Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Tiada pertemuan Nik Aziz-Ku Li - Pas

Posted:

Tiada pertemuan Nik Aziz-Ku Li - Pas

Tiada pertemuan Nik Aziz-Ku Li - Pas

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pas hari ini menegaskan parti itu tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, isu itu hanya sekadar serkap jarang oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya sudah melakukan pemeriksaan dan saya dapati tidak ada pertemuan seperti yang diperkatakan. Mungkin ia hanya serkap jarang. Tambahan pula Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat penafian tetapi ia masih ditimbulkan.

"Anwar tetap berperanan sebagai Ketua Pembangkang. Mahkamah sehingga kini belum membuat sebarang keputusan dan dari sudut itu, isu ini tidak seharusnya berbangkit,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Isu itu mula tercetus selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membuat pendedahan pada 28 Julai lalu bahawa Tengku Razaleigh telah dipelawa oleh pemimpin pembangkang untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Antara individu yang dikaitkan ialah Nik Abdul Aziz tetapi Menteri Besar Kelantan itu dengan keras menafikan perkara berkenaan.

Malah Nik Abdul Aziz dalam laman facebook miliknya menyatakan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu 'lawak jenaka'.

Nik Abdul Aziz dalam laporan akhbar hari ini turut menyifatkan Zahrain sebagai sampah kerana mengaitkannya dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, sekiranya ada usaha mengganti Anwar sekalipun ia hendaklah dalam kalangan pemimpin pembangkang sendiri dan bukannya orang lain.

"Sesiapa yang mahu menjadi Ketua Pembangkang mesti mewakili pihak pembangkang dan pada waktu ini Anwar akan terus menjadi Ketua Pembangkang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan PKR Selangor membazir guna dana RM1 juta bantah daftar pengundi

Posted:

Kerajaan PKR Selangor membazir guna dana RM1 juta bantah daftar pengundi

Kerajaan PKR Selangor membazir guna dana RM1 juta bantah daftar pengundi

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggunakan dana rakyat untuk membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baharu.

Menurut mereka, sepatutnya bantahan yang dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menggunakan wang parti politik.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan tersebut merupakan satu pembaziran kerana dana rakyat seharusnya digunakan untuk tujuan pembangunan negeri bukannya bagi kepentingan politik.

"Tindakan tersebut dilihat hanya sebagai gimik politik. Jika mereka berasa sistem daftar pemilih yang ada sekarang tidak telus, mengapa tidak bantah dari dulu dan saya lihat mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, PKR Selangor kini telah jauh menyimpang dari landasan politik sebenar kerana dilihat menggunakan kuasa pemerintahan yang ada secara sewenang-wenangnya.

"Saya lihat perkara ini sebagai satu salah satu cara untuk mengalihkan pandangan dan fokus rakyat terhadap kelemahan mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berpendapat, tiada salahnya kerajaan PKR Selangor membuat keputusan menyediakan dana untuk membuat bantahan itu bagaimanapun ia mestilah menggunakan wang parti.

"Mereka boleh menyediakan dana tetapi bukan dengan cara menggunakan wang rakyat kerana ia seharusnya digunakan untuk tujuan lebih berfaedah termasuk kebajikan dan rancangan pembangunan negeri," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan PKR Selangor menyediakan dana kepada rakyat di negeri itu sebagai sesuatu yang wajar.

"Biarpun duit yang mereka gunakan adalah duit rakyat di negeri itu tetapi ia digunakan untuk membantu kepentingan rakyat yang hendak membuat bantahan dan tidak semestinya dana disediakan oleh parti yang memerintah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved