Selasa, 23 April 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pekerja stesen minyak cemas cermin kaunter ditembak

Posted: 23 Apr 2013 09:58 PM PDT

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

KLANG 24 April - Dua pekerja sebuah stesen minyak di Taman Chi Liung, Pandamaran di sini berdepan dengan detik cemas apabila cermin kaunter pembayarannya ditembak dari arah luar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 pagi itu, kedua-dua pekerja berkenaan yang sedang melakukan kerja berhampiran kaunter di stesen minyak itu tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari arah luar dan mendapati cermin kaunter telah retak.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Mohamad Md. Yusof berkata, sejurus menerima laporan daripada Balai Polis Pandamaran, sepasukan pegawai penyiasat dan pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE

Bekas tahanan Ordinan Darurat mati ditembak

Posted: 23 Apr 2013 11:15 AM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat mati ditembak dari jarak dekat ketika dia sedang menikmati makan malam bersama isteri dan anaknya yang berusia lapan tahun di sebuah restoran di Batu 14, Kampung Baharu Puchong, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, pemandu teksi, A. Siva, 36, didatangi oleh dua lelaki berbadan gempal dan bertopeng yang meluru ke arah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati setelah salah satu daripada tembakan tersebut terkena bahagian dada dan menyebabkannya rebah.

"Mangsa telah cuba diselamatkan oleh orang ramai dengan menghantarnya ke sebuah klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri menaiki kereta Proton Waja warna perak bernombor pendaftaran NBS 919.

Menurut Yahaya, siasatan lanjut mendapati kereta yang digunakan oleh suspek didaftarkan di atas nama seorang lelaki di Melaka.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis percaya kenderaan yang digunakan itu adalah kereta curi.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, polis kini turut menyiasat kaitan kejadian itu dengan satu lagi kes bunuh di kawasan tersebut dua minggu lalu.

"Siasatan turut dilakukan mengenai kaitan kejadian ini dengan satu lagi kes bunuh seorang pemilik kedai kopi yang mati ditetak dua minggu lalu," katanya lagi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved