Ahad, 10 November 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kumpulan Baju Merah mula berarak di Thailand

Posted: 10 Nov 2013 08:45 AM PST

BANGKOK 11 Nov. - Berpuluh-puluh ribu penyokong kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah melakukan perarakan di sini hari ini, kata polis, iaitu penampilan pertama mereka semenjak berlaku tunjuk perasaan membantah rang undang-undang pengampunan.

Paparan televisyen memperlihatkan lautan manusia berbaju merah melaungkan slogan menyokong Perdana Menteri Yingluck Shinawatra serta parti pemerintah, Puea Thai.

Pejabat polis kebangsaan berkata, kira-kira 45,000 anggota kumpulan Baju Merah menyertai perarakan tersebut, dengan 13,000 penunjuk perasaan antikerajaan melakukan bantahan di kawasan lain, beberapa kilometer daripada Dewan Parlimen.

Tiga kumpulan antikerajaan di Thailand meningkatkan tunjuk perasaan di seluruh negara ini bertujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Akhbar Bangkok Post melaporkan tunjuk perasaan itu ditingkatkan ketika parti pemerintah, Parti Pheu Thai bersama-sama tiga parti komponen dalam kerajaan perikatan, semalam bersetuju untuk tidak meneruskan pembentangan semula rang undang-undang pengampunan jika Dewan Senat menolaknya esok. - AFP

Tentera Syria kembali kuasai pangkalan di Aleppo

Posted: 10 Nov 2013 08:43 AM PST

DAMSYIK 11 Nov. - Tentera Syria berjaya mengawal kembali sebuah pangkalan utama di utara Aleppo berhampiran lapangan terbang antarabangsa, kata televisyen negeri hari ini, selepas berlaku pertempuran dengan penentang kerajaan.

"Tentera kita sudah berjaya melengkapkan pengawalan pangkalan 80, kata televisyen negeri itu.

Sebelum ini penentang Syria berjaya merampas sebuah pangkalan strategik di Aleppo, semalam dalam pertempuran dengan pasukan tentera selama dua hari, yang menyaksikan kira-kira 53 orang terbunuh, kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Pengarah Badan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman berkata, penentang Syria termasuk anggota rangkaian al-Qaeda melancarkan serangan balas pada waktu malam ke atas tentera Syria selepas pasukan keselamatan Syria itu merampas kawalan di pangkalan tersebut kelmarin. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved