Ahad, 28 Julai 2013

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Wujudkan sistem nilai - MB

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (tengah) mengacau bubur lambuk bersama penduduk setempat sebagai simbolik pelancaran Program Ihya Ramadan dan Majlis Gotong-Royong Bubur Lambuk di Sierra Perdana, Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Julai - Sistem nilai perlu diwujudkan bagi mengelakkan daripada berlaku perpecahan serta polarisasi kaum dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama dalam kalangan masyarakat amat penting dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan negara.

Beliau berkata, negara akan mengalami kerugian sekiranya setiap kaum berfikiran sempit serta taksub dan hanya mementingkan diri semata-mata.

"Perkara seperti ini perlu diberikan perhatian serius kerana kerjasama antara kaum adalah sesuatu yang sangat penting dalam usaha mewujudkan keharmonian dan kestabilan," katanya selepas menghadiri Program Ihya Ramadan dan Majlis Gotong-Royong Bubur Lambuk anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Kepolisan di Sierra Perdana, Taman Rinting, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut meluangkan masa menyampaikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik selain mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menambah baik bilik gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sierra Perdana.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan antara pendekatan yang baik bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat di kawasan itu.

Beliau berharap program kemasyarakatan seperti itu perlu diperbanyakkan bagi membina komuniti yang berkualiti pada masa akan datang.

Puteri UMNO Pulai agih fidyah

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Hirul Fahdiyah Ismail (duduk, kiri) menyampaikan kain serta barang keperluan dapur kepada Rupiah Sanipan dalam Program Jelajah Fidyah Ramadan Puteri UMNO Pulai di Kampung Tuah Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Julai - Puteri UMNO Bahagian Pulai hari ini menziarah kira-kira 60 keluarga fakir miskin yang menetap di sekitar 14 cawangan bahagian itu menerusi program Jelajah Fidyah Ramadan.

Ketuanya, Hirul Fahdiyah Ismail berkata, menerusi lawatan itu pihaknya mengagihkan bantuan kepada golongan tersebut hasil fidyah yang dikumpul daripada individu menjelang Ramadan lalu.

Beliau berkata, program yang dimulakan sejak 2003 itu merupakan antara pendekatan mereka untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat selain membantu golongan yang memerlukan.

"Kami berjaya mengumpul sejumlah wang bayaran fidyah individu dan ia digunakan membeli beras untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya selain sumbangan barangan keperluan harian.

"Sumbangan ini disampaikan dari rumah ke rumah bagi memudahkan urusan penerima," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, di sini.

Seorang penerima bantuan, Martini Kasmin, 70, bersyukur dengan bantuan yang diberikan itu selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat bermakna terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya ucapkan terima kasih dengan bantuan yang diberikan ini," katanya yang sudah menetap di Kampung Tuah Jaya sejak 20 tahun lalu.

Seorang lagi penerima bantuan, Rupiah Sanipan, 66, turut gembira dengan bantuan itu kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan hariannya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved