Rabu, 16 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jana tenaga kerja profesional

Posted:

Jana tenaga kerja profesional

Jana tenaga kerja profesional

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


PELAJAR berpeluang mengajukan soalan kepada penceramah pada Bengkel Perbincangan Industri Kejuruteraan Automotif di UTeM Durian Tunggal di Alor Gajah, Melaka, semalam.


MELAKA 15 Nov. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) terus menjalin kerjasama dengan Institut Automotif Malaysia (MAI) sebagai usaha berterusan menjana tenaga kerja profesional dalam sektor itu.

Menurut Dekan FTK, Prof. Madya Mohd. Rahimi Yusoff, antara tujuan utama pelaksanaan program tersebut adalah bagi memudahkan graduan mendapat pekerjaan khususnya dalam sektor teknologi kejuruteraan automotif.

Terbaru, fakulti itu dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (ICNet) UTeM mengadakan bengkel perbincangan bersama MAI bagi memperincikan program berkenaan.

Mohd. Rahimi berkata, sesi perbincangan bermula dengan pembentangan oleh Penolong Pengurus Besar MAI, Sharoul Jambari mengenai cadangan model pelaksanaan program berkenaan.

"Program ini disasarkan kepada penuntut tahun satu FTK yang berminat dan berkelayakan untuk ditemuduga dan dipilih bagi menjalani pendedahan industri selama dua bulan setiap cuti semester.

"Keutamaan akan diberi kepada penuntut program automotif, program pembuatan dan selebihnya kepada program-program lain," katanya di sini hari ini.

Hadir sama pada perbincangan tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Rohana Abdullah selaku penyelaras perbincangan program tersebut.

Tambah Mohd. Rahimi, melalui program itu penuntut FTK akan berpeluang mengikuti latihan praktikal dalam industri terpilih dan berpeluang meningkatkan pengetahuan serta kemahiran terhadap penggunaan dan kemajuan teknologi terkini dalam bidang-bidang berkaitan.

"Program sebegini sememangnya menyokong hasrat universiti untuk menghasilkan graduan yang mempunyai tahap kecekapan, kemahiran komunikasi yang baik serta sahsiah yang tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.

Gerbang Kerjaya IKBN temukan pihak industri, bakal pekerja

Posted:

Gerbang Kerjaya IKBN temukan pihak industri, bakal pekerja

Gerbang Kerjaya IKBN temukan pihak industri, bakal pekerja

REMBAU 15 Nov. - Penganjuran Program Gerbang Kerjaya yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong di sini hari ini, menjadi platform terbaik untuk para penuntut menentukan hala tuju dalam aspek pemilihan kerjaya masing-masing.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan, Saari Salleh berkata, program tersebut merupakan usahasama dengan syarikat industri ke arah membentuk revolusi dalam usaha mengembangkan perindustrian negara.

''Ia merupakan saluran yang bukan sahaja memberi pendedahan awal mengenai tentang peluang kerjaya, malah membuka ruang kepada pihak industri untuk memilih calon yang layak dalam bidang kepakaran yang diperlukan.

''Namun, apa yang lebih penting, inisiatif ini turut dapat memanfaat serta memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dalam menceburi bidang kerjaya pada masa akan datang," katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Perdana IKBN Chembong, di sini, hari ini.

Program itu dihadiri oleh 650 penuntut pusat kemahiran tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada 15 syarikat perindustrian.

Jelas Saari, program berkenaan yang masuk tahun kedua penganjuran, adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan institusi kemahiran tempatan sekali gus memenuhi pasaran kerja industri negara.

Sementara itu, Pengarah IKBN Chembong, Yusop Ibrahim, program yang menjadi acara tahunan itu dijalankan di setiap wilayah IKBN seluruh negara.

''Program ini membolehkan penuntut yang bakal menamatkan pengajian menceburi bidang yang mereka minati," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang peserta, Mohd Faiz Basir, 23, berkata, program tersebut dapat menambah input dirinya dalam proses mencari kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajarinya.

''Ia memudahkan para pelajar untuk mendapatkan infomasi terkini mengenai pasaran kerja sedia ada," jelasnya.

Bagi, Marzuki Abdul Razak, 24, program tersebut mengajar tentang kaedah serta memudahkan proses pencarian kerja.

Tambah, Farah Adha Zulhisyam, 18, karnival kerjaya tersebut membuka peluang kepada penuntut untuk memilih kerjaya serta industri yang bakal diceburi pada masa akan datang.

''Program ini amat membantu kami dalam usaha mencari kerja yang sesuai buat diri masing-masing kerana kita tahu apa keperluan serta syarat yang diperlukan bagi melayakkan diri untuk memohon sesuatu kerja itu," katanya.

Seorang lagi peserta, Noor Fadila Mohd Zin, 20, memberitahu, dia berharap program itu diperkembang dan diteruskan dari semasa ke semasa demi faedah semua pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

Permatang semai budaya usahawan mahasiswa

Posted:

Permatang semai budaya usahawan mahasiswa

Permatang semai budaya usahawan mahasiswa


TAPAK niaga disediakan kepada pelajar di bawah program Permatang di UTeM di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.


MELAKA 15 Nov. – Aspek pembangunan pelajar dalam pelbagai sudut terus menjadi keutamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi memupuk budaya keusahahawanan menerusi kemudahan yang disediakan di kalangan mahasiswa.

Antara usaha tersebut ialah menyediakan kemudahan perniagaan di dalam kampus UTeM yang dikenali sebagai Permatang.

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM, Prof. Dr. Marizan Sulaiman berkata, melalui Permatang, mahasiswa universiti itu boleh menjalankan perniagaan di dalam kampus dengan lebih teratur dan berkesan.

"Permatang ini digunakan oleh pelajar bagi menjual barangan seperti buku-buku, alatan komputer dan lain-lain lagi bagi keperluan semasa mahasiswa.

"Permatang juga akan disewa kepada penyewa luar bagi memperbanyakkan lagi bidang perniagaan di samping menampung kos penyelenggaraan dan akan diletakkan di bawah tadbiran Pusat Keusahawanan HEPA," katanya.

Menurut beliau, Pusat Keusahawanan akan turut memulakan perniagaan kedai koperasi di bawah Koperasi Siswa (KOSISWA) di Bangunan Pusat Persatuan Pelajar (PPP) tidak lama lagi.

Satu upacara penyerahan Permatang telah berlangsung di pejabat HEPA baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Timbalan Pendaftar HEPA, Zainudin Ahmad, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM, Ahmad Saufi Ahmad Jawahir serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan dan HEPA.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved