Khamis, 4 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


MBMB mula baiki Medan Samudera

Posted:

MBMB mula baiki Medan Samudera

MBMB mula baiki Medan Samudera

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 3 Ogos – Pusat menjual pelbagai produk terkenal di negeri ini, Medan Samudera di Jalan Quayside, Banda Hilir di sini yang musnah dalam kebakaran 28 Julai lalu akan dibaik pulih oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Setiausaha MBMB, Azmi Hussin berkata, tempoh sebulan diperlukan bagi membolehkan kontraktor yang dilantik untuk membaikpulih medan tersebut selepas sebahagian besar daripada pusat jualan tersebut hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu.

Menurutnya, kerja-kerja awal untuk membaikpulih Medan Samudera telah mula dijalankan sejak semalam.

''Banyak kerja yang perlu dilakukan oleh kontraktor dan sasaran awal MBMB setidak-tidaknya tempoh sebulan seluruh pusat jualan ini dapat dibaiki dan diduduki semula oleh peniaga terbabit.

''Saya minta semua peniaga bersabar dan MBMB amat prihatin terhadap kejadian kebakaran yang berlaku hingga menjejaskan sumber pendapatan mereka," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.19 pagi itu, sebanyak 25 daripada 50 buah kedai menjual pelbagai produk kraftangan dan pakaian di tingkat bawah medan selera itu musnah.

Turut terjejas, 50 buah lot gerai makanan di tingkat atas apabila asap hitam menyelubungi bangunan dua tingkat itu.

Kejadian berlaku ketika premis itu dipenuhi produk kraftangan dan pakaian yang baru ditempah oleh peniaga-peniaga tersebut sempena Ramadan.

Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh peniaga terbabit Azmi berkata, pihak MBMB telah menyediakan tapak perniagaan baru di hadapan medan tersebut bagi membolehkan mereka berniaga buat sementara waktu.

''Kita pasang khemah besar dan ia diagih-agihkan kepada setiap peniaga. Mereka berniaga seperti biasa untuk mencari sedikit pendapatan untuk menghadapi sambutan Hari Raya Aidil Fitri," ujarnya.

Bagi menjamin keselamatan produk yang dijual beliau menegaskan, MBMB telah menempatkan beberapa pengawal keselamatan bertugas sepanjang tempoh 24 jam bagi memastikan tidak berlaku sebarang kecurian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wang bantuan bayar ah long

Posted:

Wang bantuan bayar ah long

Wang bantuan bayar ah long

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 3 Ogos – Akibat tiada wang untuk melunaskan pinjaman ah long sebanyak RM500, seorang wanita berusia 35 tahun terpaksa menggunakan wang bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM150 yang diterimanya setiap bulan bagi menjelaskan bayaran bunga yang dikenakan RM200 setiap dua minggu.

Ibu kepada empat anak yang dikenali sebagai Suzie berkata, tindakannya meminjam ah long kerana terdesak ekoran kehidupannya yang dihimpit kemiskinan ditambah pula perlu menanggung ibunya yang terlantar sakit.

"Saya berhenti kerja di kilang untuk menjaga ibu yang sakit dan disebabkan itu, pendapatan keluarga berkurangan kerana suami hanya bekerja sebagai kelindan lori.

"Disebabkan kesempitan wang, saya terpaksa meminjam RM500 dengan ah long semata-mata membeli barangan dapur dan untuk menjaga ibu yang sakit," katanya ketika ditemui di pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Menceritakan tentang tindakannya meminjam ah long, katanya, 'bagai orang mengantuk disorong bantal', dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa sebagai agensi pinjaman wang dan memberikan perkhidmatan pinjaman segera pada awal Julai lalu.

Ketika itu, katanya, dia begitu terdesak untuk menggunakan wang dan selepas berbincang dengan suami, mereka meminjam hanya RM300, daripada ah long, itu pun untuk membeli barangan keperluan sahaja.

Namun, katanya, selepas meminjam wang berjumlah RM300, ah long secara berterusan meminta dia segera menjelaskan bayaran RM500 dan jika tidak dibayar, dia perlu membayar bunga RM200 setiap dua minggu.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan cuba berbincang dengan wakil agensi syarikat pinjaman ah long terbabit bagi mendapatkan kerjasama agar bayaran atau bunga pinjaman dikurangkan agar Suzie mampu melunaskan pinjaman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peniaga mahu tong sampah besar

Posted:

Peniaga mahu tong sampah besar

Peniaga mahu tong sampah besar

JEMPOL 3 Ogos - Seorang peniaga di gerai Majlis Daerah Jempol (MDJL), Bahau dekat sini kecewa kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak menyediakan tong sampah besar di kawasan berkenaan.

Kee Kow Chai, 60, yang menjalankan perniagaan menggunting rambut mendakwa tong sampah yang disediakan terlalu kecil menyebabkan ia penuh dengan cepat walaupun dikosongkan oleh pengangkut sampah mengikut jadual tertentu.

Katanya, masalah itu sudah berlarutan selama dua tahun dan belum ada tindakan diambil oleh MDJL.

"Saya terpaksa membuang sampah ke dalam tong kecil yang sering penuh. Memang tidak muat sampaikan ada sampah terkeluar dan jatuh ke atas jalan raya.

"Masalah jadi teruk apabila anjing liar datang dan membawa lari sampah yang telah di masukan ke dalam tong hingga bertaburan dan menyebabkan kawasan perniagaan kami kotor," katanya.

Beliau berkata, masalah itu telah dibangkitkan dalam perjumpaan dengan MDJL sejak dua tahun lalu namun, sehingga kinim tiada sebarang tindakan diambil.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Tidak kisah hendak letak di mana tong sampah besar asalkan berhampiran dengan kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sampah," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol (MDJL), Wan Razali Wan Awang berkata, pihaknya tidak menyediakan tong sampah besar di kawasan berkenaan.

"Kita sarankan setiap peniaga menyediakan satu tong sampah sendiri dan SWM Environment Sdn. Bhd (SWM) akan mengambil sampah berkenaan mengikut jadual tertentu.

"Jika kita sediakan tong sampah, dikhuatiri ia akan menjadi tempat pembuangan sampah awam dan mungkin menyebabkan rasa tidak selesa di kalangan pelanggan yang datang ke gerai berkenaan," katanya.

habis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved