Rabu, 16 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


UMK-PSU jalin kerjasama

Posted:

UMK-PSU jalin kerjasama

UMK-PSU jalin kerjasama

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Mortaza Mohamed menandatangani plak pelancaran buku A Glimpse of Kelantanese Traditional Food sambil disaksikan oleh Ibrahim Che Omar (kiri) di UMK, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 15 Nov. – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menawarkan satu program baru, Ijazah Sarjana Muda Jaminan dan Teknologi Makanan bermula September 2013.

Dekan Fakulti Agro-Industri dan Sumber Asli (FASA), Prof. Dr Ibrahim Che Omar berkata, program tersebut adalah satu pembaharuan dalam pengajian peringkat sarjana muda universiti itu kerana ia dijalankan secara kerjasama dengan Universiti Prince of Songkhla (PSU), Thailand.

Beliau berkata, pihaknya dalam proses perbincangan akhir dengan universiti terkemuka dari negara Gajah Putih tersebut sebelum program itu dapat dimulakan dalam tempoh dua tahun lagi.

"Pembelajaran yang memakan masa lapan semester atau empat tahun akan berlangsung secara berselang-seli iaitu tiga semester dengan UMK dan tiga semester lagi dengan PSU manakala baki dua semester untuk penyediaan tesis atau projek tahun akhir dengan para pelajar diberi pilihan menyiapkannya di salah sebuah institusi itu.

"Tujuannya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada corak pengajian dan pengalaman yang lebih mencabar, sekali gus membolehkan graduan yang bakal lahir menamatkan program ijazah mereka dengan pengiktirafan berkembar dari UMK dan PSU," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran buku A Glimpse of Kelantanese Traditional Food yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed sempena Hari Makanan Sedunia UNESCO 2011 peringkat UMK di sini, semalam.

Ibrahim berkata, beliau percaya, kerjasama dengan PSU akan memberi kebaikan kepada pelajar perintis yang mengambil jurusan itu, selain manfaat besar kepada universiti dan tenaga akademiknya sendiri.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, penerbitan buku mengenai makanan tradisional masyarakat tempatan tersebut adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan juadah rakyat di peringkat antarabangsa.

Buku kelapan yang diterbitkan oleh fakulti tersebut adalah tulisan bersama Ibrahim sendiri bersama Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Prof. Dr. Farok Zakaria serta dua pensyarah kanan, Dr. Nor Azlina Ibrahim dan Norasyikin Mohd. Fauzi.

"Buku ini adalah edisi pertama yang kami keluarkan mengenai makanan tradisional dan akan diteruskan pada masa hadapan dengan lebih banyak lagi juadah serta paparan mengenai sejarah dan susur-galur makanan.

"Pada edisi sulung ini, sebanyak 50 jenis makanan dipaparkan dengan gambar yang menarik serta pengisian padat yang disasarkan khusus kepada pembaca luar negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

250 pelajar tingkatan empat sertai program selangkah ke universiti

Posted:

250 pelajar tingkatan empat sertai program selangkah ke universiti

250 pelajar tingkatan empat sertai program selangkah ke universiti


Wakil pelajar tingkatan empat menyatakan ikrar mereka pada 'Program Selangkah ke Universiti' di Dewan Terbuka Keusahawanan, Kampus Pengkalan Chepa, Universiti Malaysia Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 15 Nov. – Seramai 250 pelajar dari 45 sekolah di daerah Kota Bharu, Tumpat dan Bachok menyertai 'Program Selangkah ke Universiti' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Pengkalan Chepa di sini semalam.

Program anjuran Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran itu bertujuan mendedahkan pelajar tingkatan empat dengan alam universiti sebagai motivasi untuk mereka belajar bersungguh-sungguh.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr Mortaza Mohamed berkata, UMK adalah sebuah daripada 14 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara yang dipilih melaksanakan program itu di kampus masing-masing.

"Kumpulan sasaran program ini adalah pelajar yang tidak mempunyai ahli keluarga yang pernah belajar di universiti dan pelajar yang berpotensi untuk berjaya.

"Kita mahu pelajar faham bahawa hanya taraf pendidikan yang tinggi sahaja yang dapat merubah nasib keluarga dan mengelak menjadi golongan miskin atau 'si miskin pada masa depan'.

"Jika bekerja dengan pendapatan RM1,000 sebulan mungkin tidak menjadikan kita hidup miskin hari ini tetapi dengan jumlah itu tidak mustahil menjadikan kita golongan papa kedana pada masa depan. Maka, peluang mendapatkan pendidikan tinggi di universiti amat penting," katanya pada majlis pelancaran 'Program Selangkah ke Universiti' di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK di sini.

Pada program sehari itu, pelajar dibawa melawat ke sekitar kampus, perpustakaan dan makmal teknologi pengajian tinggi selain menyertai sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator terdiri dari siswa UMK.

Pada pelajar juga diberikan ceramah motivasi 'Mengapa Perlu Ke Universiti?' oleh Dekan Fakulti Agro-Industri dan Sumber Asli (FASA) Prof. Dr Ibrahim Che Omar.

Menurut kenyataan BAKTI, program tersebut telah dimulakan pada tahun lalu dan menarik minat seramai 3,120 pelajar seluruh negara dan pada tahun ini, ia menyasarkan penyertaan sehingga 4,000 pelajar dari 380 buah sekolah.

Seorang pelajar, Siti Nur Adlin Ilyana Abdullah, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Kalong berkata, dia mengisi nama untuk menyertai program itu apabila diberitahu oleh gurunya kerana tidak mahu melepaskan peluang mengenali sebuah universiti dengan lebih dekat.

"Saya tidak pernah melawat mana-mana universiti pun sebelum ini. Malah, tidak ada ahli keluarga yang pernah terlibat dalam majlis konvokesyen. Jadi, saya teruja datang ke sini walaupun agak takut juga ketika mula-mula melangkah masuk," katanya.

Anak kepada pemandu bas, Abdullah Mamat, 49 dan Halimah Wan Pi, 37, yang mengusahakan kedai kopi ini bercita-cita menjadi seorang doktor perubatan.

Seorang lagi pelajar, Mohamad Khaizuran Saari, 16, dari SMK Salor berkata, dia memahami lebih jelas cara penuntut universiti menjalani kehidupan mereka dan bagaimana peluang itu sebenarnya terbuka kepada semua jika sanggup belajar bersungguh-sungguh.

"Sebelum ini, kalau sebut belajar universiti saya tidak tahu apa makna sebenar dan apakah saya juga berpeluang, tetapi dengan program ini saya mendapat banyak maklumat baru yang boleh menjadi panduan dan menarik minat saya," kata anak sulung tiga beradik itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Meneroka anatomi, fungsi otak

Posted:

Meneroka anatomi, fungsi otak

Meneroka anatomi, fungsi otak


Sebahagian ahli Kelab Neurosains menunjukkan tanda bagus setelah selesai membuat pembentangan sewaktu Program Meneroka Anatomi Otak dan Fungsi anjuran Kelab Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan USM di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 15 Nov. – Kira-kira 100 ahli Kelab Neurosains Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan projek "Meneroka Anatomi Otak dan Fungsi" di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di sini, hari ini.

Mereka yang dibahagikan kepada lima kumpulan diberikan otak kambing beku untuk dibedah dan mengenal pasti bahagian yang berperanan mengawal fungsi otak.

Sebelum projek tersebut dijalankan, kesemua mereka diberikan kefahaman secara teori di Kampus Kesihatan USM pada 20 Oktober lalu.

Ketua projek tersebut, Prof. Jafri Malin Abdullah berkata, meneroka anatomi otak dan fungsi adalah antara program pemindahan ilmu Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan golongan pascasiswazah sarjana.

Katanya, melalui kelab tersebut, pelajar dapat berkomunikasi secara terus dengan siswazah bagi mendapatkan pengetahuan serta pengalaman mengenai bidang tersebut.

"Sekali gus mahasiswa terlibat berpeluang menjadi guru dan menyampaikan ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian mereka sebelum ini kepada ahli kelab," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Empat siswazah Sarjana Neurosains yang terlibat dalam projek tersebut ialah Khalilah Haris, Nurul Iman Wan Ismail, Aini Ismafairus Abd. Hamid dan Mohd. Hanif Che Lah.

Khalilah memberitahu, sebelum pembedahan itu dilakukan, pelajar diterangkan tentang cara-cara pengendalian dan objektif pembedahan.

Katanya, pelajar juga diberikan pendedahan mengenai terminologi otak seperti dorsal, ventral , medial, lateral, superor, inferior, anterior rostral dan posterior/caudal.

"Mereka juga diperlihatkan gambaran otak luaran secara kasar, merungkai sebahagian daripada kapsul dalaman dan membuang bahagian korteks," katanya.

Sementara itu, seorang ahli kelab tersebut, Nurul Syuhada R. Azmi, 16, memberitahu, dia gembira kerana terpilih menyertai kelab neurosains itu kerana dapat memahami pembelajaran sains di luar kelas.

"Pembelajaran fungsi otak merupakan sesuatu yang menakjubkan kerana ia mempunyai pelbagai peranan dalam kehidupan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved