Jumaat, 5 April 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga maut kereta terlibat kemalangan dengan lori, bas

Posted: 05 Apr 2013 07:54 PM PDT

LEDANG 6 April - Tiga maut selepas kereta Toyota yang dinaiki terlibat dalam kemalangan yang turut membabitkan lori dan bas di Kilometer 162.5 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam arah utara lebuh raya tersebut, kereta berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Mangsa lain yang cedera kini dirawat di Hospital Daerah Tangkak, di sini. - UTUSAN

Lelaki tempatan, wanita ditahan

Posted: 05 Apr 2013 11:21 AM PDT

LAHAD DATU 5 April - Seorang lagi lelaki tempatan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam Ops Daulat bagi membanteras saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu petang semalam.

Beliau berkata, dalam Ops Daulat semalam, polis turut menahan seorang wanita berusia 45 tahun kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri tetapi mempunyai kad identiti dari Kesultanan Sulu di Kampung Sungai Bilis, Felda Sahabat dekat sini.

"Kami masih menyiasat penglibatan kedua-dua mereka dengan insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Kok Liang, wanita tersebut tidak dituduh di bawah SOSMA tetapi di bawah Akta Imigresen.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah lagi balai polis bergerak ditempatkan di sekitar Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu mulai pagi ini bagi meningkatkan keyakinan penduduk yang terjejas akibat insiden pencerobohan itu.

Katanya, sehingga pukul 1 petang ini, sebanyak 20 laporan polis dibuat termasuk membabitkan kehilangan harta benda, rumah yang dibakar dan dirosakkan berpunca perbuatan pengganas.

"Polis percaya lebih banyak laporan akan dibuat penduduk dalam tempoh terdekat.

"Selain balai polis tersebut, pasukan keselamatan juga akan meneruskan rondaan untuk meningkatkan tahap keselamatan," katanya.

Beliau percaya melalui langkah diambil itu, penduduk kampung di zon merah tidak akan lagi berasa takut dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved