Selasa, 9 Julai 2013

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bantahan awal petisyen pilihan raya 17-24 Julai

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Julai - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menetapkan 17 hingga 24 Julai ini pendengaran bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya bagi empat kerusi Parlimen di ibu negara.

Kawasan Parlimen terlibat ialah Setiawangsa (17 Julai), Batu (22 Julai), Titiwangsa (23 Julai), dan Lembah Pantai (24 Julai).

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof menetapkan tarikh-tarikh tersebut ketika kesemua kes itu disebut di kamar beliau di sini hari ini.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke, pihaknya pada hari ini membangkitkan bantahan awal bagi tiga kerusi Parlimen yang tersenarai kecuali Parlimen Batu.

Asas bantahan tersebut ialah kegagalan pempetisyen mematuhi Kaedah-Kaedah Pilihan Raya 1954.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zureen Elina Mohd. Dom mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa individu yang bertugas sebagai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen terlibat yang dinamakan sebagai responden.

Pada prosiding hari ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membangkitkan antara 10 hingga 11 isu bantahan awal.

Pada 11 Jun lalu, Barisan Nasional (BN) memfailkan dua petisyen di Mahkamah Tinggi di sini bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan Parlimen Batu.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan bagi kerusi Parlimen Setiawangsa dan Pas pula bagi kerusi Parlimen Titiwangsa.

Nasib lelaki bunuh isteri ditentukan 5 Ogos ini

Posted: 09 Jul 2013 11:30 AM PDT

ALOR SETAR 9 Julai - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 5 Ogos ini keputusan kes seorang penganggur yang didakwa membunuh isterinya yang merupakan seorang tukang tilik di Taman Saga Alor Mengkudu, dekat sini tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis masing-masing di akhir kes pembelaan hari ini.

Mengikut pertuduhan, Wong Ban Chong, 55, didakwa membunuh Ung Siew Lin, 47, di sebuah rumah di Taman Saga Jalan Alor Mengkudu dekat sini kira-kira pukul 12.17 tengah malam, 17 Februari 2012.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ban Chong juga dituduh di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak angkat mangsa, Ch'ng Sheue Mei, 26, menggunakan parang pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved