Rabu, 8 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Institut Skill-Tech jadi contoh

Posted:

Institut Skill-Tech jadi contoh

Institut Skill-Tech jadi contoh

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 7 Jun - Kelainan program latihan pertanian di Institut Skill-Tech Durian Tunggal di sini menarik banyak institusi pengajian tinggi (IPT) mencontohi sistem yang diamalkan di institut itu.

Terbaru, Institut Pertanian Serdang (IPS) telah membuat lawatan sambil belajar bagi meninjau sistem latihan yang dikendalikan di situ.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata, selain IPS, pihaknya menerima banyak permohonan daripada sekolah dan pusat latihan awam dan swasta untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan latihan pertanian yang telah berjaya menarik minat ramai golongan belia.

"Keupayaan kami melahirkan ramai graduan yang berjaya di sektor pertanian menjadi faktor utama mengapa banyak IPT ingin berkongsi pengalaman di Institut Skill-Tech", katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Nordin, antara kunci kejayaan institut itu adalah menyediakan latihan dalam suasana pertanian sebenar yang membolehkan pelatih memahami budaya kerja di sektor pertanian.

''Kita berjaya mewujudkan daya tahan dan disiplin yang tinggi kepada setiap pelatih," ujarnya.

Sementara itu, Pengetua IPS, Daud Othman berkata, beberapa pendekatan yang diamalkan di Institut Skill-Tech amat berkesan untuk melahirkan graduan muda dalam sektor pertanian.

Menurut beliau, walaupun keluasan dan kemudahan terhad, institut itu berjaya mengoptimumkan pencapaian prestasi setiap pelatih.

''Apa yang penting adalah keupayaan Skill-Tech menghasilkan graduan usahawan dan memenuhi keperluan tenaga kerja menjadikannya sebagai peneraju institusi latihan kemahiran pertanian di Malaysia," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 anak nelayan sertai Kem Motivasi di KUIM

Posted:

200 anak nelayan sertai Kem Motivasi di KUIM

200 anak nelayan sertai Kem Motivasi di KUIM


SEBAHAGIAN 200 pelajar sekolah rendah dan menengah yang menyertai kem motivasi di KUIM, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 7 Jun - Kira-kira 200 pelajar yang sebahagian besarnya anak-anak nelayan menyertai Kem Motivasi anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di sini baru-baru ini.

Kem selama tiga hari di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah itu disertai pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mereka adalah pelajar-pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di sini.

Kem Motivasi bertajuk 'Program Kecemerlangan dan Pembentukan Jati Diri Anak Nelayan' itu dianjurkan bersama Petronas Gas Berhad, Muhibbah Engineering (M) Bhd., dan Ranhill Worley Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Projek yang juga mewakili Petronas Gas, Ir. Hudal Firdaus Dimyati, program itu bertujuan membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati kemudahan pendidikan yang lebih baik dan merangsang minat mereka untuk menguasai ilmu pendidikan.

''Usaha ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Petronas Gas untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik selain membolehkan kakitangan syarikat korporat mengenali serta mendekati kehidupan golongan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, sempena program itu, pihaknya menyumbang RM30,000 bagi melaksanakan kem motivasi itu yang antara lain menekankan unsur-unsur kekuatan rohani dan jasmani kepada pelajar yang terlibat.

''Kita pilih mereka untuk sertai program ini bagi menerapkan unsur kekuatan mental dan rohani dalam menguatkan semangat mereka apabila menduduki peperiksaan nanti.

''Pelajar yang terpilih menyertai program ini secara percuma dengan mengikuti kelas tambahan yang diadakan setiap hari Sabtu pada setiap minggu dengan tunjuk ajar guru terlatih serta fasilator yang dipilih selain mengikuti pelbagai program motivasi," ujarnya.

Sepanjang tiga hari berada di KUIM, pelajar terbabit menjalani beberapa program motivasi seperti Peranan Remaja Islam, Kemahiran Belajar dan Program Percambahan Minda Pelajar Cemerlang khusus menyediakan teknik belajar yang berkesan untuk pelajar.

Turut disediakan slot ceramah Prof. Madya Dr. Baharudin Putih bertajuk Program Percambahan Minda Pelajar Cemerlang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu bas tiga universiti jalani kursus panduan selamat

Posted:

Pemandu bas tiga universiti jalani kursus panduan selamat

Pemandu bas tiga universiti jalani kursus panduan selamat

MELAKA 7 Jun - Kira-kira 30 pemandu bas pelajar dari tiga pusat pengajian tinggi menyertai kursus Pemandu Universiti Dinamik bertempat di kampus utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, di sini semalam.

Program julung kali yang diadakan itu disertai pemandu dari UTeM, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ketua Timbalan Pendaftar UTeM, Wahi Nordin berkata, usaha menganjurkan kursus tersebut diadaptasi daripada komitmen dan skil pemanduan yang diamalkan oleh sebahagian besar pemandu bas awam di Korea Selatan.

Menurutnya, golongan pemandu di negara itu menjadikan amalan pemanduan selamat seperti kerap memeriksa keadaan fizikal bas sebelum dan selepas membawa penumpang setiap hari.

''Atas sebab itu, kita cuba serapkan amalan dan teknik pemanduan selamat dalam kalangan pemandu bas universiti dalam usaha meningkatkan keselamatan pelajar dan kakitangan," katanya selepas menutup kursus Pemandu Universiti Dinamik di sini.

Katanya, pengetahuan terhadap penjagaan bas amatlah penting kerana ia boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

''Justeru, sebagai pemandu kenderaan universiti, pengetahuan dari segi teknikal terhadap keupayaan enjin, brek, tayar dan sebagainya adalah sangat dititikberatkan," katanya.

Salah seorang pemandu UTeM, Mohd. Huzaimi berkata, kursus yang dianjurkan memberi peluang kepada pemandu untuk mempelajari skil pemanduan selamat.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pemandu bas ekspres selama lima tahun berkata, melalui kursus itu, dia berpeluang menambah pengetahuan teknikal dalam penggunaan gear dan brek, pemeriksaan tayar dan teknik pemanduan yang betul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved