Selasa, 9 Julai 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Honda buka pusat 4S bernilai RM13 juta

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

Yoichiro Ueno (kiri) bersama Pengarah Urusan HZN Cars, Datuk Mahpoz Hamid (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai pusat 4S terbaharu Honda Malaysia di Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Honda Malaysia hari ini membuka pusat jualan, servis, alat ganti dan pameran (4S) ke sembilan di Shah Alam dengan pelaburan mencecah RM13 juta.

Pusat baharu berkeluasan 3,026 meter persegi yang terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park berkenaan turut dilengkapi fasiliti baharu iaitu perkhidmatan badan dan cat (B&P).

Pengarah Utusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Honda merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi mesra alam berkenaan yang menggunakan air sebagai bahan asas utama.

"Teknologi ini menghasilkan ketepatan warna yang lebih baik sebelum ini dan dalam masa yang sama mengurangkan sisa toksik serta mengurangkan risiko kebakaran.

"Honda sentiasa menerokai teknologi baharu yang mampu mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar," katanya.

Pusat 4S HZN Cars merupakan pengedar pertama yang menggunakan identiti baharu korporat Honda yang diperkenalkan pada Februari lalu dengan rekaan, warna dan kemudahan tambahan baharu bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

Honda Malaysia meletakkan sasaran menjual 60,000 buah kenderaan bersamaan sembilan peratus penguasaan kenderaan tempatan tahun ini dan meningkatkan jumlah pengedar kepada 90 menjelang 2016

Ketika ini, syarikat tersebut memiliki 64 pengedar dengan 52 daripadanya adalah pusat 3S, sembilan pusat 4S dan selebihnya 1S.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved