Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


22 motosikal, sebuah kereta disita

Posted:

22 motosikal, sebuah kereta disita

22 motosikal, sebuah kereta disita

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN penunggang motosikal menolak kenderaan mereka ke Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah selepas ditahan dalam operasi bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam. - MINGGUAN/AZLI AHAD


MELAKA 17 Sept. - Sebanyak 22 motosikal dan sebuah kereta disita manakala 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi membanteras mat rempit di persimpangan lampu isyarat Jalan Eye On Malaysia di sini malam tadi.

Dalam operasi tersebut juga seorang penunggang motosikal ditahan selepas didapati positif dadah.

Operasi lebih tiga jam yang bermula pukul 12.30 malam dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi dijalankan oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman, kontinjen polis negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pegawai Operasi Khas Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, dalam operasi tersebut 83 buah motosikal dan 18 kereta diperiksa.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut 22 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan iaitu tiada cukai jalan, enjin diubah suai, tidak memiliki lesen memandu dan sebagainya.

"Sebuah kereta pula disita kerana tidak mempunyai cukai jalan manakala 17 lagi disaman juga atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya selepas operasi itu.

Menurutnya, operasi berkenaan melibatkan 40 anggota dari Unit Khas Trafik Bukit Aman bersama kontinjen polis negeri manakala seorang pegawai serta 10 anggota daripada JPJ.

Khuzir berkata, operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha polis untuk mencegah kegiatan lumba haram yang semakin menjadi kegilaan remaja masa kini di negeri ini.

Syarikat Hong Kong labur RM500 juta di Melaka

Posted:

Syarikat Hong Kong labur RM500 juta di Melaka

Syarikat Hong Kong labur RM500 juta di Melaka

MELAKA 17 Sept. - Program Malaysia Rumah Keduaku akan menjadi tarikan terbaru di negeri ini apabila kerajaan negeri mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat dari Hong Kong., Far East Consortium International Ltd., untuk membangunkan sebuah bandar baru di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, syarikat terlibat sudah bersetuju untuk melabur kira-kira RM500 juta hingga RM1 bilion bagi tujuan itu.

Menurutnya, projek pembinaan bandar baru di dalam sektor harta tanah itu dicadangkan akan dibangunkan sama ada di Ayer Keroh atau Bemban di Jasin.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dalam program itu dengan matlamat menarik minat kedatangan pelancong dari Rusia, China dan beberapa negara Eropah untuk menjadikan Melaka sebagai rumah kedua mereka.

"Syarikat ini juga sudah bersetuju untuk membina hotel, produk pelancongan baru seperti akuarium dan beberapa infrastruktur lain," katanya kepada pemberita di Seri Bendahara di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Ketua Pegawai Eksekutif Far East Consortium International Ltd., Tan Sri David Chiu.

Sementara itu, Yen Yen berkata, Melaka mampu melaksanakan program Malaysia Rumah Keduaku kerana pembangunan pesat di negeri ini termasuk terdapat pelbagai produk pelancongan yang mampu menarik minat pelancong dari luar untuk datang ke sini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved