Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Cantik tidak kenal warna

Posted:

Cantik tidak kenal warna

Cantik tidak kenal warna

Oleh Hafizahril Hamid


RATU Cantik Angola, Leila Lopes dipakaikan tiara pemenang Miss Universe tahun ini yang dianjurkan di Credicard Hall di Sao Paulo, Brazil.


ADA sebahagian manusia secara amnya telah terbiasa dengan anggapan bahawa mereka yang berkulit putih atau cerah itu lebih cantik dan menawan.

Namun begitu dalam merungkai apakah seseorang yang mempunyai kulit yang lebih cerah atau putih adalah lebih menarik dan menawan, ia adalah sesuatu yang subjektif.

Ada pandangan bahawa wanita yang memiliki kulit putih melepak adalah antara kriteria utama dalam mentakrif kecantikan kaum hawa.

Tetapi oleh kerana warna kulit yang sering kita utamakan mungkin kerana ia sesuatu yang senang dilihat, maka kita sering terpengaruh dengan sesuatu yang bersifat luaran.

Sebenarnya kita telah terbiasa atau mungkin dibiasakan dengan pandangan dan pendapat bahawa mereka yang berkulit cerah adalah lebih cantik dan menawan. Sama ada kita sedar atau tidak, sejak wujudnya penjajahan kita telah ditanam dengan kenyataan orang kulit putih itu lebih bijak, cantik dan hebat.

Terbiasa

Maka dengan itu kebanyakan negara yang dijajah dan penduduknya hanya berserah kepada penjajah mereka yang majoritinya dari negara Barat untuk diperintah dan ditentukan hala tuju bukan sahaja dalam soal pemerintahan malah termasuk juga dalam erti cara hidup, soal beragama dan lain-lain.

Ini seterusnya mengakibatkan golongan yang terjajah ditanam dengan kenyataan bahawa golongan kulit putih adalah kaum yang hebat, terbaik dan cantik luar dan dalam.

Selama ratusan tahun ditanam dengan kenyataan ini telah mengakibatkan kebanyakan mereka ini 'terbiasa' bahawa golongan kulit putih ini adalah yang terbaik dalam segala hal.

Malah setelah tamatnya era penjajahan, penakrifan ini diteruskan lagi melalui pelbagai medium terutamanya media. Kita boleh saksikan sendiri bagaimana Hollywood yang memainkan peranan sebagai penyebar propaganda kulit putih.

Sejak wujudnya Hollywood, yang memegang watak utama hanyalah golongan kulit putih. Kita boleh saksikan sendiri bagaimana watak hero dan heroin mereka yang berkulit halus mulus dan putih melepak di uar-uarkan sebagai paling cantik dan kacak berbanding yang lain.

Kaum lain seperti kulit hitam, Asia dan hispanik hanya layak ditempelkan sebagai golongan bawahan sama ada sebagai orang gaji atau orang suruhan.

Walaupun dunia Hollywood sekarang sudah semakin terbuka dengan menampilkan pelakon kaum kulit selain putih sebagai watak utama, namun yang pasti mereka yang berkulit putih masih tetap dominan.

Ini boleh disaksikan sama ada dalam watak pembantu, sampingan mahupun mereka yang menjadi pengarah, penerbit dan pelbagai lagi.

Sifat dominan dan menguasai masih lagi jelas bukan sahaja di Hollywood malah dalam segenap bidang utama baik ekonomi, politik, pendidikan dan pelbagai lagi. Malah dalam menyatakan siapa wanita paling cantik di dunia pun tetap dikuasai oleh mereka yang berkulit putih.

Mujurlah baru-baru ini seorang wanita dari negara Angola ditabalkan sebagai wanita tercantik dunia apabila memenangi pertandingan Miss Universe 2011.

Taboo

Walaupun ia bukan sesuatu yang baru namun kisah kemenangan dalam pertandingan ratu cantik di kalangan wanita kulit hitam masih agak taboo dan dipandang sepi. Setakat ini sejarah kemenangan wanita berkulit hitam dalam pertandingan Miss Universe hanya tercatat sebanyak empat kali sejak kali pertama diadakan pada 1951.

Kemenangan kali pertama wanita kulit hitam dalam pertandingan ratu cantik terukir pada tahun 1977 apabila peserta dari Trinidad & Tobago, Janelle Commissiong mencatat sejarah wanita pertama memenangi pertandingan Miss Universe.

Pertandingan tersebut yang berlangsung di Santo Domingo, Dominican Republic turut memilih Commissiong sebagai Miss Photogenic yang disaksikan lebih 200 juta penonton di seluruh dunia. Walaupun menang, namun negara ini bukanlah terletak di Afrika kerana ia dikira sebagai Amerika Latin.

Kemenangan beliau ini agak mengejutkan kerana dunia terlebih dahulu menghargai wanita berkulit hitam berbanding negara yang memperjuangkan demokrasi dan hak sama rata iaitu Amerika Syarikat (AS).

Miss USA

Ini kerana AS hanya memilih wakil untuk pertandingan ratu cantik dari golongan kuli hitam bermula pada tahun 1990 apabila Carole Gist dinobatkan sebagai Miss USA dan kemudian mewakili negara itu dalam Miss Universe.

Walaupun sebelum itu Vanessa William pernah dinobatkan sebagai Miss USA pada 1983 namun kemenangan itu ditarik balik berikutan kontroversi gambar bogelnya yang tersebar luas selepas itu.

Kembali kepada kisah kemenangan Commissiong sebagai Miss Universe 1977, itulah kemenangan pertama dan terakhir wanita berkulit hitam pada pertandingan tersebut dalam era pengurusan lama yang diketuai oleh Miss Universe Organization dan pengasas bersama, syarikat pengeluar pakaian, Pacific Mills.

Bagaimanapun dengan pengambilalihan oleh bilionair terkenal AS, Donald Trump pada 1996, kecantikan golongan kulit hitam mula diterima dengan kemenangan kedua dicatatkan oleh Wendy Fitzwilliam juga dari Trinidad & Tobago yang dipilih sebagai Miss Universe pada tahun 1998.

Afrika

Seterusnya buat pertama kali wakil daripada sebuah negara Afrika, berjaya menambat hati para juri apabila Mpule Kwelagobe dari Botswana dipilih Miss Universe pada tahun berikutnya.

Dan kini selepas 12 tahun Ratu Cantik Angola, Leila Lopes dipilih sebagai Miss Universe tahun ini yang dianjurkan di Credicard Hall di Sao Paulo, Brazil.

Bagaimanapun berbeza keadaannya dalam satu lagi kategori ratu cantik yang mendapat perhatian di seluruh dunia iaitu Miss World apabila sehingga kini hanya seorang sahaja wanita berkulit hitam yang pernah memenangi pertandingan tersebut.

Wanita bertuah berkenaan adalah Agbani Darego dari Nigeria. Kemenangan tersebut turut menimbulkan kontroversi kerana ada cakap-cakap yang menyatakan Darego dipilih kerana pertandingan tersebut di adakan di Sun City, Afrika Selatan maka pemenangnya perlu terdiri dari wanita berkulit hitam.

Eksploitasi

Walaupun ada kebenarannya bahawa pandangan pertandingan ratu cantik sebegini lebih kepada mengeksploitasi daripada menghargai kecantikan dan keupayaan wanita, namun hakikatnya wanita daripada golongan kulit hitam senantiasa diketepikan sejak sekian lama.

Wanita golongan kulit hitam sering sahaja tertindas malah dinafikan hak dan peluang mereka bukan sahaja oleh kaum lain tetapi juga dari golongan lelaki berkulit sama.

Hakikatnya walaupun berkulit gelap dan dan kelihatan kurang menarik ketika kecil namun wanita sebegini tidak perlu merasa kurang yakin kerana dengan ketekunan dan usaha keras, mereka berkemampuan pergi lebih jauh tidak kira dalam apa juga bidang yang diceburi.

Namun waima apa pun dalam pertandingan ratu cantik sebegini kaum lelaki juga yang bertuah akhirnya, bak meminjam kata-kata Donald Trump, "Akhirnya buat pertama kali saya berjaya membuat keuntungan daripada wanita-wanita cantik kerana sebelumnya terlalu banyak wang saya hilang kerana mereka,".

Cantik tanpa suntikan

Posted:

Cantik tanpa suntikan

Cantik tanpa suntikan

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kesan penuaan pada kulit bermula seawal usia 20-an.

Pada usia itulah garis halus dan kedutan pada wajah akan mula kelihatan.

Jika masalah wajah menjadi serius, ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk melakukan pembedahan atau suntikan botox semata-mata mendapatkan semula kecantikan.

Menurut pengasas produk kecantikan Annisue, Suzana Khalek, penuaan adalah proses semulajadi.

"Jika seseorang itu mengambil sikap sambil lewa dan menunggu saat akhir untuk membaik pulih kulit, ia ternyata akan mengundang kerugian.

"Ini kerana kulit yang mencecah usia 40 tahun ke atas sudah hilang tenaga untuk bertindak balas terhadap apa saja rawatan ke atasnya,'' katanya yang percaya produk daripada bahan semula jadi baik untuk kulit.

Menampilkan rangkaian produk penjagaan kulit wajah, formula produk ini menumpukan kepada ekstrak tumbuhan laut yang telah menjalani proses kompleks bagi memberangsangkan selnya kepada satu transformasi hebat yang mewujudkan sel baru dikenali sebagai 'callus".

Berbeza dengan produk kolagen lain, Annisue membekalkan stem sel daripada tumbuhan laut yang boleh memperbaharui sel-sel kulit mati dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.

Ia secara tidak langsung membantu menegangkan kulit dan tumbuhan ini kaya dengan mineral, nutrisi dan asid amino yang boleh merangsang pembaharuan dan penjana kulit serta pemburu radikal bebas tanpa suntikan.

Sebagai pengguna produk Annisue, Suzana yakin rangkaian produknya mampu melewatkan proses penuaan, membantu mencerahkan kulit dan memberi kelembapan secukupnya.

Bagi mereka yang mahu mencuba produk yang telah memenangi Anugerah Teknologi dan Qualiti Antarabangsa 2007 di Geneva boleh bermula dengan pek percubaan yang mengandungi empat langkah mudah iaitu pembersih, penyegar, pelembap dan krim kecantikan.

"Produk permulaan ini menggalakkan pertumbuhan sel baru, melindungi wajah dalam masa hanya seminggu dan merawat kulit yang bermasalah," ujarnya.

Pati stem sel

Bagi kesan yang optimum dan cepat, pengguna digalakkan mendapatkan pati stem sel Annisue.

Selain mudah menyerap ke dalam sel kulit, ia dapat menegangkan kulit wajah dan mengurangkan garisan kedutan.

Hasilnya, wajah menjadi lembap dan segar sepanjang hari.

"Saya galakkan pengguna untuk memakai pati ini sebelum bersolek akan wajah lebih segar dan kekal cantik sepanjang hari," ujarnya.

Sementara itu , rutin penjagaan wajah lebih sempurna dengan pengunaan topeng wajah (mask) yang teksturnya likat dan gel rawatan wajah Annisue.

"Kajian formulasi yang kami lakukan membuktikan hasil penggunaan produk ini dapat dilihat dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Manakala untuk jangka panjang, kulit akan menjadi lebih muda remaja dan kesannya berlangsung tanpa disedari oleh mata kasar kita," katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar ataupun berhasrat menggunakan produk tersebut boleh menghubungi talian 017-6357089 (Fendy), 017-2919208 (Azam) atau layari casagarden_azam@yahoo.com.my dan annisue.com.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved