Rabu, 8 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Usahawan, ahli akademik perlu jalin kerjasama

Posted:

Usahawan, ahli akademik perlu jalin kerjasama

Usahawan, ahli akademik perlu jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 7 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa komuniti perniagaan menjalin kerjasama erat dengan ahli akademik dan kumpulan pemikir ke arah membudayakan inovasi dalam perniagaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inovasi dalam disiplin perniagaan itu akan membantu peniaga memahami apa yang diperlukan untuk memajukan sektor itu serta menggunakan sumber dengan lebih baik.

''Ke arah itu juga, para usahawan dan syarikat perlu menyemai budaya korporat yang menggalakkan kepada inovasi termasuk memperuntukkan bajet tertentu kepada aktiviti berasaskan inovasi.

''Paling utama, pemimpin korporat juga perlu menjadi contoh dengan turut terlibat dalam proses inovasi," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Inovasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) 2011, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Pameran yang turut dikenali sebagai SMIDEX 2011 itu dianjurkan oleh SME Corp. dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Pada majlis yang sama, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah kepada enam buah syarikat PKS yang diiktiraf paling berinovasi dalam kategori berbeza.

Muhyiddin menambah, kerajaan juga mengambil langkah pro aktif dalam menyokong budaya inovasi dalam perniagaan termasuk menerusi penubuhan Agensi Inovasi Malaysia baru-baru ini.

Justeru, kata beliau, sektor swasta dan agensi-agensi berkaitan perlu mengambil peluang untuk bekerjasama dengan AIM bagi membantu menghidupkan budaya inovasi seterusnya menyokong inisiatif inovasi di negara ini.

''Malah sebagai sokongan di peringkat awal ke arah menggalakkan inovasi juga, kerajaan telah memperkenalkan dua dana menerusi Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) iaitu Dana Pengembangan Perniagaan dan Dana Permulaan Perniagaan yang berjumlah RM250 juta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen Sopan dan Adab pula dilaksana

Posted:

Kempen Sopan dan Adab pula dilaksana

Kempen Sopan dan Adab pula dilaksana


RAIS Yatim (kiri) ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kompleks Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Jun - Kempen Budi Bahasa Budaya Kita akan digantikan dengan Kempen Sopan dan Adab bagi memudahkan pengertiannya sejajar dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, untuk itu, semua agensi di bawah kementeriannya akan menggarap tenaga bagi menjayakan kempen itu agar dapat memberikan kesan mendalam kepada masyarakat berbilang kaum.

"Saya bangkitkan perkara ini kerana tabii kita selalu lupa. Maka kita akan mengulang kempen ini dengan setiap program yang dibuat mesti ada kesopanan, adab dan nilai murni," katanya.

Rais berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di Laman Budaya, Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Perhimpunan tersebut mencatat sejarah apabila ia disiarkan secara langsung menerusi laman web kesemua jabatan dan agensi di bawah kementerian tersebut.

Sementara itu, Rais meminta seluruh warga kementerian supaya bekerja dengan penuh ketepatan bagi memastikan tindakan yang dilakukan menepati masa serta matlamat.

''Warga kementerian ini seperti ikan di dalam kaca yang mana orang sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Justeru apa yang dilakukan harus berkesan mengikut matlamat yang ditetapkan,'' ujarnya.

Mengenai keluhan pihak tertentu terhadap tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membayar royalti secara pukal untuk lagu-lagu yang disiarkan di stesen itu sebanyak RM1 juta setahun, Rais berkata, kementeriannya bersedia mengkaji semula kaedah pembayaran itu.

"Kementerian akan beri perhatian dan meneliti sama ada pelarasan harus dibuat agar keadilan wujud dalam agihan pembayaran kepada pihak yang memiliki hak cipta dan pemilikan harta intelek," jelasnya.

Pada majlis itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menerima sijil ISO 9001:2008 daripada Badan Persijilan Antarabangsa Lloyd's Register Quality Assurance.

Selain itu, RTM juga menerima anugerah Asiavision Award 2010 oleh Asia Pacific Broadcasting Union (ABU).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontrak KSN disambung setahun

Posted:

Kontrak KSN disambung setahun

Kontrak KSN disambung setahun

KUALA LUMPUR 7 Jun - Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama setahun mulai 24 Jun ini hingga 23 Jun tahun depan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini, pelantikan semula Mohd. Sidek, 59, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atas kepentingan negara.

"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Malaysia dan memastikan inisiatif yang telah dilancarkan oleh kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dilaksanakan dengan berkesan," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, Mohd. Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 Sept 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh tersebut.

Beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.

Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010 dan 24 Jun 2010 hingga 23 Jun 2011. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved