Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jangan beri muka pada Ambiga

Posted:

Jangan beri muka pada Ambiga

Jangan beri muka pada Ambiga

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Julai - Kerajaan digesa tidak memberi 'muka' kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerajaan berlembut dengan orang seperti Ambiga sebaliknya beliau perlu ditahan segera mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang. Dia cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya.

"Dengan cara itu Ambiga berjaya menunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Orang sebegini tidak boleh dibiarkan. Jangan setakat ditahan, diberi makan dan kemudian dilepaskan. Demi keamanan negara saya minta Ambiga ditahan dan dihantar ke Kamunting dengan segera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ambiga mengenai keputusan jawatankuasa pemandu Bersih yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu bagi menuntut lapan perkara untuk pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Mohd. Hilmi berkata, kerajaan dalam menangani isu Bersih perlu lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat terbanyak berbanding minoriti penyokong Bersih di jalanan.

"Hakikatnya tiada siapa yang mahu Malaysia yang aman makmur terjejas dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab Bersih. Suara ini lebih banyak daripada suara yang menyokong Bersih," ujarnya

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mahu kerajaan bertegas dengan pihak Bersih khususnya Ambiga dan jangan sesekali tunduk dengan tuntutan mereka.

Apatah lagi katanya, dalam keadaan timbul dakwaan Bersih didalangi oleh pihak luar yang sepatutnya disiasat segera oleh pihak berkuasa.

"Kita mahu tahu daripada mana datangnya dana yang begitu banyak hingga membolehkan mereka menyewa hotel-hotel di ibu negara dan mencetak beribu-ribu baju kuning Bersih," katanya lagi.

Naib Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Universiti (Aspirasi) Mohd. Zafry Mohd. Yunus ketika dihubungi turut bersependapat dengan dua pemimpin NGO tersebut.

Beliau percaya majoriti rakyat tidak mahu keamanan negara terjejas akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti Bersih.

"Aspirasi juga mahu Ambiga dikenakan tindakan tegas kerana jelas yang dia mahu mencabar undang-undang negara. Dia cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

"Gesaan ini dibuat atas nama kuasa rakyat. Kami juga mewakili segelintir rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan beri muka pada Bersih kerana akhirnya keharmonian negara kita sendiri yang akan terjejas," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tian Chua perlu dikenakan tindakan

Posted:

Tian Chua perlu dikenakan tindakan

Tian Chua perlu dikenakan tindakan


Gambar menunjukkan bagaimana Tian Chua mengarahkan orang ramai merempuh kawalan polis ketika perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR 13 Julai – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana cuba bertindak kasar dengan pihak polis semasa menyertai demonstrasi haram pada Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri berkata, polis tidak perlu bertolak ansur dengan Tian Chua dan kumpulannya kerana bukti perlakuan mereka adalah secara terang-terangan dan tidak boleh disangkal lagi.

Menurutnya, polis hendaklah mengambil tindakan yang sesuai berdasarkan undang-undang sedia ada dan sekiranya perlu dibawa ke pertuduhan di mahkamah ia sememangnya wajar.

"Tian Chua dan ahli pembangkang telah menjadikan polis sebagai kambing hitam dengan mengatakan polis ganas dan cuba menunjukkan kelemahan pihak berkuasa itu demi mencapai matlamat mereka.

"Tindakan itu amat tidak bertanggungjawab, mereka terlalu ghairah untuk berkuasa. Adakah rakyat masih tidak dapat melihat lagi? Diharap rakyat dapat mengambil iktibar dengan kejadian pada 9 Julai lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia dekat sini hari ini.

Semalam, laman blog ruangbicarafaisal mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai puluhan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR itu sebelum ini pernah ditangkap polis kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada tahun 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Mengulas lanjut Shafie berkata, tindakan pembangkang yang cuba memburukkan imej polis itu tidak akan bertahan kerana lama kelamaan rakyat boleh membuat penilaian sendiri tanpa provokasi oleh mana-mana pihak.

"Polis lebih tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak akan bertindak melulu atau menghukum mana-mana individu tanpa alasan yang kukuh.

"Saya yakin rakyat lebih menyokong polis terutama apabila polis berjaya mengawal keadaan pada perhimpunan itu," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

Posted:

Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

KUALA LUMPUR 13 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa gambar menunjukkan seorang lelaki terbaring dan sesak nafas di atas jalan semasa perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu lalu, yang disiarkan dalam Internet dan blog-blog pro pembangkang bukanlah Allahyarham Baharudin Ahmad.

Sebelum ini, pembangkang melalui portal berita dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter membuat dakwaan kematian Baharudin berpunca daripada tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut, mereka menyebarkan gambar dan video menunjukkan seorang ahli perhimpunan didakwa sebagai Baharudin sedang terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berikutan penyebaran gambar dan video tersebut, pihak polis bertindak menjalankan siasatan.

"Pada 9 Julai lalu, seorang lelaki telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial (Internet dan blog) untuk memberi gambaran bahawa seorang ahli perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya adalah Allahyarham Baharudin.

"Sehubungan itu, pihak polis telah menyiasat dan mengenal pasti bahawa gambar dan video yang disebarkan di media sosial tersebut bukan Allahyarham Baharudin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan akhbar turut menyertakan gambar sebenar Baharudin untuk disiarkan sebagai bukti bagi menafikan dakwaan palsu tersebut.

Pada Sabtu lalu, Baharudin, 59, dilaporkan berada di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersama peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan melarikan diri memasuki bangunan berhampiran, Avenue K sebelum sesak nafas dan disahkan meninggal dunia oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan pihaknya melepaskan tembakan itu di kawasan KLCC yang didakwa pembangkang sebagai punca kematian lelaki berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved