Selasa, 4 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


256 majikan dikompaun, lewat lapor kemalangan tempat kerja

Posted: 04 Mar 2014 01:50 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Mac - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan kompaun kepada 256 majikan di sekitar ibu kota sepanjang tahun lepas kerana kelewatan melaporkan kemalangan di tempat kerja.

Pengarah Perkeso Kuala Lumpur, Mohamad Asri Ngosman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 157 kes kini diteliti untuk proses pendakwaan di mahkamah mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Beliau menambah, majikan diberi tempoh sehingga 48 jam untuk membuat laporan kepada Perkeso dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

101 orang lagi keracunan makanan dari pasar malam

Posted: 04 Mar 2014 01:40 AM PST

KUALA TERENGGANU 4 Mac - Seramai 101 orang lagi mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran di sini pada Sabtu lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata mereka dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini dan kita tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi virus salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak Sabtu lepas, seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak dimasukkan ke wad HSNZ manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka berusia antara 10 bulan dan 57 tahun.

Pihaknya juga mengambil 10 najis pesakit untuk diuji bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan itu.

Semalam, seorang kanak-kanak, Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, 5, meninggal dunia kira-kira 1 petang ketika dalam perjalanan menerima rawatan lanjut di HSNZ juga akibat keracunan makanan. - BERNAMA

Salah guna dadah pelajar sekolah membimbangkan - Ahmad Zahid

Posted: 04 Mar 2014 01:36 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Mac - Pengurusan sekolah dan ibu bapa diingatkan supaya prihatin dengan perubahan tingkah laku pelajar dan anak-anak mereka kerana laporan menunjukkan kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan kanak-kanak seawal usia 10 tahun amat membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegiatan penyalahgunaan dadah kini mula menyusup masuk ke sekolah-sekolah dengan kanak-kanak sekolah kini sering dijadikan pusher oleh pengedar dadah.

"Kita hendak tekankan kekhuatiran kita kerana pengedar (dadah) telah mula cari pasaran baharu apabila kita laksanakan operasi cegah jenayah melalui penyalahgunaan dadah ini.

"Kita tidak dapat terima bila pengedar dadah secara runcit ini telah sasarkan kumpulan anak-anak sekolah rendah seawal 10 tahun," katanya pada sambutan Hari Antidadah 2014 di Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Kajang dekat sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved