Selasa, 9 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Fitrah di Terengganu antara RM4.50 - RM7.60

Posted: 09 Jul 2013 02:56 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNIZA ALAUI

KUALA TERENGGANU 9 Julai - Kadar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM4.50, RM7 dan RM7.60 berdasarkan harga gred beras yang dimakan.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, ketetapan kadar yang tiada kenaikan atau penurunan itu, telah mendapat perkenaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Katanya, umat Islam di negeri ini boleh menunaikan zakat fitrah tersebut samada membayarnya menggunakan wang tunai atau beras di mana-mana 1,132 amil yang dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (Maidam).

"Mereka boleh membayarnya dengan wang tunai di mana jika mereka makan daripada beras jenis baik maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakan iaitu mengikut nilaian tunai timbangan beras yang beratnya bersamaan 2.6 kilogram.

"Zakat fitrah juga boleh dibayar dengan beras dan kadar timbangannya adalah 2.6 kilogram atau sukatan 2.97 cupak yang bersamaan dengan satu gantang Baghdad," katanya. - UTUSAN ONLINE

Risda belum sedia disenarai di bursa

Posted: 09 Jul 2013 02:49 AM PDT

PUTRAJAYA 9 Julai - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) masih tidak merancang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia buat masa ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Katanya, langkah itu agak sukar dilakukan kerana antara lain, kebanyakan tanah yang diuruskan oleh Risda dan anak-anak syarikatnya adalah milik pekebun kecil.

"Namun, kami tidak menolak cadangan itu, malah telah memperuntukkan RM200 juta pada tahun lepas bagi membeli tanah."

"(Sehubungan itu) adalah mudah bagi Risda untuk disenaraikan jika memiliki tanah sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Bioteknologi Risda di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan sama ada Risda akan mengikut langkah Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Mohd. Shafie berkata, Risda akan menjalankan kajian yang lebih mendalam dari segi sinergi, malah keadaan pasaran yang kurang stabil buat masa sekarang merupakan sesuatu langkah yang kurang produktif bagi mereka.

"FGV berbeza dengan kami, mereka mempunyai keupayaan sinergi yang mantap dan matang, namun itu tidak bermaksud kita tidak mampu tapi kita mahu melihat secara lebih mendalam dari segi perkongsian dengan para pekebun kecil," katanya.

Bagaimana pun, katanya, kepentingan masyarakat pekebun kecil tetap menjadi keutamaan mereka.

"Kita memang mengejar keuntungan, tapi akhirnya nanti, apa yang penting ialah kita mampu menstabilkan pendapatan pekebun kecil ini," katanya. - BERNAMA

Penuntut Malaysia no. 1 ujian di Kuwait 2013

Posted: 09 Jul 2013 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR Julai 9 - Penuntut Malaysia Muhammad Safiuddin Mohd. Soyong mendapat tempat pertama dalam Ujian A-Level Aliran Agama Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait 2013, dengan memperoleh 98.18 peratus markah.

Muhammad Safiuddin, 20, menerima sijil, pingat emas dan saguhati sebanyak 300 Dinar Kuwait (RM3,340) dari National Bank of Kuwait, menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, hari ini.

Pencapaian anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan, itu diumumkan Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi Kuwait Nayef Al-Hajraf pada Ahad lalu.

Muhammad Safiuddin diraikan bersama semua pelajar cemerlang di satu majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Hotel Jumeirah, Kuwait semalam. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Kuwait Datuk Adnan Othman.

Menurut kenyataan itu, beliau memperolehi 5A bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2005 dan 10A bagi Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU) pada 2007.

Muhammad Safiuddin meneruskan pelajaran di Institut Islam Kuwait pada 2008 di atas tajaan kerajaan Kuwait sehingga menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait pada 2013 dengan keputusan cemerlang. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved