Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pekerja pengiklanan dibunuh

Posted:

Pekerja pengiklanan dibunuh

Pekerja pengiklanan dibunuh

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com


Anggota polis mengusung mayat Cheng Tien Weng yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman dalam bilik sebuah hotel murah di Jalan Mahkota, Kuantan, kelmarin. - BERNAMA


KUANTAN 12 Nov. - Mayat seorang lelaki ditemui dengan beberapa kesan tikaman di bahagian dada dipercayai dibunuh dalam sebuah bilik hotel bajet, dekat Jalan Mahkota di sini, semalam.

Mangsa, Cheng Tien Weng, 37, yang merupakan pekerja syarikat pengiklanan dari Taman Bukit Ubi Jaya di sini, ditemui mati oleh seorang pekerja hotel yang datang ke bilik penginapannya bagi kerja-kerja pembersihan pukul 9.30 pagi.

Ketika ditemui, mayat mangsa yang berlumuran darah berada di atas katil dengan ditutupi sehelai selimut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkifli Taha berkata, siasatan awal percaya kejadian berlaku antara pukul 11 malam kelmarin dan 5 pagi ini, bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan.

"Mangsa didapati mendaftar masuk ke hotel itu sejak kelmarin bersama seorang rakannya, Lee Seng Kai, 30, dari Taman Impianku, Jalan Sungai Lembing dekat sini.

"Bagaimanapun, ada saksi melihat lelaki tersebut beredar meninggalkan bilik hotel pukul 5.30 pagi tadi," katanya di sini, semalam.

Zulkifli berkata, polis mendapati tiada kesan pergelutan berlaku dan senjata tajam dipercayai pisau digunakan dalam pembunuhan itu juga tidak ditemui.

"Kita memeriksa sekiranya ada barang berharga milik mangsa hilang dalam kejadian itu," katanya sambil memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.

RM5j bina GiatMara baru di Raub

Posted:

RM5j bina GiatMara baru di Raub

RM5j bina GiatMara baru di Raub

RAUB 12 Nov. - Kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk membina sebuah GiatMara baru di daerah ini menggantikan pusat latihan sedia ada yang usang dan tidak sesuai lagi digunakan.

Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, bangunan sedia ada berusia lebih 15 tahun dan tidak mampu menampung jumlah pelatih yang semakin bertambah.

Menurut beliau, pusat latihan itu semakin mendapat sambutan dan menjadi pilihan kerana ia menganjurkan kursus yang relevan dan mampu memenuhi kehendak sektor industri selain melahirkan ramai usahawan.

"GiatMara menyediakan pelbagai kursus dan latihan jangka panjang dan pendek dengan tenaga pengajar terlatih dan latihan kemahiran yang dipelajari di sini sentiasa dibuat penambahbaikan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari seluruh daerah ini di Pejabat Pelajaran Daerah Raub di sini, kelmarin.

Menurut beliau, GiatMara sentiasa mengkaji setiap kursus yang dijalankan supaya para pelatih mampu memperoleh pendapatan tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.

Pastikan laman web dikemas kini

Posted:

Pastikan laman web dikemas kini

Pastikan laman web dikemas kini

KUANTAN 12 Nov. - Semua agensi kerajaan di negeri ini perlu sentiasa mengemas kini laman web masing-masing bagi memastikan perkhidmatan laman web mereka memenuhi kehendak pengguna.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Mohammad Ridzwan Mohd. Tahar berkata, pelbagai perkara perlu dilakukan bagi memastikan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dipergiatkan selaras perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Sejajar dengan aspirasi mendahulukan rakyat, perkhidmatan awam haruslah mendukung dan melaksanakan satu transformasi dengan satu matlamat iaitu ke arah menjadikan laman web kerajaan berstatus lima bintang.

"Penilaian dan Penarafan Laman Web Jabatan/Agensi 2011 yang dilakukan baru-baru ini menyaksikan hanya 43 peratus yang menepati kriteria membabitkan 49 jabatan kerajaan yang mengambil bahagian," katanya di sini, baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved