Jumaat, 5 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Orang Asli terhina dihalau, digelar penceroboh

Posted: 05 Apr 2013 03:08 AM PDT

MASYARAKAT Orang Asli suku Temiar yang tinggal di sebuah hutan di Pos Pulat menunjukkan parang dan sumpit sebagai amaran kepada Kerajaan Pas Kelantan yang cuba merampas tanah yang didiami untuk dijadikan Ladang Rakyat, di Gua Musang hari ini. - UTUSAN

GUA MUSANG 5 April - Lebih 20 keluarga masyarakat Orang Asli kaum Temiar yang

tinggal di Pos Pulat di sini kecewa dan merasa terhina apabila mereka yang selama ini hidup secara berpindah-randah dan meneroka hutan di Hulu Kelantan digelar penceroboh malah dihalau dari sebuah kawasan hutan yang telah diteroka sejak enam bulan lalu oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Mereka mendakwa telah menerima surat daripada Kerajaan Pas Kelantan melalui

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (Ladang Rakyat) yang

menganggap tindakan mereka meneroka tanah itu sebagai satu pencerobohan meskipun

ia adalah tanah adat yang telah dihuni sejak ratusan tahun dahulu.

Wakil mereka, A. Agogenaseh, 31, mendakwa, mereka meneroka tanah di situ untuk tujuan bercucuk tanam dan membina penempatan namun tiba-tiba sahaja tanah tersebut telah disodok oleh sebuah syarikat sejak sebulan lalu dan turut menerima surat pada 6 Mac lalu.

Sehubungan itu, Agogenaseh berkata, mereka merasa sangat terhina dan marah serta bersumpah akan mempertahankan hak itu daripada dirampas memandangkan kehidupan mereka selama ini bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan.

"Belum pernah ada Orang Asli di dunia ini yang meneroka kawasan hutan seperti ini tetapi tiba-tiba sahaja digelar penceroboh, nenek moyang kami sudah tinggal di sini sejak beratus tahun lalu tetapi kenapa hari ini kami dihalau dan dikatakan menceroboh.

"Dengan rasa marah dan kecewa, saya bersumpah akan mempertahankan hak kami di sini kerana di sinilah tempat kami dilahirkan dan dibesarkan serta di sini jugalah nyawa kami akan berakhir," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketua masyarakat Orang Asli itu, Basri Abdullah, 33, berkata, Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya merasa malu kerana mendakwa mereka sebagai penceroboh sedangkan tanah tersebut telah dihuni oleh Orang Asli selama ratusan tahun.

"Saya hairan kenapa pemimpin mempercayai apa yang mereka dengar daripada Ladang Rakyat dan tidak datang ke sini untuk bertanya kepada kami apakah yang sebenarnya berlaku.

"Kami sudah berpindah di sini membina tempat tinggal dan bercucuk tanam yang

memang kami bebas lakukannya sejak dulu tetapi tiba-tiba sahaja sekarang kami

sudah digelar penceroboh walaupun orang asing yang datang sinilah yang sepatutnya digelar penceroboh kerana tiba-tiba sahaja sodok tanah kami," katanya. - UTUSAN ONLINE

Agenda lancar kempen sokong

Posted: 05 Apr 2013 12:38 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

RAMLY Yusoff (barisan depan, tengah) dan Mohamad Zaidan Ab Rahim (barisan depan, enam dari kanan) bersama sebahagian 120 sukarelawan menyokong akhbar Utusan Malaysia pada majlis 'Jelajah Janji Ditepati' di perkarangan Bangunan UMNO Kelantan, di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN

KOTA BHARU 5 April - Golongan muda amnya perlu sentiasa menghargai dan memberi sokongan penuh terhadap sumbangan akhbar Utusan Malaysia yang selama ini telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan pelbagai sumber maklumat kepada mereka.

Malah akhbar Utusan Malaysia turut menjadi wadah perjuangan kaum Melayu yang telah diwarisi sejak dahulu sehingga kini dan perlu sentiasa dipertahankan.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, akhbar ini merupakan simbol sebagai sebuah akhbar yang telah banyak membantu menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan termasuk untuk kepentingan orang muda.

"Saya berharap generasi muda akan dapat menghargai sumbangan akhbar ini sebagai medium penting penyebaran maklumat," katanya selepas melancar Kempen Menyokong Akhbar Utusan Malaysia sempena program "Jelajah Janji Ditepati" di Pejabat Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Kempen dan program anjuran Agenda itu dilepaskan oleh Pengarah Penerangan negeri, Ramly Yusoff. - UTUSAN

PM lancar 3 projek bernilai RM8 bilion di Cyberjaya

Posted: 04 Apr 2013 10:18 PM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

NAJIB Tun Razak (dua kiri) tertarik dengan model Masjid Cyberjaya selepas majlis perasmian dan pecah tanah bagi pembinaan masjid pertama di Cyberjaya itu, di Sepang hari ini. - UTUSAN

SEPANG 5 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya, di sini yang bernilai kira-kira RM8 bilion.

Projek berkenaan termasuk pembinaan Masjid Cyberjaya iaitu masjid pertama yang mendapat anugerah Indeks Platinum Hijau bernilai RM62 juta.

Fasa pertama masjid yang dijangka siap menjelang 2015 itu dibina oleh syarikat Koridor Padu Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 17.5 ekar dan mampu memuatkan 8,500 jemaah.

Turut dilancarkan projek pembangunan bernilai RM1.02 bilion melibatkan pembinaan 2,500 unit rumah dan komersial yang turut melibatkan pembinaan 794 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Sementara projek ke-3 melibatkan pembinaan Pusat Bandar Cyberjaya bernilai RM6 bilion di atas tanah seluas 141 ekar.

Tiga projek berkenaan akan dibina oleh syarikat Cyberview Sdn Bhd.

Dalam ucapannya Najib berkata, dengan pembangunan 3 projek itu Cyberjaya bakal mendapat pelaburan tambahan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM20 bilion dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimanapun kata beliau, kejayaan perlaksanaan projek tersebut dipengaruhi oleh dua faktor iaitu penyelesaian isu air dengan kerajaan Selangor dan kesinambungan kepimpinan di Putrajaya.

"Untuk merealisaikan impian di Cyberjaya menjadi realiti, maka dua isu ini perlu di atas dan rakyat berpeluang mengubahnya dalam masa terdekat," kata Najib.

Penduduk Cyberjaya yang kini berjumlah 55,000 orang akan meningkat kepada 100,000 menjelang tahun 2017.- UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved