Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Komitmen BN bantu SJKC, SJKT

Posted:

Komitmen BN bantu SJKC, SJKT

Komitmen BN bantu SJKC, SJKT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 11 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak terus membuktikan komitmen membantu meningkatkan pendidikan kaum Cina dan India apabila menyalurkan peruntukan utiliti bernilai hampir setengah juta ringgit kepada 196 sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini.

Peruntukan itu melibatkan 111 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang menerima bantuan utiliti RM395,084 manakala RM79,484 lagi untuk 85 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Ia merupakan peruntukan bagi suku tahun ketiga dan keempat selepas bantuan sama untuk suku tahun pertama dan kedua RM476,172.18 disalurkan sebelum ini.

Majlis penyerahan cek kepada setiap sekolah terlibat disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Hang Soon berkata, bantuan tersebut menunjukkan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang juga bekas pendidik untuk membangunkan bidang pendidikan di negeri ini.

"Kita mengharapkan supaya pembangunan sekolah aliran Cina dan Tamil ini dapat berkembang pesat seiring dengan pembangunan sekolah-sekolah biasa," katanya.

Menurut beliau, SJKC dan SJKT berkenaan yang pada masa sama menerima peruntukan daripada Kementerian Pelajaran bagi kos utiliti, dapat memanfaatkan dana tambahan bagi tujuan lain.

Selain bantuan tersebut, ujar beliau, kerajaan negeri turut memperuntukkan lebih RM2 juta untuk tabung khas pendidikan Cina dan RM1 juta untuk sekolah menengah jenis kebangsaan serta sekolah-sekolah mubaligh.

"Tahun lalu, kita juga meluluskan tanah seluas lebih 3,600 hektar untuk keperluan pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah swasta Cina dan untuk sekolah Tamil. Sekolah-sekolah ini cuma dikenakan bayaran premium RM10 untuk setiap hektar tanah yang diberi," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan terpengaruh budaya negatif - Raja Muda Perlis

Posted:

Jangan terpengaruh budaya negatif - Raja Muda Perlis

Jangan terpengaruh budaya negatif - Raja Muda Perlis


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) gembira bersama para peserta pertukaran pelajar ke Jepun di Istana Arau, Perlis, kelmarin.


ARAU 11 Nov. - Para pelajar dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebaliknya para pelajar perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif.

"Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang, kita bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena perjumpaan pelajar ke Jepun anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Galeri Diraja Arau di sini, petang semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Ketsuro Kai dan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, Dun Kasa.

Sehubungan itu, titah baginda, para pelajar perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat.

Seramai 20 pelajar dan dua guru terpilih menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa YTSP anjuran The Awaji Education Institutions For The Youth dengan kerjasama pejabat Tourism Malaysia Osaka dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun.

Mengenai program pertukaran selama dua minggu itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sejajar dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982, ia mendedahkan tentang kewibawaan rakyat Jepun.

"Mereka sentiasa cuba menguasai ilmu, mempertingkatkan inovasi canggih serta kemahiran tinggi masing-masing dari semasa ke semasa," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Bil melambung, SADA akui masalah teknikal

Posted:

Bil melambung, SADA akui masalah teknikal

Bil melambung, SADA akui masalah teknikal

ALOR SETAR 11 Nov. - Syarikat Air Darul Aman (SADA) hari ini menjelaskan isu bil tinggi hingga mencecah RM7,610 sebulan yang diterima oleh pelanggannya di Baling, dipercayai berpunca masalah teknikal selepas penukaran meter baharu.

Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman berkata, sehubungan itu pelanggan yang terbabit dinasihatkan merujuk masalah itu ke pejabat SADA berdekatan bagi menyemak kadar bil sebenar.

"SADA memohon maaf atas kekeliruan ini. Masalah tersebut timbul disebabkan oleh penyelarasan yang dibuat selepas penggantian meter baharu yang merupakan anggaran bacaan daripada tarikh meter air lama itu rosak.

"Jadi, pihak pengadu perlu ke pejabat SADA berdekatan bagi mendapatkan kadar bil sebenarnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tentang aduan seorang penoreh getah, Md. Ghazali Md. Hussin, 59, dari Kampung Padang Che Mas Mukim Pulai, Baling yang terkejut apabila menerima bil air RM7,610 untuk bacaan pada bulan lalu.

Menurutnya, jumlah tersebut tidak masuk akal kerana dia yang tinggal bersama isteri, Siti Aminah Abdullah, 56, dan anak mereka, Shahruddin, 30, sebelum ini hanya membayar bil air antara RM10 hingga RM15 setiap bulan.

Menurut Rofedi, SADA berharap mana-mana pelanggan yang memperoleh bil di luar jangkaan melaporkan kepada pihaknya secepat mungkin.

"Kita ada menerima beberapa aduan di Baling tentang perkara ini. Misalannya seorang pelanggan bernama Idris Sidek dari Kampung Pokok Setol yang menerima bil sehingga RM1,441 selepas SADA menukar meter lamanya yang rosak.

"Setelah dilakukan semakan dan penyelarasan bil sebenarnya, cuma RM74.74. Semakan dan penyelarasan bil baru selepas meter ditukar ini hanya boleh dilakukan di pejabat SADA," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved