Selasa, 4 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis selesai 50 peratus kes di Selangor

Posted: 04 Mar 2014 03:34 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis Kontinjen Selangor merekodkan 50 peratus kadar penyelesaian kes daripada 40,000 kes yang diterima kontinjen itu tahun lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pencapaian itu menunjukkan komitmen polis kontinjen Selangor mencegah jenayah sekali gus optimis untuk meningkatkan kadar penyelesaian kes tahunan.

"Selangor merupakan negeri yang merekodkan laporan kes jenayah tertinggi berbanding negeri-negeri lain, jadi dengan kejayaan ini ia menunjukkan tanda-tanda positif daripada usaha berterusan yang dijalankan.

"Sejak awal Januari sehingga hari ini, sebanyak 7,000 kes telah diterima. Bagaimanapun bagi dua bulan pertama untuk tahun ini, indeks jenayah diturunkan sehingga empat peratus dan matlamat kita bagi pengurangan indeks jenayah tahunan dapat dicapai melebihi sasaran ditetapkan iaitu lima peratus," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Dearah Gombak merekodkan penurunan indeks jenayah 26.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Februari lepas berbanding tempoh sama tahun lepas. - BERNAMA

35 GRO, termasuk remaja 13 tahun ditahan

Posted: 04 Mar 2014 03:15 AM PST

MELAKA 4 Mac - Polis menahan 35 wanita warga asing termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Banda Hilir di sini awal hari ini.

Ketika serbuan lebih dua jam bermula 12.30 pagi tadi, kesemua mereka yang terdiri daripada 32 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Indonesia sedang leka melayan pelanggan di premis tersebut.

Ketua Unit Pencegahan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ASP Shahrulnizam Jaafar berkata, hasil siasatan mendapati 34 wanita terbabit menyalahguna pas lawatan sosial, manakala remaja warga Vietnam itu dipercayai menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia.

"Kesemua wanita tersebut dipercayai memasuki negara ini menerusi sindiket pelacuran sejak awal tahun lepas menggunakan laluan darat dan udara," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved