Selasa, 4 Mac 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Ramdan Misbun mara ke pusingan pertama All England

Posted: 04 Mar 2014 11:35 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Mac - Pemain perseorangan lelaki negara, Misbun Ramdan Misbun mara ke pusingan pertama Kejohanan All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England.

Pada perlawanan penentuan pusingan kelayakan yang berlangsung awal pagi tadi waktu tempatan, Misbun Ramdan kalah pada set pertama 18-21 kepada Ville Lang dari Finland namun bangkit pada set kedua untuk menang 21-11.

Beliau seterusnya mendapat kemenangan mudah pada set ketiga apabila Ville menarik diri daripada perlawanan ketika kedudukan 16-3, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Terdahulu pemain berusia 23 ini cemerlang dengan melepasi pusingan pertama kelayakan untuk mengenepikan Dane Joachim Persson dari Denmark, 21-16, 18-21 dan 21-8.

Misbun Ramdan yang dilatih bapanya, Datuk Misbun Sidek akan bertemu Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan pertama hari ini.

Bagaimanapun dua lagi wakil negara, Liew Daren dan Zulfadli Zulkiffli masing-masing terkandas pada pusingan pertama kelayakan.

Daren mudah diketepikan Nan Wei dari Hong Kong dengan straight set 8-21 dan 21-23 manakala Zulfadli kalah kepada Lee Dong Keun dari Korea Selatan dengan 12-21 dan 19-21. - BERNAMA

Ultras Malaya enggan bincang dengan FAM

Posted: 04 Mar 2014 11:22 PM PST

PEMINAT bola sepak yang menggelar diri mereka Ultras Malaya menyalakan suar dan membakar mercun ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, Petaling Jaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 5 Mac - Kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya enggan mengadakan sebarang perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kekacauan yang ditimbulkan mereka semasa perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Filipina di Stadium Selayang pada Sabtu lalu.

Jurucakapnya yang enggan dikenali berkata, ia sudah terlambat untuk membincangkan sebarang perkara antara kedua-dua pihak.

"Dulu kami pernah guna saluran yang betul untuk menyampaikan ketidakpuasan hati kami terhadap FAM, tetapi ia tidak diendahkan. Jadi sekarang kita tunggu dan lihat sahaja," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat FAM untuk mencari penyelesaian terbaik bagi meredakan ketegangan membabitkan kumpulan itu yang bertindak membakar suar dan mercun ketika perlawanan persahabatn tersebut sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan lapan minit.

Jurucakap itu berkata, pihaknya mahu menyampaikan mesej kepada FAM dan berharap ia berubah demi masa depan bola sepak tanah air. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved