Isnin, 3 Mac 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


12 Years a Slave menang Filem Terbaik Anugerah Oscar

Posted: 02 Mar 2014 11:23 PM PST

LOS ANGELES 3 Mac - Filem 12 Years a Slave dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Anugerah Oscar kali ke-86 semalam, yang diadakan di Dolby Theater, Hollywood, di sini.

Sementara itu, filem angkasa lepas, Gravity memperoleh kemenangan terbanyak apabila menerima enam anugerah dalam majlis berprestij itu, termasuk Kesan Visual Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Skor Terbaik.

Filem yang mengisahkan tentang penyakit AIDS, Dallas Buyers Club memenangi tiga anugerah termasuk Aktor Terbaik oleh Matthew McConaughey serta Aktor Pembantu Terbaik oleh Jared Leto, manakala Cate Blanchett memenangi kategori Aktres Terbaik menerusi filem, Blue Jasmine.

12 Years a Slave turut memenangi kategori Lakon Layar Adaptasi Terbaik serta Aktres Pembantu Terbaik oleh Lupita Nyongo dari Kenya yang memegang watak sebagai Patsey, seorang hamba abdi dalam filem itu.

Pengarah filem dari Mexico, Alfonso Cuaron memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem Gravity, dan filem, Frozen memenangi kategori Filem Animasi Terbaik. - AFP

AS beri amaran Rusia bakal hilang keahlian G8

Posted: 02 Mar 2014 10:28 AM PST

WASHINGTON 3 Mac - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberi amaran, Rusia berisiko kehilangan tempat dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8) ekoran tindakan negara itu cuba campur tangan dalam konflik dalaman Ukraine.

Kerry memberitahu, kedudukan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam G8 tidak akan kekal sekiranya hal tersebut berterusan, di samping akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Rusia.

"Jika Rusia mahu kekal dalam G8, mereka perlu berundur dari Ukraine. Anggota G8 tidak teragak-agak untuk mengasingkan Rusia dalam sektor ekonomi ekoran tindakan menghantar tentera mereka memasuki Ukraine tanpa kebenaran," katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen, NBC. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved