Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib wakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Honolulu

Posted:

Najib wakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Honolulu

Najib wakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Honolulu

Oleh Zulkefli Hamzah

HONOLULU 11 Nov. - Malaysia akan menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini dalam suasana kemelesetan ekonomi semakin buruk di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang dibimbangi boleh merebak ke negara-negara lain dan menjejaskan ekonomi global.

Malaysia yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri sidang ke-19 itu bermula Jumaat telah menyatakan kebimbangan berkenaan pada mesyuarat peringkat Menteri Kewangan APEC hari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mesyuarat itu menumpukan topik menyeimbangkan semula ekonomi, dengan negara di zon selain Eropah dan AS meneruskan langkah membangunkan negara masing-masing.

Menurutnya, adalah lebih baik jika negara-negara berkaitan mempunyai sumber baru supaya risiko dapat diminimumkan sekiranya krisis terutama di Eropah bertambah buruk.

"Kita mesti bergerak dengan melibatkan semua negara dan setiap rantau mesti membantu. Begitu juga badan dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) perlu segera memainkan peranan seperti yang mereka lakukan pada 1997/1998," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia pada akhir mesyuarat itu di sini.

Kebimbangan kemelesetan ekonomi dunia semakin memuncak berikutan Kesatuan Eropah sehingga kini belum mencapai kesepakatan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh Greece, Sepanyol dan Portugal.

Itali yang merupakan penyumbang keluaran dalam negara kasar terbesar di rantau itu kini turut terkena tempiasnya.

Amerika Syarikat pula mencatat pertumbuhan pada kadar 2.5 peratus pada suku ketiga iaitu masih di bawah sasaran pertumbuhan ideal tiga hingga empat peratus. Krisis ekonomi di Eropah mahupun di AS boleh menjejaskan pelaburan asing langsung serta eksport negara Asia.

Pada mesyuarat kali ini, Menteri-menteri Kewangan ASEAN turut diberi ruang mengadakan dialog dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Tim Geithner yang antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif serantau yang boleh dicontohi oleh APEC.

Turut hadir pada sidang kemuncak ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Sementara itu, Perdana Menteri yang diiringi oleh Datin Seri Rosmah Mansor akan memulakan jadual padatnya di pulau peranginan ini dengan menghadiri majlis makan malam pada Jumaat.

Pada keesokannya, Najib akan menghadiri mesyuarat pemimpin Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans Pasifik (TPP) yang pertama dipengerusikan oleh Presiden Barack Obama.

Beliau juga akan diberi penghormatan memberikan ucapan mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global, anjuran badan pemikir, Pusat Timur-Barat (EWC). - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

AUKU tidak perlu dipinda

Posted:

AUKU tidak perlu dipinda

AUKU tidak perlu dipinda

SHAH ALAM 11 Nov. – Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (gambar) berkata, universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan bumiputera di universiti.

"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu AUKU dipinda bagi memberi ruang dan kebebasan berpolitik kepada penuntut universiti.

Sahol Hamid berkata, pada masa ini, penuntut diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka melalui persatuan yang disertai serta pilihan raya kampus yang diadakan dan ini sudah memadai.

"Malah saya sendiri mempunyai akaun Facebook yang digunakan untuk berhubung secara terus dengan penuntut UiTM. Mereka boleh mengadu apa sahaja kepada saya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.

"Kalaupun minat sangat dengan politik, habiskan dulu pengajian. Di UiTM, pengajian kita adalah sangat intensif, jadi tidak ada masa untuk berpolitik," kata Sahol Hamid.

Mengulas lanjut, beliau berkata politik orang Melayu pada hari ini menjurus kepada perpecahan dan bukan perpaduan.

Beliau berkata, apa yang jelas masing-masing cuba memburukkan sesama sendiri sambil terlupa pihak lain sentiasa bersatu padu dalam memastikan survival mereka di masa depan.

"Jangan terlalu ghairah sampai lupa sejarah, lupa helah dan tidak nampak apa yang sedang berlaku. Melayu sepatutnya kuat dan bersatu padu," katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik

Posted:

Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik

Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Parti pembangkang digesa tidak mempolitikkan kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, sebaliknya, usaha murni itu perlu disokong kerana Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang keperluan akibat ketidaktentuan ekonomi global.

"Sikap ini (mempolitikkan Kedai Rakyat 1Malaysia) tidak menguntungkan pengguna.

"Pembangkang seharusnya memberikan pandangan yang boleh menambah baik perkhidmatan itu dan bukannya mengeluarkan pandangan yang mempunyai agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang termasuk Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bahawa harga barang keperluan di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih mahal daripada pasar raya besar.

Kenyataan itu bagaimanapun dibidas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim yang menjelaskan, perbandingan oleh Nurul Izzah itu hanya melibatkan harga promosi serta harga barangan Carrefour Big Savers.

Rohani menjelaskan, penurunan harga antara 10 hingga 40 peratus di Kedai Rakyat 1Malaysia dibuat berdasarkan kepada perbandingan dengan harga di kedai biasa serta jenama pilihan pengguna lima bulan yang lalu.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pengguna Johor, Mohammed Abd. Jalal berkata, tindakan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka hanya mahu mencari kesalahan kerajaan.

"Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan untuk membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

"Barangan yang dijual di kedai berkenaan juga tidak dihadkan kepada mana-mana parti kerana niat kerajaan mahu membantu rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Orang Kota Bharu di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, berdasarkan maklum balas diterima pihaknya, rakyat berpuas hati dengan harga dan kualiti produk Kedai Rakyat 1Malaysia.

"Warga kota sudah merasai manfaat daripada kewujudan kedai rakyat ini. Saya percaya rakyat pasti gembira sekiranya kedai ini diperluaskan ke seluruh negara," katanya

Jelasnya, tindakan pembangkang 'menyerang' Kedai Rakyat 1Malaysia jelas menunjukkan mereka kekeringan idea menarik sokongan rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved