Rabu, 8 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pakej inisiatif PKS

Posted:

Pakej inisiatif PKS

Pakej inisiatif PKS

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin mendengar penjelasan daripada Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (dua dari kanan) mengenai sistem keselamatan hentakan kereta Perodua MyVi terbaharu ketika melawat pameran Ekspo SMIDEX 2011 di Kuala Lumpur, semalam. Turut memerhati, Mukhriz Tun Dr. Mahathir (kanan). – BERNAMA


KUALA LUMPUR 7 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej inisiatif Laluan Hijau khusus buat Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) mengembangkan lagi budaya inovasi dalam perniagaan mereka.

Menerusi pakej inisiatif itu, kata Timbalan Perdana Menteri, PKS yang berkelayakan akan diberikan dua peratus rebat bagi setiap pinjaman yang diluluskan oleh Institusi Pembangunan Kewangan (DFI).

''Sebagai tambahan, duti setem bagi perjanjian pinjaman itu juga akan dikecualikan," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Inovasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) 2011, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Muhyiddin menambah, menerusi pakej inisiatif itu juga, PKS akan mendapat pemotongan cukai bagi perbelanjaan untuk mendapatkan sijil 1-InnoCERT seperti audit lapangan, pensijilan dan kos logistik.

PKS juga, kata beliau, akan didaftarkan lebih cepat menerusi e-Perolehan (e-Procurement) iaitu dalam tempoh sehari berbanding tujuh hari sebelum ini.

''Malah, menerusi pakej inisiatif ini juga, PKS akan diberi keutamaan untuk menyertai Program Timbal Balas (Offset) Kerajaan dan kelebihan dalam pemerolehan kerajaan dan syarikat-syarikat perbadanan Kementerian Kewangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kazakhstan jadikan Malaysia sebagai ‘guru‘

Posted:

Kazakhstan jadikan Malaysia sebagai 'guru'

Kazakhstan jadikan Malaysia sebagai 'guru'

Oleh MOhd. Nor Ab.Samad

ASTANA, Kazakhstan 7 Jun – Kepada pemimpin Kazakhstan, nama Malaysia begitu dekat di hati mereka.

Semuanya ini hasil daripada hubungan akrab yang dirintis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melawat negara Asia Tengah itu pada tahun 1996.

Hasilnya, Kazakhstan menjadikan Malaysia sebagai 'guru'nya dalam membangun dan memajukan negara yang kesembilan terbesar di dunia itu.

Ada tiga 'buah tangan' Malaysia terdapat di Kazakhstan.

Pertama:bandar raya terancang dengan bangunan unik di Astana yang mengikut acuan pembangunan di Putrajaya, kedua, menara di Astana juga menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai contohnya; dan ketiga, dasar pengswastaan Malaysia dijadikan dasar kepada kerajaan Kazakshtan.

Cerita kejayaan dan pengalaman Malaysia mengharungi kemelut ekonomi sehingga ditiru oleh Kazakhstan diberitahu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau memberitahu betapa jenama Malaysia laku di Kazakhstan kepada wartawan Malaysia di King Hotel Astana di sini hari ini.

Lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara tersebut, katanya, sudah pasti akan melonjakkan lagi kerjasama ekonomi di antara kedua-dua buah negara yang akrab dan bersahabat itu.

Katanya, banyak syarikat telah menyatakan minat melabur di sini dan tujuh perjanjian ditandatangani antara kedua-dua syarikat dalam pelbagai bidang.

Sudah tentulah, katanya, ia akan membuka jalan ke arah meluaskan lagi skop ekonomi Malaysia-Kazakhstan.

Dalam pada itu, beliau percaya industri pelancongan juga dapat ditingkatkan apabila terdapat penambahan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Almaty.

Syarikat penerbangan Malaysia, katanya, perlu menerokai peluang-peluang yang terdapat di Kazakhstan ini. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

WIEF: Kesempatan kepada negara Islam tingkat kerjasama ekonomi

Posted:

WIEF: Kesempatan kepada negara Islam tingkat kerjasama ekonomi

WIEF: Kesempatan kepada negara Islam tingkat kerjasama ekonomi


Najib Tun Razak menyaksikan majlis pertukaran dokumen antara Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Central Asian Power and Energy (CapAsia), Alexander Klebanov dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Nazir Tun Razak di Astana, Kazakhstan, semalam.


ASTANA, Kazakhstan 7 Jun – Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ketujuh yang bermula esok memberi kesempatan kepada negara-negara Islam untuk menerokai peluang bagi meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, negara-negara Islam dapat melihat peluang bukan sahaja terdapat di negara-negara Barat, tetapi juga di negara-negara Islam lain.

"Ini bakal membuka satu dimensi pasaran baharu kepada negara lain. Kazakhstan misalnya, mempunyai banyak potensi untuk diterokai oleh negara-negara Islam lain," katanya.

Menteri itu mengulas apa kesan WIEF sejak diasaskan pada tahun 2005 kepada dunia Islam dalam konteks kemajuan dan pembangunan ekonomi global.

Mustapa menjelaskan demikian pada sdiang akhbar bersama wartawan Malaysia di King Hotel Astana, di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian, WIEF merupakan inisiatif Malaysia ke arah meningkatkan lagi kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara Islam.

"WIEF juga merupakan sumbangan Malaysia kepada dunia Islam. Kita berpendapat, selain politik, ekonomi dunia Islam juga perlu dimantapkan dan diberi fokus," katanya.

Sidang WIEF sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur. WIEF merupakan salah satu resolusi yang dicapai semasa Forum Perniagaan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 2004.

Mustapa menarik perhatian, bagi menjayakan matlamat WIEF, negara-negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat juga diundang untuk menyertai forum tahunan global itu.

Katanya, hasil daripada WIEF jugalah banyak pelabur dari negara Asia barat seperti Qatar dan Kuwait melabur di Malaysia. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved