Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bukan hukum tetapi ‘rasai’ hukuman

Posted:

Bukan hukum tetapi 'rasai' hukuman

Bukan hukum tetapi 'rasai' hukuman

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada pelajar bersalaman dengan pegawai penjara dan pegawai pelajaran selepas sesi bertemu dengan pelajar dan ibu bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU), Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 3 Ogos – Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) yang mendakwa didera secara fizikal semasa mengikuti kursus motivasi di Pusat Latihan Penjara Kluang minggu lalu bukan dihukum, sebaliknya hanya diberi peluang 'merasai' hukuman itu.

Pengarah Penjara Kluang, Senior Asisten Komisioner Roslan Mohamed berkata, pengalaman 'dihukum' itu diharap dapat melahirkan kesedaran kepada mereka supaya menghindari perbuatan jenayah dan tidak ditahan di penjara sebagai banduan.

"Hanya enam daripada 33 pelajar sekolah ini yang diberi peluang merasai hukuman tersebut, bukannya dipaksa atau didera dan hukuman itu juga bukan dilakukan secara terus-menerus. Kita juga bukan lakukan dalam penjara tetapi di pusat latihan.

"Kursus ini dinamakan 'Program Menghargai Kebebasan' supaya pelajar sedar dan bertekad untuk tidak menjadi banduan," katanya pada sidang akhbar di SMKBBU hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pelajar sekolah itu yang bukan sahaja dibotakkan tetapi juga dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk, ditendang dan dipaksa menggunakan pakaian banduan semasa menghadiri kursus motivasi itu.

Pelajar yang terlibat itu juga mendakwa sepanjang tempoh kursus berkenaan, mereka dilayan tidak ubah seperti banduan yang melakukan jenayah.

Roslan berkata, selepas merasai hukuman dan sebelum tamat kursus itu, pihak penjara ada melakukan tinjauan pendapat mengenai pengisian program itu.

"Hasil kajian kursus tersebut, daripada maklum balas mereka melalui tulisan, semuanya berpuas hati, insaf dan tidak mahu menjadi banduan," katanya.

Beliau memberitahu, kursus itu dimulakan sejak Mac lalu melibatkan enam buah sekolah tetapi hanya pelajar SMKBBU yang melahirkan rasa tidak puas hati.

Pihaknya sedia mengubah modul sedia ada untuk menambah baik kursus itu termasuk menerima sebarang cadangan daripada pelbagai pihak serta ibu bapa.

Terdahulu, beliau bersama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Aminudin Adam; Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani dan Pengetua SMKBBU, Siti Raudah Moh mengadakan pertemuan dengan 13 ibu bapa pelajar berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM keluar hospital, mulakan tugas minggu depan

Posted:

PM keluar hospital, mulakan tugas minggu depan

PM keluar hospital, mulakan tugas minggu depan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memulakan tugas minggu hadapan apabila dibenarkan pulang hari ini, selepas selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri yang dibenarkan pulang ke rumah tengah hari ini akan menyambung sesi pemulihan untuk beberapa hari lagi sebelum kembali bertugas.

"Para doktor pakar yang melakukan pembedahan turut berpuas hati dengan hasil pembedahan serta perkembangan pemulihan Perdana Menteri yang telah mula berjalan sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib menjalani pembedahan 'arthroscopic' ke atas lutut kiri beliau Isnin lalu akibat kecederaan ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia di Putrajaya Mei lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tuanku Mizan sampai tauliah pada 10 hakim syarie

Posted:

Tuanku Mizan sampai tauliah pada 10 hakim syarie

Tuanku Mizan sampai tauliah pada 10 hakim syarie


TUANKU Mizan Zainal Abidin berkenan bergambar bersama penerima-penerima watikah pelantikan Hakim-Hakim Rayuan Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 3 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan suratcara watikah pelantikan kepada 10 Hakim Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka di Istana Negara di sini hari ini.

Empat daripada mereka menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Melaka iaitu Ketua Hakim Syarie (Putrajaya) Tan Sri Ibrahim Lembut; Ketua Hakim Syarie (Kuala Lumpur) Datuk Mohamad Abdullah; serta Hakim Rayuan (Putrajaya) Datuk Md. Yusuf Che Teh dan Hakim Rayuan (Melaka) Datuk Mohammad Ibrahim.

Dua Hakim Rayuan bagi Putrajaya iaitu Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun, masing-masing dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Melaka dan Kuala Lumpur.

Hakim Rayuan (Putrajaya) Datuk Johdi Toha menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Abdul Walid Abu Hassan dan dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Mohammad Zamri Roslan dan Mohd Yunus Mohamad, turut menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Seri Paduka. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved