Ahad, 10 November 2013

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Rakyat perlu percaya kerajaan

Posted: 10 Nov 2013 10:27 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 10 Nov. - Rakyat perlu memberikan kepercayaan kepada kerajaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tanpa prasangka buruk demi kepentingan nasional.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin (gambar) berkata, oleh kerana kerajaan telah membuat kajian secara terperinci sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang berkaitan ekonomi dan kepentingan negara.

Tegasnya, rakyat jangan takut atau terkeliru dengan tohmahan serta dakwaan pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk memperlekehkan apa juga dasar kerajaan yang dipilih rakyat.

''GST tidak akan membebankan rakyat kerana telah dikaji dan diteliti pelbagai sudut oleh pakar ekonomi sebelum sistem itu dilaksanakan kelak.

''Jumlah enam peratus GST yang akan dikenakan itu tidak membebankan rakyat berbanding di negara lain yang lebih tinggi termasuk di rantau ASEAN," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dong di sini semalam.

Beliau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong menegaskan, dakwaan kononnya GST membebankan rakyat terutamanya golongan miskin dan kawasan luar bandar adalah persepsi negatif pembangkang.

"Tidak semua barang keperluan dikenakan GST, tetapi hanya pada barang-barang terpilih, malah GST sendiri sudah dilaksanakan di 165 buah negara," jelasnya.

Shahiruddin berkata, kadar enam peratus adalah sesuai dengan keadaan semasa di negara ini iaitu tahap kemajuan ekonominya berada di landasan betul.

''Penerangan yang secukupnya perlu diadakan mulai sekarang bagi membolehkan rakyat memahami kepentingan GST dalam mengurus ekonomi negara.

"Jadilah rakyat yang patriotik dan bijaksana tanpa mudah terpedaya dengan manipulasi yang dimainkan oleh pembangkang mengenai sistem GST itu, ' katanya.

Beri sokongan program gaya hidup sihat

Posted: 10 Nov 2013 10:27 AM PST

Norol Azali Sulaiman beramah mesra dengan peserta pameran dari Sekolah Kebangsaan Sri Biram Pekan pada program Pelancaran Zoomers Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Pahang 2013 di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 10 Nov. - Ibu bapa digesa memberi sokongan terhadap program menggalakkan gaya hidup sihat yang dianjurkan di sekolah bagi membantu melahirkan generasi muda yang celik kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, perkara itu penting kerana Kementerian Kesihatan merekodkan peningkatan bilangan kanak-kanak obesiti dan menghidap kencing manis yang tinggi setiap tahun.

Katanya, sehubungan itu, kelangsungan program Zoomers Kelab Doktor Muda yang diadakan di sekolah-sekolah sejak 1989 penting kerana merupakan antara program yang dapat membantu murid-murid mengamalkan cara hidup sihat.

"Kita maklum sekarang ini terlalu banyak kes kematian yang dilaporkan berpunca daripada cara hidup tidak sihat dan program ini adalah langkah terbaik dengan menjadikan murid-murid sebagai ejen kesihatan dan membudayakannya di rumah mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Zoomers Kelab Doktor Muda peringkat negeri yang diadakan di Dewan Seri Utama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Pahang, di sini kelmarin.

Program hasil perkongsian pintar antara Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pendidikan negeri Pahang itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Tambah Norol Azali, selain usaha di peringkat sekolah, terdapat banyak lagi program-program berbentuk kesedaran kesihatan yang dibuat kerajaan dan memerlukan penglibatan dan sokongan semua pihak bagi menjamin tahap kesihatan yang baik dalam kalangan masyarakat.

"Kita perlu mula mengubah cara pengambilan makanan bagi mengelak penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain," katanya.

Beliau turut memuji tema tambahan yang dibawakan kali ini iaitu 'This Is Darul Makmur', yang mana menurutnya dengan tema sebegini mampu mejenamakan kesihatan ke seluruh negeri Pahang dan akan membangkitkan semangat kehidupan sihat.

Tambah Norol Azali, sekolah-sekolah di negeri ini perlu menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Biram, Pekan sebagai contoh kerana sekolah tersebut banyak memenangi anugerah di peringkat kebangsaan dan terbaharu adalah anugerah Pengurusan Cemerlang Doktor Muda 2013.

Perlu ubah persepsi negatif

Posted: 10 Nov 2013 10:27 AM PST

BERA 10 Nov. - Urusan rasmi di jabatan kerajaan boleh berjalan lancar sekiranya masyarakat setempat saling mengenali kakitangan di setiap jabatan terutama membabitkan komunikasi dua hala.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Guai, Safie Yahya berkata, kesukaran komuniti untuk berurusan dengan kakitangan jabatan atau agensi kerajaan menyebabkan ada sebahagian urusan tergendala.

"Bagi mengatasi masalah itu, JKKK berusaha merapatkan hubungan antara mereka menerusi aktiviti kemasyarakatan yang dilihat mampu mengubah persepsi negatif sebelum ini," katanya di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved