Isnin, 3 Mac 2014

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM dan Ultras Malaya perlu cari jalan penyelesaian - Tengku Abdullah

Posted: 03 Mar 2014 10:48 PM PST

KUANTAN 4 Mac - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kumpulan penyokong Ultras Malaya perlu mencari satu jalan penyelesaian bersama supaya insiden membakar suar serta mercun yang berlaku di Stadium Selayang ketika perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Filipina, tidak berulang.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap perkara itu dapat diperhalusi antara kedua-dua pihak bagi mengelak keadaan menjadi lebih keruh.

"Kejadian ini merupakan satu petanda hitam dalam rekod FAM. Jadi kita bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman daripada pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ataupun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Bantah ikut saluran betul - Khairy

Posted: 03 Mar 2014 10:31 AM PST

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my

PEMAIN Malaysia dan Filipina (jersi putih) turut tergamam apabila kumpulan penyokong Ultras Malaya menyalakan suar sewaktu perlawanan persahabatan di Stadium Selayang dekat Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

REMBAU - Penyokong Ultras Malaya sewajarnya menggunakan saluran yang tepat untuk menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bukan sepertimana yang berlaku di Stadium Selayang pada Sabtu lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau memahami bahawa penyokong Ultras Malaya sememangnya tidak berpuas hati dengan badan induk bola sepak negara itu namun tindakan dan cara protes sedemikian sudah melampau kerana mengancam keselamatan pemain termasuk penyokong lain.

"Kita boleh tidak bersetuju dengan halu tuju FAM tetapi tanda protes sampai bakar suar dan mercun serta membaling objek saya tidak boleh terima kerana tindakan ini menggugat keselamatan malah memalukan negara, apatah lagi berlaku ketika perlawanan antarabangsa.

"Mereka (Ultras Malaya) ini boleh meluahkan tidak puas hati mereka melalui media sosial atau boleh hantar memorandum bantahan kepada FAM dan juga kepada saya selaku menteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah peringkat kelima Le Tour de Langkawi, di Dataran Rembau, di sini semalam.

Jelas Khairy, mana-mana pihak termasuk kelab penyokong sukan di negara ini mempunyai ruang untuk perbincangan bagi menyelesaikan sebarang masalah, ketidakpuasan hati serta rintihan mereka terhadap badan sukan.

"Pintu saya sentiasa terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk kelab penyokong serta atlet sendiri jika mereka mempunyai masalah.

"Sebelum ini saya pernah bertemu dengan pelumba kerana ada masalah dengan persatuan basikal, saya juga berjumpa dengan pemain sepak takraw kerana ada konflik," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada Ultras Malaya wajar dilarang memasuki stadium selepas insiden itu, Khairy memberitahu, buat masa ini tiada cadangan untuk berbuat demikian.

"Anggapkan kejadian ini sebagai amaran terakhir dan lebih penting FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berbincang cara untuk meningkatkan kawalan keselamatan," katanya.

Tegasnya lagi, beliau sedar bahawa tindakan Ultras Malaya itu sebenarnya ada hubung kait dengan kongres pemilihan FAM pada 25 Mei ini.

"Saya tahu kenapa mereka melakukan protes pada minit tertentu perlawanan berkenaan, kita faham simbolik itu, tetapi jangan mendahului keputusan yang belum ditentukan oleh kongres," katanya.

Protes ketika perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Filipina Sabtu lalu tercetus apabila penyokong Ultras Malaya secara tiba-tiba membakar suar dan mercun sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan kira-kira lapan minit.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved