Rabu, 16 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Istana Negara 'lama' ditutup rasmi

Posted:

Istana Negara 'lama' ditutup rasmi

Istana Negara 'lama' ditutup rasmi


Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil (kiri) menerima bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong pada istiadat penurunan bendera tersebut di Jalan Istana sebelum dinaikkan di pekarangan Istana Negara yang baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pagi tadi, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi hari ini dan bermulanya era baru di Istana Negara baru di Jalan Duta.

Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.

Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.

Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara.

Penyerahan bendera itu dilakukan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD, Mejar Mohd. Kadri Abu Bakar.

Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri, mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda berkekuatan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.

Antara kenamaan yang hadir menyaksikan istiadat penurunan bendera itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Negara Datuk Othman Mahmood, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Raja Afandi Raja Mohd Nor dan Penolong Ketua Markas ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim.

Di Istana Negara Jalan Duta, istiadat menaikkan bendera bermula pada 10.25 pagi dengan penyerahan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada kumpulan penaik bendera bagi menandakan bermulanya penugasan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Istiadat menaikkan bendera di Istana Negara Jalan Duta dianggap unik kerana bendera itu dinaikkan secara automatik berbanding di Istana Negara 'lama' yang dilakukan oleh anggota tentera.

Istana Negara telah berpindah dan mula beroperasi di kompleks baharu di Jalan Duta secara berperingkat mulai 19 Oktober lepas manakala penugasan kepada anggota pengawal daripada ATM bermula hari ini.

Istana Negara 'lama' di kawasan seluas 11.34 hektar asalnya adalah sebuah banglo dua tingkat yang dibina pada 1928 oleh jutawan tempatan, Chan Wing.

Kemudian banglo itu bertukar milik apabila kerajaan negeri Selangor membelinya dan selepas diubah suai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.

Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kakitangan Istana Negara sedih, terharu

Posted:

Kakitangan Istana Negara sedih, terharu

Kakitangan Istana Negara sedih, terharu

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kenangan menjaga kebersihan di kawasan Istana Negara yang terletak di Jalan Istana di sini akan menjadi memori manis buat seorang tukang kebun yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun di tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong itu.

Zapirul Ashaari, 27, berkata, dia berasa sedih dan terharu apabila istana yang mula didiami raja-raja Melayu sejak Yang di-Pertuan Agong pertama pada 1957 itu telah mengakhiri fungsinya hari ini.

"Banyak kenangan manis sepanjang saya bekerja di sini dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah bersalaman dengan Seri Paduka Baginda pada hari raya di istana ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, biarpun bakal berpindah ke istana baharu di Jalan Duta, tiada apa yang berbeza dengan tugasnya itu kecuali perlu membiasakan diri dengan kawasan istana yang lebih luas.

Bagi Pengawal Keselamatan Balai Pos Tiga, Lans Koperal Mohd. Sharunizan Muda, kawasan Istana Negara sangat meriah apabila kakitangan istana sering lalu-lalang untuk pergi bekerja.

"Kawasan di sini memang meriah dengan kakitangan istana yang keluar masuk serta orang ramai yang datang menikmati ikan bakar yang popular berdekatan istana ini.

"Namun, suasana bertukar sunyi kebelakangan ini apabila kakitangan istana sudah ramai yang memulakan tugas di istana baharu," katanya yang sudah lapan tahun berkhidmat di istana berkenaan.

Anak kelahiran Terengganu itu menyifatkan, pengalaman dapat melihat secara dekat pemimpin utama negara serta delegasi antarabangsa yang mengunjungi Yang di-Pertuan Agong sebagai kenangan manis buatnya.

"Kalau tidak bekerja di sini, memang saya tidak ada peluang untuk berjumpa mereka," katanya yang bakal kembali ke Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 19, Cheras selepas ini.

Rakan setugasnya, Lans Koperal Md. Azwari Deris, 30, pula berkata, dia berasa sedih kerana tidak lagi dapat bersama rakan-rakan untuk menjalankan tugas di istana yang baharu kerana akan kembali bertugas di PGA Batalion 19.

"Bekerja mengawal keselamatan di istana menyeronokkan saya kerana kawasan di sini tenang, jadi saya rasa sedih sedikit kerana bakal mengakhiri tugas di sini," katanya.

Kakitangan Unit Stor, Mohammad Rodzi Jaafar, 46, pula menyifatkan, istana 'lama' yang menjadi 'tempat bermain' baginya akan kekal dalam ingatan biarpun sudah berpindah ke tempat baru.

"Saya mula berkhidmat di sini sejak Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-10 dan sejak itu sudah tiga Yang di-Pertuan Agong bersemayam di sini jadi banyaklah kenangan yang tidak dapat dilupakan," katanya.

Istana Negara di Jalan Istana itu dibeli Kerajaan Persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 mula dipindahkan secara berperingkat ke Istana Negara baharu di Jalan Duta sejak 19 Oktober lalu.

Istana Negara baharu yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 Disember ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tali pinggang keselamatan ketiga: Tindakan diambil mulai Januari 2012

Posted:

Tali pinggang keselamatan ketiga: Tindakan diambil mulai Januari 2012

Tali pinggang keselamatan ketiga: Tindakan diambil mulai Januari 2012

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keselamatan ketiga mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Leslie Leon berkata, pemilik kenderaan yang masih belum memasang tali pinggang keselamatan ketiga di tempat duduk belakang penumpang kenderaan perlu berbuat demikian sebelum awal tahun hadapan.

''Proton dan Perodua mengadakan kempen pemasangan tali pinggang keselamatan ketiga untuk kenderaan keluaran mereka secara percuma untuk tiga tahun sebelum ini bermula 2009 sehingga 2011, tetapi malangnya masyarakat masih memandang sepi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

Leslie Leon berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Proton dan Perodua yang melaporkan jumlah pengguna kedua-dua jenis kenderaan itu yang memasang tali pinggang keselamatan ketiga masih rendah.

Proton melaporkan hanya 17.68 peratus pengguna kenderaannya telah memasang tali pinggang keselamatan ketiga, manakala pengguna Perodua mencatat pemasangan sebanyak 43 peratus sahaja setakat ini. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved