Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Rumah anak yatim pusat ‘minta sedekah’

Posted:

Rumah anak yatim pusat 'minta sedekah'

Rumah anak yatim pusat 'minta sedekah'


Stesen minyak menjadi salah satu lokasi bagi kanak-kanak yatim memungut derma.



KISAH anak-anak yatim memungut derma di kedai-kedai makan, bank-bank atau stesen-stesen minyak terus kedengaran.

Walaupun pihak berkuasa sering membuat serbuan besar-besaran bagi membanteras kegiatan memperalatkan 'peminta sedekah cilik' ini, namun, tiada tindakan susulan dilakukan.

Maka timbul persoalan, adakah kewujudan rumah-rumah kebajikan terutama yang tidak berdaftar di negara ini lebih kepada 'ada udang di sebalik batu' memandangkan anak-anak yatim lebih mudah meraih simpati orang ramai?

Persoalannya, siapa yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka? Jika perkara ini dibiarkan, apakah nasib atau masa depan anak-anak ini apabila mereka besar nanti?

ikuti laporan wartawan unit khas Utusan Malaysia, AZRAI MOHAMMAD dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN serta jurugambar ZAINI HUSIN dan SAHARUDDIN ABDULLAH mengenai isu ini.

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Penggunaan kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti 'meminta sedekah' dengan berselindung di sebalik nama institusi atau rumah anak-anak yatim dikesan kembali aktif.

Malah, dalam tinjauan yang dilakukan wartawan unit khas Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang baru-baru ini mendapati, sebuah pusat tahfiz anak-anak yatim di Kedah yang pernah diarah menghentikan operasinya serta-merta oleh pihak berkuasa, masih menjalankan aktiviti mereka.

Dengan alasan mengumpul dana, para pelajar pusat tahfiz beralamat di Kuala Kedah itu meminta simpati orang ramai sambil menjual cakera padat (CD), madu, buku agama serta barangan lain.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Campur tangan hancurkan Unisel

Posted:

Campur tangan hancurkan Unisel

Campur tangan hancurkan Unisel

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) bakal membawa kehancuran kepada universiti itu yang kini berhadapan dengan kemerosotan kemasukan pelajar.

Bekas Naib Canselor pertama Unisel (dahulunya Universiti Industri Selangor), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Unisel sepatutnya memiliki autonomi sendiri dan bebas daripada unsur-unsur politik kepartian.

''Saya sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap universiti yang saya bangunkan selama ini. Saya bermula dengan kosong tetapi kini Unisel menjadi hancur.

''Naib Canselornya merupakan seorang yang berpendidikan tinggi, berpengalaman dan mempunyai visi yang luas, tetapi kerana berlakunya campur tangan politik, beliau meletak jawatan.

''Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Saya sendiri mendapat maklumat bahawa dalam Unisel sudah ada kelompok-kelompok tertentu. Ada team A dan B. Ini sangat tidak sihat. Walhal mereka ini golongan profesional,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Unisel asalnya ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengulas tindakan Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan dengan notis 24 jam dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Kamaruddin berkata, kewujudan kelompok tertentu dalam Unisel dan staf akademiknya yang berkepentingan politik menyebabkan kemasukan penuntut baru ke universiti berkenaan mengalami kemerosotan.

''Inilah kalau politik sudah masuk dalam universiti. Seharusnya Kerajaan PKR Selangor yang tidak pandai mentadbir tidak mencampuri urusan Unisel. Ini akan memberi kesan buruk kepada universiti. Perlukah semuanya hendak campur tangan?'' soal beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, jika benar Kerajaan PKR Selangor atas kepentingan politik bertindak menekan Rosti sehingga memaksa beliau meletak jawatan, ia merupakan satu tindakan yang tidak profesional.

''Beliau (Rosti) adalah orang yang berpengalaman dan profesional. Kalau berlaku campur tangan politik oleh kerajaan negeri, mereka memang tak profesional.

''Kalau hendak membuang orang tanpa sebab, berkemungkinan ada masalah besar yang bersifat bukan pentadbiran. Saya tak tahu apa yang dimarahi sangat oleh kerajaan negeri,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Arahan tidak ikut peraturan'

Posted:

'Arahan tidak ikut peraturan'

'Arahan tidak ikut peraturan'

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
ainuddin.salehuden@utusan.com.my


DR. Rosti Saruwono (berbaju putih) menyambut ketibaan pihak media di kediamannya berkaitan isu beliau meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel, di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 3 Ogos – Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono tidak menolak dakwaan kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan arahan supaya beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan universiti itu.

Menurutnya, secara teknikal, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian kepadanya sebagai Naib Canselor.

"Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati.

"Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Rosti mengulas peletakan jawatannya semalam yang berkuat kuasa hari ini kerana dipercayai ada kaitan dengan tekanan politik daripada pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Menteri Besar dalam kenyataannya hari ini memberikan alasan Rosti turut terlibat dalam perbincangan mengenai kedudukan tiga pegawai berkenaan dan beliau mengetahui keputusan telah dibuat, malah menandatangani keputusan tersebut.

Rosti berkata, beliau tidak setuju untuk menurunkan pangkat ketiga-tiga individu terbabit kerana sepanjang berkhidmat bersamanya, mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

"Kita perlu menilai setiap pekerja daripada apa yang telah dicapai mereka dan saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan ketiga-tiga individu ini serta tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai mereka daripada pekerja lain, malah mereka sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.

"Jika hendak tukar mereka ke jabatan lain sekali pun, ia mestilah bersebab. Jika seseorang itu tidak melaksanakan tugas yang baik atau dia boleh melaksanakan tugas yang lebih baik di tempat lain, itu kita boleh terima, tetapi sekiranya perkara itu berlaku secara mendadak dan tidak ada sebarang alasan kukuh, takut nanti orang salah anggap," katanya.

Beliau percaya perkara tersebut perlu dibuat dengan adil bagi menjaga maruah pihak yang terbabit.

"Sebagai umat Islam kita kena hormat-menghormati di antara satu sama lain terutama pada bulan puasa ini," jelasnya.

Rosti mula dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, beliau berazam untuk tidak menjadi 'pak turut' kepada mana-mana pihak bagi memastikan institusi pengajian tinggi swasta itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved