Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Solat Orang Asli dimantapkan

Posted:

Solat Orang Asli dimantapkan

Solat Orang Asli dimantapkan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Pengajar memberi penerangan mengenai solat pada Kem Pemantapan Solat Murid Orang Asli di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 3 Ogos – Kerajaan negeri Terengganu menerusi agensi-agensi pelaksana sentiasa berusaha memainkan peranan serta tanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan untuk segenap lapisan masyarakat.

Tanpa mengira golongan dan di mana sahaja mereka berada, mereka cuba ditarik bersama agar tidak terus terpinggir dan dapat menikmati bersama arus perubahan termasuk aspek sahsiah diri dan pembangunan modal insan.

Tidak ketinggalan masyarakat Orang Asli di mana mereka turut diajak menjalani suasana kehidupan lebih baik dengan penyediaan rumah, pemberian tanah dan juga peluang belajar seluas-luasnya.

Pendidikan menjadi asas paling penting dan mereka turut dibimbing untuk menghayati kehidupan Islam dengan penerapan kefahaman dan kesedaran bermula di peringkat awal.

Ini termasuklah melalui Kem Pemantapan Solat Murid Orang Asli yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Terengganu (YIT) bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan terbaru diadakan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini.

Program itu disertai seramai 109 murid Orang Asli yang terdiri daripada 58 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua, Hulu Terengganu dan 51 lagi murid SK Sungai Pergam, Kemaman.

Kunjungan mereka itu yang dibawa menaiki dua buah bas turut diiringi lapan guru SK Sungai Berua serta enam guru SK Sungai Pergam, Kemaman juga memberi pendedahan lebih laus kepada mereka mengenai dunia luar.

Program dikendalikan seramai 20 orang fasilitator dari YIT yang diselia oleh Penyelia Pendidikan Swasta dan Khas JPNT, Natrah Wahah sambil dibantu Pengelola Dakwah YIT, Azizeh Mohamad.

Mereka diajar mengambil wuduk dengan betul sebelum dibawa masuk ke dalam masjid dan kemudian melalui fasilitor bertugas serta guru pengiring, mereka dibimbing asas solat.

Selain itu, mereka diajar membaca ayat al-Fatehah serta ayat-ayat lazim dan doa, disamping diberi kesedaran tentang kepentingan solat serta menanam perasaan cintakan Allah.

Walaupun kelihatan agak sukar untuk membentuk murid Orang Asli itu mempelajari dan mendalami asas solat, namun rata-rata mereka menunjukkan minat yang cukup menggalakkan.

Malah ada di antara mereka yang sudah dikira layak dilantik sebagai imam dalam solat jemaah di kalangan murid Orang Asli seperti Remmy Razak, 12, murid SK Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Seperti kata Natrah, tujuan program seumpama itu diadakan antara lain untuk memberi pendedahan mengenai asas mendirikan solat di kalangan murid Orang Asli.

"Program ini juga untuk mendedahkan masyarakat Orang Asli khususnya pelajar sekolah kepada masyarakat dan persekitaran selain menyedari kepentingan mendirikan solat.

''Solat menjadi asas kepada pegangan hidup beragama dan program sebegini akan terus diperluaskan.

Dalam pada itu, Azizeh pula berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa masyarakat Orang Asli terutamanya kalangan murid sekolah agar keluar daripada kepompong kehidupan lama mereka.

Sebaliknya jelas beliau, komuniti itu akan didedahkan kepada pelbagai pemodenan yang diamalkan masyarakat lain agar mereka dapat menerima kemajuan termasuk aspek keagamaan dan beribadat.

Menurutnya, selain program kem pemantapan solat yang pertama kali diperkenalkan, YIT dengan kerjasama JPNT turut menjayakan beberapa program lain untuk meningkatkan kepercayaan mereka kepada Islam dan Allah sebagai tuhan.

Antaranya, kempen kebersihan di kalangan masyarakat Orang Asli di Sungai Berua, Hulu Terengganu pada tahun lalu untuk menyemai semangat cintakan kebersihan.

"Kita akui agak sukar untuk membimbing mereka apatah lagi dalam usaha memberi penghayatan mengenai Islam, tapi alhamdulillah, dari semasa ke semasa mereka menampakkan kemajuan," ujarnya.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa, YIT bersama JPNT akan meneruskan pemantauan selain menjayakan pelbagai program kecaknaan dan bimbingan kepada masyarakat tersebut agar mereka bersedia menerima kehidupan Islam dan cintakan agama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Jangan sibuk nak buat stadium’

Posted:

'Jangan sibuk nak buat stadium'

'Jangan sibuk nak buat stadium'

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 3 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan didesak menyelesaikan isu air yang telah menjadi masalah utama rakyat negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu sebelum berhasrat membina stadium baru.

Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) Kelantan, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, dalam situasi sekarang, pembinaan stadium baru bernilai ratusan juta dianggap satu pembaziran apabila kemudahan paling asas bagi rakyat gagal diatasi.

"Rakyat bayar bil air. Jadi kerajaan seharusnya mengutamakan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Tidak ada guna mempunyai stadium atau kompleks sukan bertaraf dunia sekalipun jika masalah ini terus dibiar tanpa penyelesaian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Isu air yang menjadi masalah utama rakyat negeri ini telah berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Pusat telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan dan sehingga sekarang terus menjadi rungutan banyak pihak.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman memberitahu, rakyat negeri ini, terutama penduduk luar bandar perlu menunggu sehingga 2027 untuk menikmati bekalan air bersih.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei lalu mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah kompleks sukan bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh membabitkan kawasan seluas 50.4 hektar melibatkan pembinaan stadium bola sepak berkapasiti 40,000 tempat duduk dan beberapa prasarana sukan lain seperti kolam renang.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, imej kerajaan berkebajikan dapat dimanifestasikan melalui kebijaksanaan kerajaan Pas Kelantan dalam menangani isu rakyat dengan menjadikannya sebagai agenda utama.

Beliau berkata, dengan bajet terhad kerajaan negeri sepatutnya memilih keputusan yang terbaik untuk rakyat.

"Kalau orang kata banyak berpolitik marah. Tapi tindakan atau kenyataannya jelas banyak ke arah itu (politik). Antara stadium baru dan isu air, kerajaan mesti seimbangkan keperluan ini.

"Dengan kata lain, stadium yang ada itu dibaik pulih saja dan kos yang hendak bina stadium baru itu boleh digunakan untuk selesai masalah air. Saya kira ia lebih ekonomi untuk dua keperluan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kakitangan awam diminta jadi contoh kibar Jalur Gemilang

Posted:

Kakitangan awam diminta jadi contoh kibar Jalur Gemilang

Kakitangan awam diminta jadi contoh kibar Jalur Gemilang


Makhtar Mustapha (dua dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang tanda pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 3 Ogos - Kakitangan awam diminta supaya mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau kenderaan masing-masing sempena sambutan bulan kemerdekaan ini bagi memberi contoh yang baik kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, tahap kesedaran rakyat di negara ini termasuk Kelantan untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan bulan kemerdekaan masih lagi rendah.

Beliau berkata, untuk memupuk kesedaran rakyat supaya mengibarkan bendera, kerajaan Pusat telah melancarkan kempen tersebut pada 27 Julai lalu dan ia juga akan dilaksanakan di negeri ini sehingga 18 September depan.

"Kita adakan pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya kibarkan Jalur Gemilang dan berasa bangga dengan kemerdekaan negara ke-54.

"Untuk Kelantan kita telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk program ini," katanya selepas majlis perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan peringkat negeri di pekarangan Wisma Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Penerangan negeri, Ramly Yusoff.

Pada majlis tersebut, beliau turut melepaskan konvoi 54 buah kenderaan yang akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengadakan program bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat.

Konvoi tersebut juga akan mengagihkan 5,000 helai Jalur Gemilang, 6,000 rantai kunci 1Malaysia, 2,000 surah Yasin, 500 sejadah, 600 tuala dan sumbangan untuk 300 orang kurang upaya.

Mereka juga akan singgah untuk berbuka puasa di 10 masjid dan surau di semua daerah di negeri ini.

Makhtar berkata, Jabatan Penerangan turut mengadakan pertandingan keceriaan Kibar Jalur Gemilang untuk tujuh kategori bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

"Antara kategori tersebut ialah keceriaan bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung tradisi, kampung baru Cina, estet, Felda dan rumah persendirian. Skuad pemantau akan mula menjelajah untuk membuat penilaian dan pemenang akan diumumkan melalui RTM," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved