Rabu, 8 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Siswa berbakti di 32 kampung

Posted:

Siswa berbakti di 32 kampung

Siswa berbakti di 32 kampung

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Shahidan Kassim (dua dari kiri) beramah mesra bersama peserta Program Bakti Siswa Perdana 2011 di UUM, Sintok, Kubang Pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 7 Jun - Kira-kira 1,200 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Program Bakti Siswa Perdana 2011 di 32 buah kampung di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak selama seminggu bermula 1 Jun lalu.

Turut serta dalam program mega yang antara lain bertujuan membentuk dan mendidik mahasiswa menjadi pemimpin berjiwa rakyat itu ialah 25 penuntut dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.

Presiden Persatuan Alumni UUM, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, program bakti siswa merupakan saluran terbaik kepada penuntut untuk membantu masyarakat terutama dalam memahami rancangan kerajaan seperti Pelan Transformasi Ekonomi dan Pelan Transformasi Negara.

Katanya, menerusi program seumpama itu, para peserta akan memperoleh pengalaman yang tidak dapat dibeli seperti mematangkan mereka dalam menempuhi kehidupan sesebuah masyarakat selepas tamat pengajian kelak.

"Apabila mahasiswa menjadi pemimpin kelak, mereka tidak lagi gentar berhadapan pelbagai konflik dan masalah kerana kehadiran mereka dalam anggota masyarakat memberi manfaat dan pengalaman cukup berharga," katanya ketika berucap merasmikan Program Bakti Siswa Perdana 2011 di Dewan Mu'adzam Shah, UUM, Sintok baru-baru ini.

Sepanjang program tersebut, para peserta mempelajari cara-cara menjadi pemimpin kecil dalam komuniti di kawasan khidmat masyarakat masing-masing dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti memberi motivasi dan memupuk keyakinan diri penduduk serta anak-anak mereka.

Mereka juga dipupuk ke arah kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan dan etika bermasyarakat dalam usaha membantu negara melahirkan masyarakat berilmu serta berdaya saing.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, program berkenaan merupakan platform bagi mahasiswa untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Katanya, penyertaan mahasiswa mampu membantu membina keyakinan masyarakat terutama di luar bandar menerusi motivasi dan semangat untuk mengajak mereka mengejar kejayaan.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Amy Azhar Mohd. Harif pula berkata, bakti siswa merupakan salah satu agenda dalam pelan strategik universiti itu yang melibatkan 75 peratus penuntut menyertai program bersama komuniti.

Katanya, penuntut boleh berperanan sebagai ejen perubahan dalam menyampaikan pelbagai maklumat untuk pengetahuan masyarakat.

"Program bakti siswa dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih matang dan memahami mengenai apa yang berlaku dalam masyarakat. Kehadiran mereka juga sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar KPTM Ipoh tawan Gunung Berembun

Posted:

Pelajar KPTM Ipoh tawan Gunung Berembun

Pelajar KPTM Ipoh tawan Gunung Berembun


Pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ipoh gembira selepas berjaya sampai ke puncak Gunung Berembun di Terengganu, baru-baru ini.


IPOH 7 Jun - Seramai 35 penuntut Diploma Multimedia Kolej Poly-Tech Mara Ipoh menyertai ekspedisi menawan puncak Gunung Berembun di Hutan Lipur Chemerong, Terengganu baru-baru ini.

Kaunselor KPTM Ipoh, Rahmat Rahman berkata, aktiviti yang turut disertai oleh empat guru pengiring itu bertujuan memupuk semangat cinta alam sekitar di kalangan pelajar.

"Aktiviti ini antara lain bertujuan mengasah bakat fotografi penuntut dalam menghasilkan karya di hutan selain mengaplikasi segala apa yang telah dipelajari.

"Penganjuran aktiviti ini berjaya mencapai kejayaan walaupun pendakian terpaksa melalui pelbagai halangan untuk sampai ke puncaknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Rahmat berkata, pendakian selama tiga hari tersebut benar-benar menguji kesabaran mereka kerana hujan lebat tanpa henti sepanjang pendakian tersebut.

"Walaupun pendakian ini berisiko, kami tetap melaksanakannya demi semangat dan kecintaan terhadap alam sekitar," katanya.

Ketinggian puncak Gunung Berembun adalah kira-kira 6,000 meter dari aras laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 pelajar Kolej KDU dapat iPad percuma

Posted:

10 pelajar Kolej KDU dapat iPad percuma

10 pelajar Kolej KDU dapat iPad percuma


Pelajar Kolej KDU menunjukkan iPad mereka di Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 7 Jun - Seramai 10 pelajar baru Kolej KDU bertuah apabila terpilih sebagai penerima iPad percuma sempena ulang tahun ke-20 institusi pengajian tinggi swasta itu.

Pengurus Pemasaran kolej berkenaan, Neoh Soon Ken berkata, pemberian gajet itu juga sebagai usaha untuk menggalakkan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berteknologi tinggi di kalangan pelajar ketika kuliah.

"Kami percaya sumbangan sebegini dapat membantu mereka belajar seterusnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian iPad kepada pelajar-pelajar terbabit di sini baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved