnya di kawasan bandar.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pada peringkat ini,

perbincangan masih diadakan dengan pihak berkenaan termasuk pihak berkuasa

tempatan dan dijangkakan selesai selewat-lewatnya April ini.

"Majlis Mesyuarat Kebangsaan OKU telah menyuarakan permohonan pelekat kereta seragam ini, selain mahukan papan tanda meletak kenderaan OKU yang jelas supaya orang bukan OKU tidak menyalah guna kemudahan itu.

"Dalam hal ini, saya minta orang ramai beri pertimbangan. Kalau kita

mahu mentaliti rakyat negara maju, maka kita mestilah ada kesedaran seperti

itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Sensori TNB-MAB di

Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields di sini, hari

ini. - BERNAMA

Malaysia haramkan kemasukan semula PATI

Posted: 21 Jan 2014 02:08 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Semua pendatang tanpa izin yang ditahan

dalam Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2 di seluruh negara yang bermula tengah malam tadi akan diusir ke negara asal dalam tempoh tujuh hari.

Mengumumkan demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kos pengusiran mereka juga tidak akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

"Penghantaran mereka akan ditanggung oleh pihak kedutaan dan majikan

masing-masing," katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di

sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pendatang tanpa izin yang ditahan akan disenarai hitam dengan identiti mereka direkodkan dalam sistem databank biometrik bagi

memastikan mereka tidak kembali ke negara ini.

Beliau berkata, seramai 1,565 pendatang tanpa izin ditahan dalam 107 operasi di seluruh negara melibatkan 695 rakyat Indonesia, 255 Bangladesh, 157 Myanmar dan selebihnya rakyat Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand. - BERNAMA

Anwar dihalang masuki Jepun kerana tidak pohon visa

Posted: 21 Jan 2014 01:56 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun Ahad lalu disebabkan kegagalan beliau untuk memohon visa bagi memasuki negara matahari terbit itu.

Jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia, Tomoko Nagai berkata, Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun Jepun pada tahun lalu memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut.

Bagaimanapun Anwar, katanya, tidak memohon visa sebagaimana yang dilakukannya pada lawatan sebelum ini. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved