Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Projek sekolah jadi tanda tanya

Posted:

Projek sekolah jadi tanda tanya

Projek sekolah jadi tanda tanya

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


PAPAN tanda projek sekolah di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul sudah didirikan sejak setahun lalu tetapi projek tersebut masih tidak dimulakan sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk sekitar.


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Status projek pembinaan sebuah sekolah rendah berhampiran Perumahan Awam Seri Perak di Bandar Baru Sentul di sini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk berhampiran.

Ini kerana sehingga kini masih belum nampak sebarang kerja dilaksanakan di tapak projek itu walaupun pembinaaannya sudah diumumkan hampir setahun yang lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di tapak projek itu selepas mendapat panggilan daripada penduduk mendapati, hanya terdapat pagar zink dibina di sekeliling tapak projek itu bagi mengelak kawasan itu daripada diceroboh.

Terdapat juga papan tanda projek di hadapan tapak tersebut, namun tiada perincian berhubung kelulusan pelan, tarikh mula dan akhir projek itu dinyatakan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Aminah, 70, berkata, rancangan pembinaan sekolah tersebut sudah banyak kali diumumkan termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran sewaktu melawat ke kawasan itu tahun lalu tetapi ia masih belum direalisasikan.

Menurutnya, apabila siap kelak, projek tersebut bakal menamatkan penantian penduduk sekitar sejak lebih 10 tahun lalu yang kini menghantar anak-anak mereka di beberapa sekolah.

"Dengar cerita, projek sekolah ini sudah dibatalkan berikutan tapaknya dikatakan tidak sesuai kerana berhampiran dengan sungai. Kalau itu benar, ia agak mengecewakan," katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jue, 40, berkata, ketiadaan sebarang perkembangan pada projek itu membuatkan dia tidak pasti sama ada projek itu akan diteruskan atau sebaliknya.

"Sebelum ini nampak mereka hanya bersihkan kawasan tersebut tetapi sehingga kini tiada sebarang perkembangan, hanya terbengkalai begitu sahaja.

"Anak-anak saya bersekolah di tempat lain, jika projek sekolah tidak jadi, ia lebih baik dijadikan tempat letak kereta kerana masalah parkir di kawasan itu memang kritikal," katanya.

Latar sudah catat lebih 2 juta pengguna

Posted:

Latar sudah catat lebih 2 juta pengguna

Latar sudah catat lebih 2 juta pengguna

KUALA SELANGOR 18 Sept. - Lebuh raya Kula Lumpur-Kuala Selangor (Latar) berjaya mencatat lebih dua juta pengguna walaupun ia baru dibuka pada 23 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Amir berkata, angka yang memberangsangkan itu adalah kerana faktor pengguna menganggap Latar lebih selamat selain mampu memendekkan tempoh perjalanan mereka.

"Pada cuti musim perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, Latar menerima jumlah pengguna yang lebih ramai berbanding hari-hari biasa.

"Ini kerana pengguna melihat Latar sebagai laluan alternatif untuk perjalanan ke utara," katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Bagi Pelaksanaan Sistem Tol Elektronik di antara Latar dan Touch n Go Sdn. Bhd. di Kompleks Operasi Latar di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Latar, Datuk Ir. Mohamad Razali Othman; Pengarah Eksekutifnya, Tan Sri Tee Hock Seng dan Ketua Pegawai Operasi Touch n Go Sdn. Bhd., Abdul Karim Md. Lassim.

Amran berkata, sejak kutipan bayaran tol bermula pada 1 September lalu, pihaknya mendapati purata jumlah pengguna sehari adalah sebanyak 30,000 dan ia dijangka meningkat pada masa akan datang.

"Kami menjangkakan jumlah purata harian pengguna yang menggunakan lebuh raya ini akan meningkat pada masa akan datang kerana pada peringkat ini, ia masih terlalu awal untuk membuat penilaian," jelasnya.

Pada majlis sama, Kad Peringatan Touch n Go sempena pembukaan Latar turut dilancarkan dengan setiap pengguna lebuh raya tersebut berpeluang memilikinya secara percuma.

Amran berkata, pengguna hanya perlu menebus 30 resit tol Latar untuk melayakkan mereka menerima satu kad dengan nilai tambah sebanyak RM5 manakala untuk 60 resit pula, mereka akan mendapat nilai tambah RM30.

"Sebanyak 1,000 Kad Peringatan Touch n Go disediakan untuk diberikan secara percuma kepada pengguna yang membuat penebusan resit tol tersebut, selagi stok masih ada.

"Kad berkenaan boleh ditebus di dua kaunter perkhidmatan pelanggan yang disediakan di Plaza Tol Kuang Timur dan Kuang Barat," katanya.

5,000 hadiri jamuan raya Yadim

Posted:

5,000 hadiri jamuan raya Yadim

5,000 hadiri jamuan raya Yadim

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Menyemarakkan sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri, seramai 5,000 tetamu hadir pada majlis Rumah Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) 2011 di Kampung Baru, di sini semalam.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, antara yang menarik pada sambutan itu ialah pengenalan burger Yadim 1Malaysia yang diusahakan kerjasama Ramly Burger dan diedarkan secara percuma kepada yang hadir.

"Alhamdulillah, kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Majlis sebegini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara Yadim dengan orang ramai," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Majlis itu turut diserikan dengan acara deklamasi puisi dan persembahan daripada kumpulan Orang Asli, kumpulan nasyid Yadim dan kumpulan Persatuan Orang Buta Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved