Jumaat, 7 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Akhirnya, sampah dibersihkan

Posted:

Akhirnya, sampah dibersihkan

Akhirnya, sampah dibersihkan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


PETUGAS MPKj menggunakan jentera berat bagi membersihkan sampah di kawasan sekitar rumah sampah Apartmen Vista Seri Putra di Bangi berikutan jumlah sampah yang terlalu banyak, Selasa lalu.


KUALA LUMPUR 7 Okt. – Penghuni Apartmen Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra kini boleh menarik nafas lega setelah masalah sampah yang membelenggu mereka selama ini dibersihkan Selasa lalu.

Wakil pihak pengurusan apartmen itu, Fauziah Muslimin berkata, kerja-kerja pembersihan tersebut dilakukan dari pagi hingga petang berikutan jumlah sampah yang terlampau banyak.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menunggu keputusan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tentang cadangan untuk membina pagar bagi menutup rumah sampah itu yang dipohon sejak Februari lalu.

Katanya, pagar itu penting kerana ketiadaannya telah menyebabkan orang luar mengambil kesempatan membuang sampah di situ termasuk perabot dan sisa bahan binaan.

"Ahli Majlis MPKj, Mazwan Johar, wakil dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta wakil MPKj telah datang ke sini untuk berbincang bersama-sama penduduk bagi menyelesaikan masalah ini.

"Semasa perjumpaan itu, wakil MPKj memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu tetapi saya telah menunjukkan bukti salinan e-mel yang kami hantar kepada mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai permohonan untuk membina pagar, Fauziah berkata, pihak kementerian sudah bersetuju untuk menanggung 60 peratus kos pembinaannya dan selebihnya dibiayai oleh penduduk.

Sehubungan itu, katanya, pengurusan apartmen itu telah mengemukakan satu lagi permohonan untuk membina pagar kepada MPKj dan berharap diluluskan dengan segera.

Lencongan di LDP-Persiaran Kewajipan

Posted:

Lencongan di LDP-Persiaran Kewajipan

Lencongan di LDP-Persiaran Kewajipan

PUCHONG 7 Okt. - Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) akan melaksanakan lencongan di Kilometer S0.65 iaitu di persimpangan Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) dan Persiaran Kewajipan bermula awal pagi Ahad ini.

Penolong Pengurus Besar dan Ketua Bahagian Kejuruteraannya, Francisco Anthony Doss berkata, ia bertujuan untuk memberi laluan kepada pembinaan jambatan baru di kawasan itu.

Menurutnya, lencongan itu akan dilaksanakan selama lapan bulan dan projek itu merupakan sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf fasa satu projek Persimpangan Bertingkat Subang Jaya Selatan.

"Justeru, kenderaan daripada Puchong menghala ke Shah Alam, Klang dan Hicom dinasihati mengambil lorong kiri selepas persimpangan bertingkat Putra Height di Kilometer S1.0 dan mematuhi arahan papan tanda yang dipasang.

"Bagaimanapun, laluan bagi kenderaan yang menghala ke Persiaran Kewajipan dan Subang Jaya tidak berubah," katanya pada taklimat media di sini semalam.

Turut hadir, Penolong Pengurus Komunikasi Litrak, Shah Rizal Mohamed Fawzi.

Francisco Anthony berkata, jarak lencongan itu adalah kira-kira 500 meter dan ia dilaksanakan bagi mengelak kesesakan di kawasan itu memandangkan kira-kira 40,000 kenderaan menggunakan laluan itu setiap hari.

"Apabila projek pembinaan jambatan ini siap dalam tempoh setahun lagi, jalan yang menuju ke Persiaran Kewajipan akan menjadi sistem aliran bebas dan tiada lagi lampu isyarat," jelasnya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LDP di 03-74947333.

Nenek gembira terima kerusi roda

Posted:

Nenek gembira terima kerusi roda

Nenek gembira terima kerusi roda


HISHAMUDDIN Muhamad (dua dari kanan) dan Ben Liew (tiga dari kanan) berbual dengan Hasnah Jaafar selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda di Kampung Cheras Baru, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 7 Okt. - Tiada kata-kata yang mampu diucapkan oleh seorang nenek, Hasnah Jaafar, 72, apabila terpilih untuk menerima sumbangan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Dia yang juga buta mata kanan mulai lemah dan tidak mampu berjalan selepas melakukan pembedahan mata pada 2008 dan kini tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan dan daif bersama cucunya.

"Saya gembira sebab diberi kerusi roda ini kerana saya sudah tidak larat dan hanya boleh berjalan sikit-sikit sahaja.

"Selama ini saya hanya duduk di dalam rumah sahaja jadi saya amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan ini," katanya selepas menerima sumbangan itu dan juga makanan daripada Pemuda Barisan Nasional (BN) Pandan di Kampung Cheras Baru di sini, baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Ben Liew dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Hishamuddin Muhamad.

Sementara itu, Pemuda BN Pandan turut melawat tiga buah rumah penduduk lain di kawasan itu yang juga kurang bernasib baik dan menyampaikan sumbangan barangan makanan dan juga lampin orang dewasa.

Ben berkata, pihaknya akan memohon kepada kerajaan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk mendapatkan bantuan membaik pulih rumah penduduk di kawasan itu yang sudah daif.

Katanya, pihaknya juga telah mengenal pasti penduduk yang layak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan mengusahakan kedatangan pegawai JKM ke rumah penduduk itu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved