Rabu, 16 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Lapan pelajar UUM dapat tawaran KFH

Posted:

Lapan pelajar UUM dapat tawaran KFH

Lapan pelajar UUM dapat tawaran KFH

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


NUR Farrah Ain Zainuddin (kanan sekali) bersama rakan-rakannya yang juga pelajar Universiti Utara Malaysia yang diterima bekerja di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH) Kubang pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 15 Nov. – Sebanyak lapan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalani latihan praktikum di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH) diterima bekerja di institusi kewangan antarabangsa terkemuka tersebut.

Mereka adalah Azila Jamhari, Masitah Abdul Karim, Nor Asilahani Mohd. Masudi, Husnu Sakinah Mohd. Jamri, Nur Farrah Ain Zainuddin, Nur Hasinah Awang Kechil, Norul Faizah Yusuf dan Ramlah Sarun yang berusia antara 23 dan 24 tahun.

Penuntut terbabit yang mengambil jurusan Kewangan dan Perbankan Islam merupakan kumpulan pertama menyertai program Financial Undergraduate Internship Programme (FUIP) 2011.

FUIP adalah program yang julung kali dilaksanakan oleh Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) UUM bersama dua institusi kewangan iaitu KFH dan RHB Bank Berhad.

Pegawai Penghubung Industri CUIC, Rafidah Mahayuddin berkata, program itu akan diteruskan pada masa akan datang berikutan kejayaan memberangsangkan.

"Berikutan kejayaan program FUIP 2011, pihak kami yakin bercadang untuk meneruskan lagi program ini pada masa akan datang.

"Buat masa ini, CUIC sedang rancak menandatangani lebih banyak memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan pihak industri dalam usaha membina rangkaian dengan pihak ini dengan harapan kita mampu menghantar lebih ramai pelajar UUM untuk menjalani latihan praktikum di sana," katanya di Bengkel Perkongsian Pengalaman Praktikum di kampus UUM di sini baru-baru ini.

Bengkel ini dihadiri 19 pelajar yang menjalani latihan praktikum di KFH dan RHB Bank Berhad.

Sementara itu, menurut salah seorang penuntut Nur Farrah Ain, ketika berkongsi pengalaman menjalani praktikum di KFH selama empat bulan berkata, penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam berkomunikasi selain sentiasa membangunkan kemahiran baru.

"Apa yang ingin kami kongsi kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri tidak lama lagi supaya mereka lebih bersedia dengan memperbaiki kemahiran komunikasi, meningkatkan tahap keyakinan diri untuk menghadapi keadaan sebenar berada di industri," katanya.

Hampir 50 pelajar jurusan berkaitan menghadiri bengkel ini bagi mendengar pengalaman yang disampaikan oleh para pelajar yang telah menamatkan latihan praktikum di industri kewangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Universiti Teknologi Petronas juara ISSC

Posted:

Universiti Teknologi Petronas juara ISSC

Universiti Teknologi Petronas juara ISSC

TRONOH 15 Nov. - Universiti Teknologi Petronas (UTP) membuktikan kehebatannya apabila muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Pelajar Antarabangsa (ISSC) yang diadakan di kampusnya di sini dari 28 hingga 30 Oktober lalu.

Ia merupakan kemenangan dua tahun berturut-turut UTP pada karnival yang pertama kali dianjurkan pada 2007 itu.

Pada ISSC tahun ini, UTP berjaya menggondol tujuh pingat emas iaitu bagi pertandingan bola tampar, larian kampus serta tarik tali lelaki dan perempuan.

Kontinjen universiti itu turut memenangi sebutir pingat emas dalam pertandingan sepak raga bulatan dan sebutir pingat gangsa dalam pertandingan badminton.

ISSC yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi mempertandingkan lawan acara sukan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar, bola keranjang tiga lawan tiga, sepak raga bulatan, tarik tali, badminton dan larian kampus.

Lebih 100 pelajar antarabangsa dari 32 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Limkokwing mengambil bahagian pada karnival tersebut.

ISSC kali ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Tadbir (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta), Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohamed Ali Abdul Rahman. Beliau mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa.

Hadir sama, Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTP, Mohd. Noor Rosli Baharom.

Full content generated by Get Full RSS.

UUM, UniMAP, NCIA anjur bengkel banjir

Posted:

UUM, UniMAP, NCIA anjur bengkel banjir

UUM, UniMAP, NCIA anjur bengkel banjir


SEBAHAGIAN peserta yang menghadiri bengkel pengurusan bencana banjir bertemakan 'Perkongsian Strategik Kerajaan –Swasta - Komuniti Dalam Pengurusan Risiko pada Pra, Semasa dan Pasca Banjir di UUM Sintok, di Kubang Pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 15 Nov. – Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan bengkel mengenai banjir yang dihadiri golongan akademik, agensi awam, swasta dan komuniti selama dua hari bermula semalam.

Bengkel pengurusan bencana banjir yang bertemakan 'Perkongsian Strategik Kerajaan–Swasta-Komuniti Dalam Pengurusan Risiko pada Pra, Semasa dan Pasca Banjir' adalah anjuran bersama UUM, Universiti Malaysia Perlis (Unimap, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, perbincangan itu bertujuan menghasilkan strategi yang terbaik dan resolusi yang lebih pragmatik bagi mengurangkan risiko bencana banjir khususnya di kawasan utara Semenanjung.

"Kita sedia maklum bahawa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, gunung berapi, tsunami serta ribut taufan akan terus berlaku kerana ia tidak dapat dikawal oleh manusia.

"Kita hanya mampu membendung dan mengurangkan impak serta kesan sampingan dari bencana- bencana alam ini," katanya di sini, baru-baru ini.

Redza Rafiq memberitahu, bengkel diharap dapat membuahkan hasil sewajarnya terhadap pengurusan banjir membabitkan pihak-pihak berkaitan seperti sektor swasta, kerajaan dan masyarakat.

"Kita juga berharap satu Resolusi Pengurusan Bencana Banjir yang terbaik dapat dihasilkan bagi mengurangi risiko banjir pada masa akan datang," jelasnya.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sukarelawan universiti itu yang terdiri daripada kakitangan dan penuntut sudah bersedia untuk menghadapi banjir.

Katanya, semua jabatan dan bahagian di kampus UUM telah digerakkan dari segi keselamatan, penyediaan makanan, peralatan dan perhubungan bagi menghulurkan bantuan kepada kakitangan yang terbabit dan juga membantu masyarakat sekitar sekiranya memerlukan bantuan.

"Mesyuarat dan pemantauan sentiasa dilakukan termasuk mengemas kini data dan perkara yang diperlukan termasuk dari segi logistik, keselamatan dan sebagainya sementara menunggu arahan daripada MKN untuk diambil tindakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved