Rabu, 8 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Menang 6 pingat ITEX 2011

Posted:

Menang 6 pingat ITEX 2011

Menang 6 pingat ITEX 2011

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 7 Jun - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar satu lagi sejarah baharu apabila berjaya meraih enam pingat pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-22 (ITEX 2011) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 Mei 2011 lalu.

Pegawai perhubungan awam UMK, Liew Pei Win berkata, kemenangan tersebut dilakar oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (Fasa).

Menurutnya, kumpulan penyelidik UMK itu juga berjaya meraih lima pingat perak dan satu pingat gangsa melalui tujuh produk inovasi yang dipertandingkan.

"Lima produk yang meraih pingat perak ialah MY AB (Penyelidik: Dr. Lee Seong Wei), MY PEPPELL (Penyelidik: Dr. Lee Seong Wei), MY MM (Penyelidik: Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin dan Dr. Lee Seong Wei), New Culturing Method for Large Scale Production of Local Leeches (Penyelidik: Prof. Dr. Ahmad Anwar Ismail) dan Budu Suci (Penyelidik: Prof. Dr. Awang Soh Mamat).

"Manakala produk yang dihasilkan oleh penyelidik Prof. Dr. Razak Wahab berjaya meraih pingat gangsa iaitu Wood Product," katanya.

Pei Win berkata, ITEX 2011 yang bertemakan Mentransformasikan Masyarakat Melalui Rekaan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Katanya, pada pertandingan tersebut lebih 720 ciptaan dipamerkan dengan melibatkan peserta dari 14 negara antaranya Rusia, Poland, Kanada, Arab Saudi, Korea, China, Vietnam dan Malaysia.

"ITEX yang dianjurkan pada setiap tahun merupakan platform kepada institusi pengajian tinggi, pelabur dan syarikat korporat untuk mempamer serta mencari peluang perniagaan terhadap reka cipta dan inovasi terbaru masing-masing," ujarnya.

Sejak diperkenalkan pada 1989, ITEX berjaya menarik minat peserta dari luar negara seperti Iran, Korea Selatan, Arab Saudi, Thailand dan Taiwan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMK hasilkan dokumentari masyarakat Temiar

Posted:

UMK hasilkan dokumentari masyarakat Temiar

UMK hasilkan dokumentari masyarakat Temiar


Sebahagian daripada kakitangan UMK bersama masyarakat Orang Asli yang terlibat dalam penghasilan dokumentari di Perkampungan Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, baru-baru ini.


KOTA BHARU 7 Jun - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menghasilkan satu dokumentari yang merakamkan warisan amalan cara hidup tradisi, adat resam, pantang larang dan budaya suku kaum Temiar yang mendiami perkampungan Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang.

Pensyarah Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) universiti tersebut, Anidah Alias berkata, idea untuk menghasilkan dokumentari itu tercetus selepas pihaknya melawat perkampungan tersebut setelah dijemput Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu sempena program Menyelusuri Perkampungan Orang Asli Temiar baru-baru ini.

Beliau berkata, kandungan dokumentari itu akan mengupas lebih lanjut tentang kehidupan kaum Temiar yang merupakan satu-satunya suku kaum Orang Asli di negeri ini yang masih mengekalkan warisan turun-temurun nenek-moyang mereka sehingga ke hari ini.

"Hasil kajian yang dijalankan oleh kami selama dua minggu itu diterjemahkan menerusi dokumentari yang mempamerkan budaya dan cara hidup suku kaum ini yang masih mendiami jajahan Gua Musang malah, ada yang hingga ke sempadan Pahang dan Perak di sekitar lereng banjaran Titiwangsa.

"Sepanjang perjalanan ke kampung tersebut, kami menyelusuri laluan lori balak antara hutan belantara yang masih belum diterokai, selain memiliki anak sungai yang bersih," katanya.

Anidah memberitahu, kedudukan geografi dan fizikal alam yang bersih merupakan faktor yang menarik minat pihaknya untuk datang sendiri melihat budaya suku Temiar yang masih kekal sehingga hari ini.

"Kehidupan mereka banyak bergantung kepada sumber dan khazanah alam seperti memburu dan mencari tumbuhan hutan malah, sungai menjadi sumber air utama kepada suku kaum ini.

"Suasana ini jarang dapat dilihat, jadi melalui dokumentari ini pihak kami berharap ia mampu memberikan pengetahuan kepada masyarakat di luar sana tentang cara hidup suku kaum ini yang kaya dengan adat resam yang masih kukuh dipertahankan," ujarnya.

Jelasnya, perkampungan Orang Asli di Pos Gob terletak kira-kira 50 kilometer dari pekan Gua Musang, Kelantan dan mengambil masa empat jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Politeknik komited pastikan pengajian, latihan berdaya saing

Posted:

Politeknik komited pastikan pengajian, latihan berdaya saing

Politeknik komited pastikan pengajian, latihan berdaya saing


Sebahagian peserta kursus Analisis Keperluan Latihan di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Jun - Politeknik komited dalam memastikan kualiti pengajian dan latihan yang diberikan kepada bakal juruteknik di kampus-kampus pengajiannya berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md. Nor Yusof berkata, ia termasuk kerjasama jabatan itu dengan Pusat Latihan Seranta Tenaga Pengajar Juruteknik (CPSC) menganjurkan kursus berkaitan Analisis Keperluan Latihan (AKL).

Menurutnya, kursus lima hari itu disertai 30 pegawai latihan dan pendidikan lanjutan Politeknik zon Timur yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan latihan tenaga pengajar.

"Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan terhadap kepentingan AKL dan cabarannya serta mempelajari model, teknik dan proses analisis dalam mereka bentuk instrumen penilaian berkesan.

"Apabila tamat pengajian di politeknik kelak, bakal juruteknik yang dilahirkan mampu menghasilkan inovasi dalam industri yang diceburi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus AKL di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Latihan dan Pembangunan CPSC, Prof. Rajesh P. Khambayat.

CPSC adalah sebuah badan yang mempunyai autonomi di bawah Rancangan Colombo yang ditubuhkan oleh Menteri-Menteri Luar Komanwel di Colombo, Sri Lanka pada Januari, 1950 dan disertai 18 negara termasuk India, Korea, Pakistan, Filipina, Australia, Jepun dan New Zealand.

Keanggotaan CPSC sentiasa mendapat faedah daripada program berkaitan pembangunan sumber manusia, aspek pengajian dan latihan juruteknik dan memberi nasihat berkaitan latihan tenaga pengajar termasuk fasiliti.

Tambah Md. Nor, seramai 100 peserta lagi akan menghadiri seminar bertajuk 'Membina Keterampilan Untuk Bekerja' selama tiga jam dengan pembentangan empat kertas kerja.

"Inisiatif berkenaan merupakan salah satu peranan yang dimainkan oleh politeknik untuk melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang dan tahap penguatkuasaan.

"Ini selaras dengan hasrat politeknik untuk mengeluarkan 25,000 tenaga mahir setahun menjelang tahun 2020," jelasnya.

Antara ahli panel terlibat, Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam CPSC, Md. Jahangir Alam; Pengarah Politeknik Kampus Banting, Selangor, Tung Chee Kuan serta dua perunding tempatan, Prof. Dr. Tengku Mohd. Tengku Sembok dan Mona Balkish Mat Lajin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved