Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Indeks jenayah Johor turun

Posted:

Indeks jenayah Johor turun

Indeks jenayah Johor turun

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Julai - Indeks jenayah negeri ini turun sebanyak 89 kes atau 0.84 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jenayah jalanan melibatkan kes ragut juga menunjukkan penurunan sebanyak 114 kes atau 6.38 peratus.

Beliau berkata, kontinjen Johor juga mempamerkan pencapaian yang membanggakan dengan seramai 4,948 orang ditahan akibat penyalahgunaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga kini.

"Sementara itu, sebanyak 4,764 penagih dadah ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dan 30 orang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1983.

"Bagi kes komersial pula, seramai 310 orang ditahan di bawah kes tipu, pecah amanah, salah guna harta dengan curang, jenayah siber dan wang palsu," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, dua pegawai tinggi dan 29 pegawai rendah menerima surat penghargaan atas sumbangan mereka membantu menangani kejadian jenayah di negeri ini.

Jalaluddin berkata, kejayaan polis membanteras jenayah curi motosikal banyak membantu menurunkan indeks jenayah di negeri ini.

"Polis Johor memberi fokus kepada kegiatan mencuri motosikal kerana jenayah itu banyak menyumbang kepada kenaikan kadar indeks. Lagipun kes samun di negeri ini tidak tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang akan bertukar menjadi Ketua Polis Kelantan hujung bulan ini turut menasihati semua anggota polis supaya terus amanah menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat.

Beliau yang mula berkhidmat di negeri ini Mac 2009 berkata, anggota polis perlu lebih menghayati permasalahan, asal usul kepolisan dan bekerja sebaik mungkin selain cuba mencari peluang supaya hasil kerja mendapat pengiktirafan daripada umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga ditahan edar dadah, samun

Posted:

Tiga ditahan edar dadah, samun

Tiga ditahan edar dadah, samun


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (dua dari kanan) menunjukkan senjata yang dirampas di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 13 Julai - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah hotel di Taman Perling, di sini, semalam, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 26 tahun itu ditahan pukul 11.30 pagi oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah parang, pisau, sejumlah 38.56 gram dadah jenis ketamin, pil ekstasi, syabu dan pil Eramin 5.

"Siasatan awal tidak menolak kemungkinan kesemua suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan samun jalanan di negeri ini.

"Semakan rekod juga mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes ugutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya yang mengadakan rondaan cegah jenayah turut menahan empat lelaki berusia 18 hingga 23 tahun di Taman Daya di sini pukul 1.15 pagi kelmarin.

"Pemeriksaan ke atas kereta Proton Wira yang dinaiki suspek turut menemui tiga bilah parang panjang di dalam kereta dan enam lagi di dalam bahagian but kereta.

"Siasatan awal tidak menolak kemungkinan kesemua yang ditahan merupakan ahli kumpulan kongsi gelap dan salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah," katanya.

Ujar beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan kesemua suspek ditahan sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved