Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tudung denim lebih selesa

Posted:

Tudung denim lebih selesa

Tudung denim lebih selesa

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar RASHID MAHFOF
Tudung JNR COLLECTION, NO.1-56, JALAN PRIMA SG3/1, TAMAN PRIMA SRI GOMBAK, BATU CAVES, SELANGOR (019-3388905, 019-6601266)
Solekan ELMY ALHABSHI (012-2063276)

PERNIAGAAN tudung kini boleh memberikan keuntungan yang memuaskan. Ini kerana wanita yang memakai tudung sentiasa mahukan yang terbaru dalam fesyen tudung.

Setiap hari jika kita berjalan di tempat yang ramai dikunjungi orang, kita dapat melihat bermacam-macam fesyen tudung yang dibuat menggunakan pelbagai corak dan jenis fabrik.

Rekaan, corak yang menarik serta warna yang boleh dipadankan dengan banyak baju pasti akan mendapat sambutan ramai. Pendek kata, wanita yang bertudung mahukan sesuatu yang baru bagi mewarnai kehidupan mereka.

Walaupun telah memiliki berpuluh malah ada yang mempunyai beratus helai koleksi tudung, namun apabila ada sahaja rekaan terbaru, wanita tidak lokek berbelanja untuk membeli tudung.

JNR Collection yang diterajui oleh pasangan suami isteri, Jasni Termizi Abdullah dan Ruzaihah Abdullah tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib dalam perniagaan tudung yang dibuat sendiri.

Mengikuti perkembangan semasa dan kehendak pelanggan, tudung JNR dibuat daripada pelbagai jenis fabrik seperti baldu, denim, lycra, sifon dan bawal.

Terkini, JNR mengubah suai tudung bawal empat segi dengan menjahit semula dan membuat awning di depan bagi memudahkan pemakaian.

Tudung denim turut mendapat sambutan kerana JNR menggunakan denim gred pertama yang lembut, selesa dan tidak panas walaupun dipakai dalam jangka masa lama atau semasa melakukan aktiviti lasak di luar. Oleh kerana keselesaan tudung denim ini, kini terdapat pelanggan menempah untuk seisi keluarga bagi dipakai semasa majlis perkahwinan keluarga.

Terdapat dalam saiz-saiz biasa seperti S, M dan L, pelanggan yang mahukan saiz lebih panjang seperti XL boleh membuat tempahan.

JNR juga akan membuat tudung untuk kanak-kanak dalam masa terdekat. Ini bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan tudung yang menarik untuk anak-anak mereka.

Istimewa untuk pembaca, JNR memberikan potongan 25 peratus kepada pelanggan yang membawa keratan artikel ini semasa membeli tudung.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved