Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Yew Chuan hampir tinggalkan Unisza

Posted:

Yew Chuan hampir tinggalkan Unisza

Yew Chuan hampir tinggalkan Unisza

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my


Tuanku Nur Zahirah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran


KUALA TERENGGANU 17 Sept. – Ketika mendaftar masuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini beberapa tahun lalu, Ong Yew Chuan, 23, begitu janggal untuk menyesuaikan diri di kampus tersebut yang hampir kesemuanya adalah pelajar Melayu.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Informatik di universiti itu mengakui, sebahagian besar hidupnya sebelum itu di Butterworth, Pulau Pinang lebih banyak bergaul dengan rakan sebangsa.

''Saya hampir meninggalkan pengajian di Unisza kerana agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekampus yang kesemuanya Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas istiadat konvokesyen ketiga universiti itu di sini, hari ini.

Namun masa merubah keadaan dan Yew Chuan ternyata gembira dengan suasana kehidupan kampus tersebut sehingga membolehkan dia melakar kejayaan apabila memperoleh Pingat Ibnu Sina kerana kecemerlangan akademiknya.

Malah, beliau mengakui rakan- rakan di kampus banyak membantu sehingga dia dapat mencapai kejayaan hari ini.

Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah selaku Canselor Unisza berkenan menyampaikan anugerah itu sambil disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke istiadat tersebut.

Yew Chuan yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.86 merupakan antara 1,168 graduan yang menerima ijazah sarjana, sarjana muda dan diploma masing-masing pada istiadat berkenaan.

Tiga lagi graduan, Maheran Abdul Rahman (Bioteknologi Pertanian) menerima Pingat Ibnu Al-Awwam, Nur Syamimi Ramlan (Teknologi Makanan) menerima pingat Al- Imam Al-Razi dan Siti Sumayyah Musa (Undang-undang) menerima Pingat Al-Imam Al-Shafii.

Pada sidang pertama istiadat konvokesyen kali ini, seramai 290 graduan menerima sijil mereka dan 499 graduan akan menerimanya pada hari kedua dan 379 pada hari ketiga.

Dalam pada itu, bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Sementara itu, turut berkongsi kegembiraan ialah Pegawai Sains Unisza, Zarizan Suhaili, 30, apabila menjadi graduan ijazah sarjana pertama universiti yang berusia lima tahun itu selepas berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Sains Diagnostik Molekul.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia mengakui cabaran berada jauh dengan keluarga serta kekangan kerja menjadi pendorong utama dia berjaya hari ini.

"Keluarga saya berada di Klang, Selangor dan ketika memulakan pengajian dulu saya sering berulang alik antara kedua-dua negeri.

"Namun saya tekad untuk menamatkan pengajian saya sehingga ke peringkat tertinggi walaupun sudah berkahwin dan akhirnya saya berjaya selain turut berbangga apabila menjadi graduan ijazah sarjana pertama Unisza," jelasnya yang berasal dari Kulai, Johor.

Rakyat perlu terus beri sokongan - MB Terengganu

Posted:

Rakyat perlu terus beri sokongan - MB Terengganu

Rakyat perlu terus beri sokongan - MB Terengganu

KEMAMAN 17 Sept. - Rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri agar transformasi pembangunan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya akan terus berusaha melakukan yang terbaik selaras dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

"Kita mengharapkan rakyat sentiasa menghargai apa yang telah dan bakal dilaksanakan demi kemudahan mereka," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Pantai Kijal malam tadi.

Lebih 10,000 orang membanjiri kawasan rekreasi tersebut yang turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Hadir sama ahli-ahli Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.

Menteri Besar turut mengingatkan rakyat supaya tidak lupa dengan sejarah kemerdekaan negara dan menyanjung pemimpin yang telah banyak berjasa bagi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Beliau juga meminta agar mereka tidak dikelirukan dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengagung-agungkan perjuangan komunis untuk menguasai pemerintahan negara.

Lepasan Inspi ke Riau

Posted:

Lepasan Inspi ke Riau

Lepasan Inspi ke Riau

KUALA TERENGGANU 17 Sept. - Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menghantar 10 pelajar lepasan Institut Pengajian Islam Kemaman (Inspi) untuk menyambung pelajaran ke Universiti Sultan Syarif Kassim (Unisuska) di Riau, Indonesia dalam bidang dakwah akhir September ini.

Pengarahnya, Md. Kamaru Al- Amin Ismail berkata, ia adalah sebagai salah satu langkah untuk menambah bilangan pendakwah di negeri ini dan mereka akan mengikuti pengajian selama empat tahun.

Bercakap kepada pemberita di sini baru-baru ini, beliau berkata, pada masa yang sama juga YIT akan memilih lepasan Inspi untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di Jordan, Mesir dan Maghribi Oktober ini.

Inspi yang dibangunkan YIT merupakan institusi pengajian Islam yang berkonsepkan 'pondok moden'.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved